Bermula 1 Jan 2020, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak menuntut insentif e-Tunai Rakyat bernilai RM30 melalui beberapa aplikasi e-tunai. Tuntutan ini boleh dilakukan menggunakan salah satu dari pengendali e-wallet terpilih iaitu Grab, Boost ataupun Touch ‘n Go dan proses dijangkakan akan mengambil masa selama 5 hari bekerja. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, lebih 15 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun, layak menerima insentif ini.
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia berhak menuntut RM30 insentif yang diberi oleh pihak kerajaan Malaysia ini dan harus tau cara-cara untuk melakukan proses ini. Berikut adalah cara-cara untuk claim RM30 e-Tunai Rakyat menggunakan 3 aplikasi e-tunai sedia ada.
1. Claim e-Tunai Rakyat menggunakan Boost
Langkah 1 : Buka aplikasi Boost e-wallet dan klik pada ruang jumlah kredit
Langkah 2 : Pilih menu Upgrade to Premium Wallet dan klik pada Upgrade Now
Langkah 3 : Ikuti arahan untuk mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang anda untuk proses verifikasi
**Akaun anda akan disemak dalam tempoh 48jam
2. Claim e-Tunai Rakyat menggunakan GrabPay
Langkah 1 : Buka aplikasi Grab Mobile dan klik untuk upgrade GrabPay Wallet
Langkah 2 : Klik “Upgrade Now”
Langkah 3 : Ambil gambar MyKad anda dan selfie. Ikuti arahan seterusnya untuk proses verifikasi
**Akaun anda akan semak dalam tempoh 48 jam
Langkah 4 : Claim di menu utama dan tunggu 5 hari waktu bekerja untuk dapatkan RM30
3. Claim e-Tunai Rakyat menggunakan Touch ‘N Go eWallet
Langkah 1 : Klik “Verify Account Now” pada page profile.
Langkah 2 : Ambil photo MyKad melalui aplikasi Touch ‘N Go e-Wallet.
Langkah 3 : Ambil gambar wajah anda dan klik “Let’s Go Button”.
Aplikasi Touch ‘N Go eWallet nampaknya menawarkan lebih ganjaran bonus iaitu RM30 tambahan. Ini bermakna anda akan mendapat RM30+RM30=RM60 sekiranya menebus menggunakan aplikasi TnG.
Bolehkah Saya Tuntut Insentif RM30 e-Tunai Rakyat Lebih Daripada Satu Platform e-Wallet?
Tarikh Luput e-Tunai Rakyat
Insentif e-Tunai Rakyat boleh digunakan bermula dari 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020. Mana-mana kredit yang tidak digunakan selepas tarikh 14 Mac 2020 akan dilupuskan. Insentif ini juga tidak boleh dipindahkan kepada akaun-akaun orang lain selain dari akaun e-wallet sendiri.
16,373 total views, 1 views today
Sudah dapat…rasanya Boost bagi cepat
Assalammualaikum….En.zarin masalah saya ialah bila saya nak ambil id photo tak dapat gambar.saya day cuba bermacam-macam cara.Apakah sebabnya?
Waalaikumsalam, kalau tak boleh try aplikasi lain pula
dah buat pakai boost apps… Tp smpai skg lg xdpt….knp ye?
dah stop kan benda ni ?
ABDUL RAHMAN ISHAK recently posted…Kedah Tak Boleh Kalah Lagi
Parameswaryraman120@gmail
Good service
Tak dpat lagi,,bemcm cara sdah,