Siapa sangka watak animasi kegemaran Malaysia ini iaitu Upin & Ipin kini mengeluarkan syiling emas eksklusif sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2020. Pada mulanya saya juga hairan kenapa menjual syiling emas, sebab biasanya peminat-peminat animasi akan memilih untuk mengumpul cenderamata seperti baju, alat mainan dan tabung serta macam-macam lagi. Selain ianya lebih mampu milik, cenderamata seperti itu juga lebih disasarkan kepada golongan kanak-kanak yang menjadi sasaran utama animasi Upin & Ipin. Tujuan utama mengeluarkan syiling emas Upin & Ipin bersama Habib adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menyimpan dan membuat perlaburan emas pada usia yang muda. Usaha ini sangat bagus dan patut diterapkan lebih-lebih lagi dengan nilai dan pasaran emas yang semakin baik dan menguntungkan. Mari kita lihat suasana pelancaran syiling emas Upin & Ipin x Habib yang dilancarkan baru-baru ini di IOI City Mall.
Saya bersama rakan-rakan dari Les’ Copaque Production telah berada di IOI City Mall pada awal-awal pagi lagi untuk membuat persiapan majlis pelancaran bersama pegawai dan kakitangan HABIB. Semua perancangan disusun dengan baik dan teliti serta mematuhi SOP seperti yang disarankan oleh MKN. Ini adalah kali pertama team Les’ Copaque bekerjasama dengan HABIB di dalam sesebuah acara.
Majlis pelancaran bermula sekitar jam 2.30petang dengan kehadiran VIP, tetamu-tetamu dan rakan-rakan media. Hajah Ainon yang juga pemilik suara Opah merupakan salah seorang peminat tegar barangan emas dari HABIB. Belum mula lagi majlis pelancaran, Opah dah “cuci mata” di booth-booth HABIB di sekitar kawasan legar IOI City Mall. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato Sri Meer Habib bersama-sama Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi melancarkan Syiling Emas Upin & Ipin x Habib yang seterusnya mula dijual disemua cawangan HABIB.
Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan eksklusif Goyang Upin & Ipin yang dipersembahkan oleh maskot Upin & Ipin serta kakitangan Habib serta selebriti tempatan. Meriah betul majlis pelancaran tersebut dengan tetamu juga turut bergoyang dan menari bersama-sama. Lagu Goyang Upin & Ipin ni memang satu fenomena luar biasa dan muzik videonya di YouTube telah ditonton lebih 31 juta tontonan.
Syiling Emas Upin & Ipin adalah koleksi syiling emas sempena Merdeka yang mampu milik. Ianya adalah seberat 0.2gram 999.9 emas dan dijual dengan harga RM118 sahaja. Rekaan syilingnya terdapat lukisan Upin dan Ipin yang comel dan menarik. Ianya simple, tetapi sangat menarik perhatian bukan saja kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Seperti stok dan bon, emas juga merupakan perlaburan yang menjamin kerana harganya sentiasa meningkat. Malahan, harga bagi logam berharga ini dilihat meningkat sehingga 30 peratus tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Oleh itu, mari kita sama-sama membuat pelaburan yang bijak dengan emas.
Menurut Dato Sri Meer Habib, HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi Upin & Ipin merupakan hasil karya anak tempatan yang terkenal dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. nimasi Upin dan Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan hanya menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja.
Tn Haji Burhanuddin pula berkongsi mengenai kerjasama bersama HABIB merupakan salah satu cabang perniagaan bagi pemilik harta intelek animasi dan Les’ Copaque Production sentiasa membuka peluang kepada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang ingin bekerjasama menjadi pemegang lesen.
Bagi pendapat saya sendiri emas merupakan salah satu pelaburan yang tidak akan merugikan. Lebih-lebih lagi dengan adanya syiling emas Upin & Ipin seperti ini, pasti lebih seronok orang ramai nak membeli dan simpan. Peminat tegar Upin & Ipin pasti dan wajib jadikan syiling ini sebagai salah satu koleksi peribadi. Berkunjunglah ke Pameran Merdeka Habib untuk mendapatkan syiling emas Upin & Ipin sepanjang pameran ini berlangsung sehingga 6 September 2020.
Untuk info lanjut serta promosi terkini sila layari laman sosial Habib dan juga Upin & Ipin.
Facebook : https://www.facebook.com/habibjewels/
Instagram : https://www.instagram.com/habibjewelsofficial/
Facebook : https://www.facebook.com/upinipinofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/upinipinofficial/
435 total views, 2 views today
comelnyaaa la hai syiling emas ada upin ipin…harga pun not bad, sesuai sangat kalau nak buat hadiah buat anak-anak supaya mereka bersemangat untuk menyimpan emas..
Sunah Sakura recently posted…Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu
macam-macam la produk upin ipin. seriusly duit syiling muka upin ipin ni memang comel 🙂
Tiara Sapphire recently posted…Telefilem | Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph (2020)
wow!! upin ipin bekerjasama dgn habib!
sure habib lepas ni famous di indonesiaaaaa…
but simpanan emas mmg penting skrg ni
ATIE ZIEYA recently posted…The Stranded
Comelnya syiling emas upin ipin ni. Bukan kanak2 jer suka, mak budak pun suka. Tp bagus kempen macam ni sebab boleh galak kanak2 untuk melabur dr masa muda lagi.
comelnya syiling ni..satu pelaburan yg menarik utk masa depan..nanti blh usha di habib
wahh menariknya upin ipin dah ada asyiling emas..cute pulak design syiling emas upin ipin tu
ienaeliena recently posted…Beli Voucher Boatnoodle Murah di Shopee
Wahhhhh sokong sgt usaha Upin Ipin & Habib utk galakkan anak2 kecil simpan emas dari kecil. Mesti budak2 suka
Nur Decamellia recently posted…Tasik Biru Seri Alam Keindahan Tersembunyi di Masai, Johor
wah menariknya. nanti boleh dapatkan ni. thanks info sharing ya
Raihanah recently posted…Review Frozen 2, Untuk Bisnes Shaklee
Wahhh bestnya Upin & Ipin boleh dalam bentuk syiling emas. Koleksi emas ni Ruby suka. Good investment.
Ruby recently posted…Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management
Simpanan untuk budak budak is good investment . Harga pun boleh tahan . Beli emas tahun ni sebab harga masih rendah lagi tahun depan dah naik dah .
Wah bertambah gah la nama kedua-dua belah pihak dengan kolaborasi ni. Comelnya gold coin upin ipin tu hee
Dah makin femous upin ipin ni.. bestnya gold coin dorang.. cantik
Ada lagi tak eh syiling tu? Macam nak beli 1 la buat koleksi. Anak suka upin ipin smpai mamanya pun terjebak suka.