Tak sangka sejak kita mula memakai face mask semenjak PKP yang lalu, fashion face mask tiba-tiba menjadi trend terkini. Kalau biasanya, orang pakai face mask yang biasa iaitu yang 3 ply berwarna biru tu tapi sekarang ni dah macam-macam fesyen dan gaya. Kini face mask menjadi salah satu aksesori fashion yang dipadankan dengan pakaian harian. Sebab itulah saya sendiri mencuba salah satu jenama fashion terkenal iaitu Jovian Mandagie yang turut melancarkan face mask mereka. Mari kita lihat apakah keistimewa Jovian Face Mask Series ini.
Bila kita dengar sahaja nama Jovian Mandagie kita semua tentu mengetahui kualiti dan kreativiti setiap rekaannya. Begitu juga dengan Jovian Face Mask Series ini yang saya lihat menerapkan unsur-unsur rekaan padanya. Bermula dengan kualiti fabriknya, face mask oleh Jovian ini menggunakan beberapa jenis materials termasuklah velvet dan juga neoprene yang stretchable. Selain itu juga setiap rekaan, mempunyai 2 jenis face mask iaitu jenis biasa yang mempunyai lubang untuk ditelinga dan juga jenis untuk wanita berhijab yang menggunakan tali ikatan di belakang kepala.
Saya mendapatkan Jovian Face Mask Series ini untuk merasai sendiri pengalaman sebenar menggunakannya.
Jovian Face Mask Series ini didatangkan di dalam packaging kotak yang kemas dan rapi. Face mask disimpan di dalam plastik bersama beberapa keping filter yang diberi secara percuma. Filter ini adalah untuk diletakkan di bahagian dalam face mask supaya ianya selamat untuk digunakan berulang kali. Pandangan pertama saya mengenai Jovian Face Mask ini adalah saya dapat rasakan material yang digunakan berkualiti. Ianya tebal dan dijahit dengan rapi. Logo “jovian” pada bucu kanan mask ini nampak premium dan dijahit dengan kemas dan cantik. Ianya nampak sangat menarik dan nampak sangat berkualiti.
Pada bahagian dalamnya pula terdapat lubang untuk diselitkan filter yang didatangkan bersama-sama. Bahagian dalamnya juga lembut dan terasa sejuk bila memakainya. Getah untuk disangkut di telinga juga selesa apabila dipakai. Secara keseluruhan dari segi kualiti material dan designnya saya sangat berpuas hati.
Pengalaman memakai Jovian Face Mask ini juga amat menarik. Walaupun ianya adalah sekadar face mask, tetapi ianya telah direka mengikut bentuk muka kita. Jadi bila kita pakai ianya agak ketat sedikit dan mengikut bentuk muka. Walaupun agak ketat tetapi material kainnya adalah stretchable dan masih selesa dipakai. Namun sedikit komen dari saya adalah saya rasa agak kurang sesuai dipakai pada jangka masa yang lama sebab sukar untuk bernafas.
Bagi saya, ianya nampak sangat smart di pakai ke majlis formal ataupun ke pejabat. Ianya juga amat sesuai dipadankan dengan kemeja mahupun tie.
Manakala rekaan face mask untuk versi wanita berhijab pula adalah diantara yang bijak saya boleh katakan. Walaupun pada asasnya ianya adalah bentuk yang sama, tetapi rekaan tali yang hanya mmerlukan 1 ikatan saja bagi saya sangat bijak. Ianya bukan saja menjimatkan masa dan memudahkan si pemakai, tetapi nampak lain dari yang lain. Face mask versi wanita juga lebih banyak pilihan kerana menggunakan pelbagai material yang cantik seperti penambahan kristral Swarovski yang pasti akan membuatkan nampak lebih menawan.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Jovian Face Mask Series ini bolehlah beli secara online di https://jovian.com.my/. Buat masa sekarang ni, kebanyakkan face mask ni selalu sold out. Jadi kena cepat-cepatlah beli sebelum kehabisan stok.
