Setelah lebih 45 hari rakyat  Malaysia duduk di rumah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 lalu, akhirnya Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilihat memberi sedikit kelonggaran kepada aktiviti dan pergerakan untuk menjalankan aktiviti harian. PKPB ini bertujuan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat yang telah terjejas teruk sehingga mengakibatkan ribuan orang hilang pekerjaan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bermula pada 4 Mei 2020 yang dilihat membenarkan kebanyakkan sektor ekonomi dibuka dan aktiviti harian dilakukan kecuali beberapa 23 sektor dan harus mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

9 SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

  1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;
  2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
    menggunakan hand sanitiser;
  3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);
  4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;
  5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;
  6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;
  8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan
  9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

SOP (Standard Operation Procedure) yang telah dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) haruskan diikuti oleh setiap rakyat Malaysia kerana sebenarnya kita masih di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan dan bukannya telah dibebaskan sepenuhnya. Kegagalan mengikuti SOP berkemungkinan akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Advertisements
Aktiviti yang dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Secara asasnya kebanyakkan aktiviti harian seperti sukan telah dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun terdapat syarat-syarat yang harus dipatuhi.

  1. Sukan yang tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal dan golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan
  2. Pengusaha restoran boleh membuka restoran mereka dan menerima sejumlah kecil pelanggan untuk makan pada satu-satu masa. Hand sanitizer dan sabun juga wajib disediakan selain pekerja perlulah memakai face mask.Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
  3. Rakyat Malaysia juga dilarang untuk pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri nanti.
  4. Premis yang dibenarkan adalah kompleks membeli belah, pasaraya, departmental store, farmasi/penjagaan diri, butik/kedai pakaian dan kedai serbaneka, dobi (termasuk layan diri), kedai perabot, kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku & alat tulis, kedai hardware, makanan haiwan, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, kedai cermin mata.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

 

Aktiviti yang dilarang ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Selain itu, terdapat sebanyak 23 sektor yang dilarang beroperasi dan dibuka. Banyak aktiviti yang masih dilarang, salah satu sebabnya ialah kesukaran mengawal keadaan apabila terlalu ramai orang dalam satu-satu masa.

1. Hiburan Dan Riadah
  • Panggung wayang
  • Pusat karaoke
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
  • Perarakan Keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
  •  Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
3. Persidangan dan Pameran
  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
  • Segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang.
6. Aktiviti Sosial
  • Kenduri–kendara
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

Kenduri perkahwinan adalah salah satu aktiviti yang dilarang ketika PKPB (Gambar hiasan)

7. Pengangkutan
  • Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
  • Aktiviti fitting pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
  • Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga diumumkan kelak
17. Pengurusan Perhutanan
  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan
18. Perlombongan Dan Pengkuarian
  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium
21. Seni Kreatif
  • Penggambaran filem
  • Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam
22. Kebudayaan Dan Kesenian
  • Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
  • Penggunaan fasiliti hotel seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (bagi tujuan buffet)

Sehubungan itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon supaya rakyat Malaysia patuh dengan larangan-larangan tersebut. Ini kerana, jika PKP terus terpaksa terus dilanjutkan, ia sahaja akan memburukkan lagi keadaan, khususnya terhadap ekonomi masyarakat keseluruhannya.

603 total views, 3 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.