Assalamualaikum semua. Bagi sesiapa yang memakai cermin mata pasti tahu betapa susah dan mahalnya nak buat cermin mata. Saya sendiri dah mula memakai cermin mata semenjak zaman sekolah menengah lagi dan menjadi perkara biasa untuk menukar cermin mata beberapa tahun sekali. Biasanya kita kena tukar cermin mata sebab faktor power mata kita dah makin tinggi ataupun cermin tu dah rosak. Inilah yang menakutkan saya sebab kos nak tukar cermin mata tu bukannya murah. Saya biasanya menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar cermin mata. Tapi kali ni saya nak cuba sendiri betul ke murah sangat cermin mata di Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision di Sungai Wang.

Jom kita mulakan!

Cermin Mata Viral Pilihan Selebriti

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision ini saya dah boleh nampak banyak gambar-gambar artis yang pernah datang kat sini. Famous juga kedai ni rupanya. Pilihan bingkai cermin matanya memang sangat banyak dalam pelbagai bentuk dan warna. Ianya sesuai digayakan samada nak nampak sporty, nampak formal ataupun kasual. Tetapi sebelum tu saya boleh pilih bingkai cermin mata yang saya inginkan, saya diminta untuk membuat eye test terlebih dahulu.

Advertisements

Cermin mata yang sebelum ini sebenarnya saya dah pakai hampir 6 hingga 7 tahun tau. Bukannya saya tak berniat nak tukar, tetapi setiap kali nak tukar budget pula tidak mengizinkan. Dengan power mata saya hampir 400 dan silau 200 memang sudah pasti harga cermin mata saya takkan begitu murah. Pada awalnya saya amat sangsi yang Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision boleh menawarkan harga yang murah seperti di dalam promo mereka. Sebab saya yakin, sekurang-kurangnya harga cermin mata saya ni mesti seribu ringgit.

Power 400 silau 200 harga RM125 sahaja

Tetapi sangkaan saya meleset apabila mereka cakap saya hanya perlu membayar RM125 sahaja untuk kondisi mata saya. Saya macam tak percaya lagi dan saya tanya macam mana pula dengan bingkai cermin? Mereka bagitahu ianya adalah termasuk di dalam pakej dan saya hanya perlu memilih pilihan bingkai yang saya ingikan sahaja. Tak sangka begitu murahnya sebab seumur hidup saya, saya tak pernah bayar cermin mata semurah ini. Yela, sebab saya ni bukanlah pakai cermin mata suka-suka, tapi saya pakai secara harian dan kerap. Jadi saya memang perlukan cermin mata yang berkualiti dan baik untuk mata.

Saya diberi penerangan terperinci oleh pemilik Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision iaitu Mr William tentang penjagaan mata. Walaupun saya dah lama pakai cermin mata, tetapi kebanyakkan info yang dikongsikan adalah amat berguna dan baru buat saya. Contohnya, kita perlu sentiasa memastikan power cermin mata kita tu sesuai dengan mata bagi menjaga mata kita. Kalau power mata kita semakin tinggi tapi kita tak kemas kini power, lama-kelamaan mata kita akan menjadi lebih teruk lagi.

Saya juga dinasihatkan untuk menggunakan kanta Alpha Blue 420 yang hanya bernilai RM60 sahaja yang akan lebih melindungi mata. Kanta ni bukan saja boleh lindungi mata dari silau, ultraviolet tetapi ianya juga tahan lasak. Features anti silau ni memang sangat berguna dan memberi kesan kepada saya lebih-lebih lagi saya ni kerap menggunakan komputer dan handphone. Selain itu, ianya juga dapat memberi pemandangan yang lebih jelas ketika memandu waktu malam dengan mengurangkan cahaya masuk ke dalam mata dari lampu jalan serta kenderaan yang datang dari hadapan.

Saya bertanyakan kepada Mr William kenapa cermin mata di Eye Pro Vision ni begitu murah? Adakah material kantanya kurang baik atau macam mana sehingga dijual murah jauh dari harga pasaran?. Mr. William menjelaskan, cermin mata di sini murah kerana syarikat mereka adalah pembuat dan pengedar kanta Alpha Blue. Kanta ini adalah produk syarikatnya sendiri namun menggunakan teknologi dari Jepun. Walaupun kanta ini murah, namun ianya setanding dan lebih baik dari kanta berjenama yang terkenal di pasaran.

Selepas itu mata saya diuji sekali lagi sebelum kanta untuk preskiprsi saya dibuat. Kali ini eyetest dilakukan lebih terperinci bagi memastikan power saya itu memang betul-betul sesuai. Macam biasanya, di dalam ujian ini saya kena baca huruf-huruf dengan beberapa gabungan kanta sehinggalah preskiprsi power mata saya itu dipastikan.

Wah! Siap 1 Jam

Tak sangka selepas ujian dilakukan, Mr William bagi tahu cermin mata saya siap dalam tempoh 1 jam saja. Dah la saya harganya sangat murah, siap pula dalam tempoh 1 jam saja. Saya tanya sekali lagi kenapa siap begitu cepat dan tidak seperti kedai cermin mata yang lain? Mr William menjawab sambil tersenyum. Ini adalah kerana sebagai pengeluar dan pengedar kanta Alpha Blue, dia sendiri memang sentiasa mempunyai stok kanta pelbagai jenis power dan preskiprsi. Masa 1 jam itu adalah masa untuk pemasangan kepada bingkai dan juga ujian terakhir.

Jadi inilah dia cermin mata terbaru saya. Saya memilih bingkai putih lutsinar sebab nak bagi nampak lebih formal dan smart. Macam mana? Smart tak? Walaupun keseluruhan ni adalah RM125 saja, tetapi set seperti kotak cermin mata juga diterima dengan baik sekali.

Secara keseluruhanya saya sangat berpuas hati buat cermin mata di Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision ni. Bukan saja harganya yang murah, tetapi kat sini servis kat sini sangat terbaik. Semua pekerja di sini sangat peramah dan sangat membantu. Ketika saya menulis artikel ini pun saya masih tak percaya, saya dah berjaya buat cermin mata yang berkualiti dengan harga hanya RM125 sahaja.
Saya sangat rekomen kepada sesiapa yang memakai cermin mata secara tetap macam saya ni untuk cuba buat cermin mata di sini. Ini adalah alamat Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision .
Eye Pro Vision
G111, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11am – 8pm
Encik William: +60163771304

 9,190 total views,  4 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

17 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.