1,280 total views, 2 views today
Nampaknya memang bergaya. Kalau boleh ikat memang lebih baik sebab boleh adjust ketegangan mask kan.
Tekkaus recently posted…Breakfast Buffet at Sheraton PJ That You Cannot Stop Eating
This is indeed a good face mask. You can even tie it up which makes it flexible and handy. Highly recommended indeed.
Tekkaus recently posted…Breakfast Buffet at Sheraton PJ That You Cannot Stop Eating
Nampak menarik tu. Siap ada ruang untuk tukar filter. Jangan lupa basuh face mask tau. Sekarang kes COVID-19 naik sebab penggunaan face mask kain. Ini semua perlu diri sendiri yang jaga kebersihan. Dah boleh berjimat dengan fm kain, malas basuh tu yang kes meningkat. Ruby baru je nak melawa ke event beli fm macam ni. Tengah tengok 3 designer, Jovian, TAS dan LR.
Ruby recently posted…Gunting Rambut Mengikut SOP Pandemik COVID-19
Sekarang ni ramai yang dah jual mask macam macam fesyen ada murah ke mahal ke…saya pakai #abstrax la off course…
Amboi……my ex-classmate, Jovian dah design his own face mask. Hebat btul mamat nie. Huhuhu…….
Ayiooo ni level have-have punya mask ni wakakakakak… kita mampu pakai yang 3 layer mask tu jer wakakakakak tapi memang nampak cantik dah menjadi trend sekarang ni hehehehe…
Mahamahu recently posted…Balik Kampung Sale Untuk Pemakai Bersaiz Besar Di Bob Rock Apparel
wah wah wah bukan main lagi jovian ni ye. cantik juga lah mask ni. saya pun berkenan
nikkhazami recently posted…Cara Beli UC PUBG Mobile
bagusnya jovian peka dengan masalah face mask untuk wanita berhijab. Tak perlu dah nak guna mask extender. Selesa pulak tu
Dahsyat banyak oos. Yela designer terkenal yang buat. Cepatlah laku. Nampak selesa pakai tu. Yang penting sentiasa jaga kebersihan diri.
Cik Puan Ena recently posted…Resepi Jagung Kukus Manis atau Cupcorn
wowww bergayanyaaa mask dia! kaler biru lagiii. nak usha kejap lah dekat website jovian hehehe
Tengok dari segi kualiti kain dan jahitan, memang berbapilah dengan harga dan brand dia kan..janji pakai selesa dan tidak melekap peluh.. nampak macam sejuk aje ek kain dia..
Sis Lin recently posted…MAKAN NASI LEMAK DAUN SEMPO DI KONG KONG LAUT
Cantek dan kemas jahitannya. Jovian mmg pereka fesyen yg sgt teliti dalam setiap jawil kerjanya
Peegh warna biru lagi.. Dhla suka warna biru.. Hehehe.. Mask macam ni kene kerap basuh leps pakai.. Bagusla ade ruang utk filter semua
Nampak berjaya guna mask dari Jovian ni. Berminat pulak tgk bro pakai. Selalu guna yg murah pakai buang tu. Tak bergaya pon mcm tu haha
Tengok kualiti nya mcm bagus juga. Mesti selesa. Za kena cari yg kain kualiti mcmni sbb nak nafas kadang2 susah.
tengok ramai dah guna mask jovian rasa nak beli jugak nt
Memang menarik dan nampak premium face masknya… I simply love the colour… Blue… Favourite colour gitu… In fact, my family and I pun memang dok tengah cari jugak face mask yang macam ni… Bolehlah recce-recce nanti…
mazharalti recently posted…PENJIMATAN DI MEGA 8.8 PG MALL MEMANG TERBAIK
This face mask design and color looks very neat and versatile, i like the plain color.
Sunshine Kelly recently posted…Le Green Blood Type Cell Nutrition Wholefood