Sempena Hari Wanita tahun 2020 ini, seperti pada tahun-tahun sebelum ini Malaysia Women Marathon bakal menganjurkan sekali lagi MWM 2020. Acara larian terbesar khusus buat wanita-wanita ini amat dinanti-nantikan oleh semua peminat aktiviti larian setiap tahun kerana keunikannya yang menghargai pelari-pelari wanita. Pada tahun ini, MWM 2020 diberi penjenamaan baru iaitu MCIS Life MWM 2020 bersempena dengan penganjuran oleh MCIS Life tahun ini. Sidang media berkaitan MWM 2020 ini telah dianjurkan di Petaling Jaya bersama rakan-rakan media serta rakan penaja MWM 2020.

Saya turut diundang oleh MWM bagi memeriahkan majlis pelancaran MCIS Life MWM 2020 tahun ini. Mari kita lihat suasana ketika majlis pelancaran ini dan teruskan membaca bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai acara MWM tahun ini.

MCIS Life MWM 2020

MWM 2020

MWM 2020

Ketika pelancaran MCIS Life MWM 2020

MWM 2020 akan diadakan pada 8 Mac 2020 di Padang Timur, Petaling Jaya dengan 4 kategori jarak larian yang berbeza. Walaupun acara ini memkhususkan buat pelari wanita, tetapi pelari lelaki juga dialu-alukan untuk turut serta. Namun begitu, pelari lelaki haruslah mendaftar sebagai “pacer” dan bukan pelari biasa. Pelari lelaki yang ingin mendaftar sebagai “pacer” haruslah mempunyai pelari wanita yang ingin di “pacer”kan kerana ketika pendaftaran dilakukan maklumat pelari wanita akan diperlukan. Selain itu juga, pelari lelaki tidak akan layak memenangi apa-apa kategori di dalam MWM 2020 ini nanti. Bagi can la ada pelari wanita yang menang, yang penting pelari lelaki support je nanti okay.

Advertisements

Pelari wanita yang memenangi kategori Full Marathon MWM 2020 akan dipilih mewakili MCIS Life MWM ke Nagoya Women Marathon dan pemenang bagi kategori bagi kategori Half Marathon pula akan diterbangkan ke Women Run Taipei 2020.

Full Marathon
Jarak : 42KM
Mula : 2.30 pagi
COT (Cut Of Time) : 6 Jam 30 Min
Yuran Pendaftaran : RM90
Pacer Lelaki : RM85

Half Marathon
Jarak : 21KM
Mula : 4.30 pagi
COT (Cut Of Time) : 3 Jam 30 Min
Yuran Pendaftaran : RM80
Pacer Lelaki : RM75

Jarak : 10KM
Mula : 6.30 pagi
COT (Cut Of Time) : 2 Jam
Yuran Pendaftaran : RM70

Jarak : 5KM Fun Run
Mula : 7.15 pagi
COT (Cut Of Time) : 1 Jam
Yuran Pendaftaran : RM38

MWM 2020

Marathon Baker sebagai salah satu penaja MWM 2020

MWM 2020

Pelari lelaki dialu-alukan berlari memakai tutu

Pelari lelaki pula selain dialu-aluan untuk menyertai larian ini, MWM juga mengajak pelari lelaki untuk berlari memakai tutu. Kempen #IDareYou turut dilancarkan bagi mencabar lelaki-lelaki di luar sana untuk turut serta lari bertutu.

MWM 2020

MCIS Life MWM 2020

Selain kategori larian tersebut, pelari juga boleh mendaftar bagi kategori khas iaitu “Fund Raising” untuk rumah-rumah kebajikan terpilih. MWM menyediakan 400 slot percuma bagi pelari yang ingin berlari untuk badan kebajikan terpilih. Sila layari laman web https://mwmarathon.socxs.com/ untuk info lanjut mengenai kategori ini.

Tahun ini, Malaysia Women Marathon menggunakan konsep bunga raya di dalam rekaan utamanya tshirt dan juga medal iaitu konsep yang hampir sama dengan tahun sebelumnya. Bunga raya dilihat sebagai simbolik kepada sifat wanita yang cantik dan menawan tetapi kuat dan bertenaga. Medal bunga raya MWM 2020 juga begitu unik kerana rekaannya adalah berbentuk brooch dan tidak seperti tipikal medal larian yang biasa.

MWM 2020

Runner entitlement MWM 2020

Saya sendiri pernah menyertai MWM pada tahun lepas dan pada pandangan saya ianya adalah larian yang sungguh menarik. Saya rasa sangat rugi sekiraya pelari wanita tidak menyertai acara Malaysia Women Marathon yang sememangnya dianjurkan buat wanita. Semua design, promosi, barangan dan konsep larian adalah khusus untuk wanita. Saya sebagai lelaki mungkin agak kurang menghargai medal berbentuk brooch bunga raya, tetapi saya masih simpan medal MWM 2019 saya kerana ianya adalah sesuatu yang unik.

Pelbagai acara menarik turut dianjurkan ketika race kit day menambahkan lagi keseronokkan acara MWM 2020. Terdapat talk, persembahan, demonstrasi, jualan dan macam-macam lagi semuanya khusus untuk wanita. Apa lagi yang saya patut cakap, ianya memang untuk wanita jadi jom la join.

Race Kit Collection Day

Tarikh : 6 & 7 Mac 2020
Masa : 10pagi – 7petang
Lokasi : Padang Timur, Petaling Jaya

Group photo

Saya bersama Karen Loh (MWM) dan kawan-kawan ketika majlis pelancaran

Group photo

Temui mereka di MWM2020 nanti

Daftar sekarang MCIS Life MWM 2020 di

  1. CheckpointAsia
  2. JomRun
  3. FunNow

 

 1,664 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.