Assalamualaikum semua. Bagi sesiapa yang memakai cermin mata pasti tahu betapa susah dan mahalnya nak buat cermin mata. Saya sendiri dah mula memakai cermin mata semenjak zaman sekolah menengah lagi dan menjadi perkara biasa untuk menukar cermin mata beberapa tahun sekali. Biasanya kita kena tukar cermin mata sebab faktor power mata kita dah makin tinggi ataupun cermin tu dah rosak. Inilah yang menakutkan saya sebab kos nak tukar cermin mata tu bukannya murah. Saya biasanya menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar cermin mata. Tapi kali ni saya nak cuba sendiri betul ke murah sangat cermin mata di Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision di Sungai Wang.
Jom kita mulakan!
Cermin Mata Viral Pilihan Selebriti
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision ini saya dah boleh nampak banyak gambar-gambar artis yang pernah datang kat sini. Famous juga kedai ni rupanya. Pilihan bingkai cermin matanya memang sangat banyak dalam pelbagai bentuk dan warna. Ianya sesuai digayakan samada nak nampak sporty, nampak formal ataupun kasual. Tetapi sebelum tu saya boleh pilih bingkai cermin mata yang saya inginkan, saya diminta untuk membuat eye test terlebih dahulu.
Cermin mata yang sebelum ini sebenarnya saya dah pakai hampir 6 hingga 7 tahun tau. Bukannya saya tak berniat nak tukar, tetapi setiap kali nak tukar budget pula tidak mengizinkan. Dengan power mata saya hampir 400 dan silau 200 memang sudah pasti harga cermin mata saya takkan begitu murah. Pada awalnya saya amat sangsi yang Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision boleh menawarkan harga yang murah seperti di dalam promo mereka. Sebab saya yakin, sekurang-kurangnya harga cermin mata saya ni mesti seribu ringgit. Read More
664 total views, 2 views today