Semasa satu dunia dilanda wabak virus Corona COVID-19, pelbagai jenis video dikeluarkan bagi memberi maklumat kepada orang awam tentang bahayanya COVID-19 serta langkah-langkah pencegahan yang harus diambil. Ini adalah kerana virus COVID-19 adalah sejenis virus baru yang masih belum mempunyai vaksin khusus menentangnya. Virus COVID-19 ini pula merebak dengan sangat cepat dan boleh menyebabkan kematian.

Sehubungan dengan itu, maklumat yang betul harus disampaikan kepada masyarakat supaya semua orang bersedia menghadapi virus ini dan tidak panik. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di rumah dan menghadkan pergerakan luar rumah bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID-19. Ini adalah sesuatu yang baru dan kita semua tak pernah alami sebelum ini. Namun begitu, masih ramai yang mengendahkan perintah kerajaan untuk duduk di rumah dan menganggap ianya tidak penting.

Upin & Ipin COVID-19

Kak Ros sedang menonton TV

Upin & Ipin COVID-19

Upin dan Ipin ingin keluar rumah

Duduk di Rumah

Sekiranya orang dewasa pun masih ramai yang tidak faham, apa tah lagi kanak-kanak yang pada kebiasaannya bermain di luar rumah ketika waktu petang. Video iklan berkaitan PKP yang dikeluarkan oleh Les’ Copaque Production baru-baru ini menyentuh isu PKP dari sudut kanak-kanak dan menerangkan tentang kepentingan berada di rumah.

Advertisements

Video berdurasi 40 saat itu menceritakan perbualan di antara Upin, Ipin dan Kak Ros tentang keinginan mereka untuk keluar rumah ketika PKP. Upin dan Ipin yang tidak faham kenapa harus berada di rumah walaupun mereka sedang sihat, diterangkan dengan terperinci oleh Kak Ros. Menurut Kak Ros, kita  semua harus berada di rumah walaupun sedang sihat adalah untuk mengurangkan risiko dijangkiti dan menghalangkan penyebaran virus COVID-19.

Video ini juga telah dikongsi di laman sosial Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dan menjadi pujian ramai. Turut memuji dan berkongsi video ini adalah Dr. Amalina melalui laman twitternya  yang berpendapat video ini menyampaikan mesej yang baik.

Perbezaan video iklan di Malaysia dan Indonesia

Sebenarnya terdapat 2 versi video yang sama tetapi dikeluarkan untuk negara Malaysia dan juga Indonesia. Walaupun pada asasnya ianya adalah video yang sama, tetapi terdapat sedikit perbezaan yang dibuat bagi menyesuaikan dengan negara masing-masing.

Mari kita lihat kedua-dua versi ini terlebih dahulu. Dapatkah anda mencari perbezaannya?

Video iklan versi Malaysia

Video iklan COVID-19 versi Indonesia

Ye, walaupun menggunakan dialog dan bahasa yang sama namun terdapat beberapa perbezaan pada visual dan mesejnya. Perbezaan utama adalah pada skrin di televisyen.

Perbezaan 1 :
Malaysia : Amalkan Penjarakan Sosial
Indonesia : Ayo Jaga Jarak

Perbezaan 2 :
Malaysia : Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Indonesia : Patuhi Himbauan Pemerintah

Perbezaan 3 :
Malaysia : Duduk Di Rumah
Indonesia : Dirumah Aja

Sekiranya diperhatikan, ketiga-tiga perbezaan ini adalah dari segi penggunaan bahasa bagi memudahkan rakyat di Malaysia dan Indonesia tersebut memahami mesej yang ingin disampaikan.

Cara Menggunakan Hand Sanitiser

Meskipun di dalam video ini Upin & Ipin COVID-19 tidak mengajar secara langsung cara-cara menggunakan hand sanitiser, tetapi terdapat animasi kecil yang diselit ketika Upin dan Ipin sedang menyampaikan mesej mereka. Kelihatan sepasang tangan sedang menghulurkan sebotol hand sanitiser kepada Upin dan tangan tersebut menekan menutup hand sanitiser tersebut dengan menggunakan tangan dibahagian belakang. Perlakuan ini sebenarnya walaupun kecil, tetapi ianya secara tak langsung mengajar cara-cara yang betul menekan botol hand sanitiser.

Upin & Ipin COVID-19

Cara menekan botol hand sanitiser

Selain itu juga, ketika Upin sedang sibuk bercakap, pergerakan tangannya dilihat begitu terperinci sedang membersihkan tangannya menggunakan hand sanitiser. Pergerakan tangan Upin begitu lancar dengan memusing dan mengurut telapak tangannya bagi memastikan ianya betul-betul bersih.

Upin & Ipin COVID-19

Upin menunjukan cara menggunakan hand sanitiser

Walaupun video iklan Upin & Ipin COVID-19 berdurasi 40 saat ini nampak mudah dan disasarkan khusus untuk kanak-kanak, tetapi penghasilnya telah diperincikan dengan baik dan mesej yang disampaikan amat penting.

Diharapkan orang ramai akan  kekal berada di rumah dan mengikuti perintah kerajaan. Tak kira Malaysia atau Indonesia, kita semua sedang berperang dengan lawan yang kita tak nampak. Sama-sama kita doakan agar kita semua selamat dan bebas dari virus COVID-19.

332 total views, 1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.