Semasa seluruh dunia dilanda wabak COVID 19, negara kita Malaysia juga telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun Movement Control Order (MCO) bermula dari 18 – 31 Mac 2020 yang membataskan rakyat Malaysia melakukan aktiviti di luar rumah. Diantara aktiviti yang dikawal adalah tidak membenarkan sebarang aktiviti berkumpulan, penutupan beberapa sektor syarikat swasta dan kerajaan, penutupan tempat solat seperti Masjid dan beberapa lagi had kawalan. Namun begitu diantara beberapa kawalan aktiviti yang menjadi kekeliruan rakyat Malaysia khususnya “kaki sukan” adalah aktiviti riadah seperti bersenam ataupun berlari seorang diri di taman ataupun kawasan perumahan sendiri.

Perintah Kawalan Pergerakan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan info mengenai kekeliruan ini di laman sosial bagi memberi penjelasan yang lebih jelas kepada orang ramai. Menurut MKN, berlari ataupun bersenam berseorangan di taman rekreasi di dalam taman perumahan adalah TIDAK dibenarkan. Ini adalah kerana walaupun kita melakukan aktiviti ini berseorangan dan tidak melibatkan orang ramai, namun begitu melalui perintah ini kerajaan mahu semua orang mengambil serius dengan watak virus COVID 19 dan sentiasa berhati-hati.

Soalan:
Bolehkah saya pergi keluar bersama berseorangan di taman rekreasi di dalam taman perumahan saya?

Jawapan:
TIDAK

Soalan:
Bolehkah saya membawa anak-anak saya bermain di taman permainan di kawasan perumahan saya?

Jawapan:
TIDAK

Dalam tempoh beberapa hari selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, nampaknya masih ramai yang tidak peka malahan ada juga yang berdegil dan masih ingin menjalankan aktiviti sukan di luar rumah. Walaupun mereka tidak dijangkiti COVID-19 dan bersenam di persekitaran yang dijangkakan tiada jangkitan, tetapi sebenarnya kita semua haruskan sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Ini merupakan arahan serius oleh kerajaan Malaysia dan aktiviti bersenam seperti berlari bolehlah direhatkan buat sementara sehingga 31 Mac 2020 iaitu selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Advertisements
Perintah Kawalan Pergerakan

Masih ada yang berdegil dan masih berlari di luar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

Walaupun larian secara solo juga tidak dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan KECUALI bagi maksud atau tujuan berikut:

  1. Untuk melaksanakan tugas-tugas rasmi
  2. Untuk bergerak ke atau dari mana-mana premis yang disebut dalam peraturan 5
  3. Untuk membeli, membekal atau menghantar makanan keperluan sahaja
  4. Atau apa-apa maksud khas lain sebagaimana yang dibenarkan oleh ketua Pengarah

Bagi yang masih ingin bersenam dan mengekalkan aktiviti kesihatan, bolehlah cuba untuk lalukan aktiviti bersenam di rumah seperti body weight training, cardio setempat ataupun tabata. Jaga kesihatan dan stay safe semua.

 1,381 total views,  2 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.