Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang terbukti mampu membakar kalori dengan banyak dalam tempoh masa yang pendek. Ianya terbukti apabila saya sendiri dulu pernah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30KG bermula dengan senaman skipping. Saya bermula dengan berat badan 105KG dan selama 2 tahun akhirnya saya mendapat berat ideal iaitu 75KG. Tetapi selepas berakhirnya PKP baru-baru ini berat badan saya mula naik semula kerana tidak sempat bersenam dan tidak menjaga pemakanan kerana banyak menghabiskan masa di rumah dengan makan dan tidur. Berat badan saya naik sehingga 7-8KG dalam tempoh 3-4 bulan. Oleh kerana itu, bermula Ogos 2020 saya berhasrat dan berazam untuk memulakan cabaran menurunkan berat badan semula dengan cabaran skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari.
Cabaran skipping 2,000 setiap hari
Sebelum saya teruskan berkongsi pengalaman saya membuat 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari, saya ingin beritahu kepada pembaca semua yang mana saya memang sudah kerap melakukan skipping. Saya sudah biasa melakukan 1,000-2,000 skipping sehari tetapi tidak pernah melakukannya secara konsisten selama sebulan. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya atapun terfikir mungkinkah seseorang melakukan skipping sebanyak itu. Ada orang yang nak buat 100 skipping pun sudah minta nyawakan? Inikan pula 2,000 skipping.
Ya, ianya possible dilakukan sekiranya sudah biasa dan tahu teknik asas skipping.
Secara puratanya untuk melakukan 2,000 skipping menggunakan speed rope saya mengambil masa sekitar 30-40 minit. Ianya bukanlah 2,000 skipping secara berterusan tetapi saya pecahkan kepada beberapa set. Contohnya saya buat 100 skipping dan rehat sekitar 30-60 saat sebelum menyambung set yang seterusnya. Untuk 2,000 skipping ini pula biasanya membakar sekitar 300-360 kalori. Banyak tak tu?
Cara kira 2,000 skipping
Untuk kira berapa jumlah skipping yang saya lakukan sebenarnya saya boleh kira secara manual tetapi 2,000 tu terlalu banyak dan takut salah kira. Jadi saya menggunakan aplikasi yang dipanggil YaoYao yang terdapat di dalam Apple Watch saya. Aplikasi ni mampu mengira jumlah lompatan dengan mengira pusingan pergelangan tangan setiap kali saya membuat lompatan. Data kiraannya sangat bagus namun begitu biasanya saya akan buat lebih lompatan sedikit kerana YaoYao akan mengira semua pusingan pergelangan tangan termasuk ketika tidak melakukan lompatan.
Selain itu, data dari aplikasi YaoYao juga amat berguna seperti data heart rate serta berapa jumlah kalori yang terbakar. Jadi setiap kali selesai 2,000 skipping saya, saya dapat tahu kualiti dan apakah perkara yang perlu saya perbaiki pada masa akan datang.
Konsisten adalah kunci utama
Pada minggu pertama saya memang rasa sangat penat dan agak sukar untuk bahagikan masa melakukan 2,000 skipping setiap hari. Ada hari yang saya buat pada waktu pagi dan ada kalanya saya buat pada waktu malam. Walaupun penat, namun saya teruskan cabaran ini setiap hari. 2,000 skipping yang pada awalnya mengambil masa 30-40 minit untuk diselesaikan semakin lama ianya menjadi semakin mudah bagi saya. Saya hanya mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja pada minggu ke 2 untuk menghabiskan 2,000 jump rope setiap hari kerana sudah terbiasa dengan rutin harian ini.
Saya dapati apabila 2,000 skipping sudah menjadi rutin harian saya, ianya menjadi sangat mudah untuk diselesaikan. Kadar pembakaran kalori harian juga semakin rendah kerana seperti yang saya bagitau ianya sudah menjadi mudah bagi badan saya. Oleh sebab itu, pada minggu ke 3 saya mula tambahkan jumlah skipping saya dan ada kalanya mencecah 4,000-5,000 skipping sehari. Ianya mengambil masa lebih 1 jam untuk diselesaikan.
Untuk 4,000 skipping ataupun dalam tempoh 1 jam, secara puratanya saya membakar lebih dari 600 kalori pada setiap sesi skipping saya. Oleh itu untuk minggu terakhir saya terus melakukan lebih dari 2,000 skipping dan ada kalanya saya menggunakan skipping rope jenis berat. Ianya memang memenatkan tetapi saya puas hati setiap kali selesai habis sesi skipping.
Macam mana pula dengan rehat? Oleh kerana ini adalah cabaran 30 hari, jadi saya tiada hari untuk rehat. Saya skipping setiap hari tanpa ada hari cuti. Tapi apa yang saya lakukan adalah, ada hari yang saya skipping secara intense iaitu lebih dari 2,000 skipping dan ada hari yang saya skipping secara santai iaitu skipping secara perlahan dan tidak terlalu push. Dengan cara ini saya cuba untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang mungkin akan terjadi. Selain itu juga, saya mengamalkan pengambilan protein yang cukup setiap hari supaya muscle saya cepat recovery untuk session skipping yang seterusnya. Alhamdulillah, selepas selesai saja cabaran 30 hari ini saya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Result
Tujuan utama saya memulakan cabaran ini sudah tentulah untuk menurunkan berat badan. Jadi selepas selesai cabaran 30 hari 2,000 skipping ini, akhirnya saya telah berjaya mengurangkan sebanyak 3KG berat badan. Walaupun pada awalnya berharap untuk turunkan lebih banyak lagi, tetapi ini pun sudah memadai bagi diri saya yang agak sukar untuk turunkan berat badan. Selain bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan, faktor penting lain untuk turun berat badan adalah pemakanan dan juga rehat yang cukup. Untuk cabaran saya kali ini, sudah tentu saya tidak mempunyai rehat yang cukup kerana harus bersenam setiap hari. Dari segi pemakanan pula, saya tidak kawal dan tidak mengira kalori harian saya secara terperinci.
Tapi apa-apapun cabaran 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari ini telah mengubah hidup saya kepada lebih aktif. Tak pernah saya bersenam 30 hari tanpa henti dalam hidup saya. Ianya sedikit sebanyak telah melatih saya untuk merancang dan membahagikan masa untuk bersenam. Kalau tak cukup masa sekalipun, saya akan paksa untuk cuba wujudkan masa melakukan cabaran ini. Kualiti skipping saya pula semakin baik dan ianya telah meningkatkan kardiovaskular saya.
Terima kasih kerana telah membaca perkongsian tentang cabaran saya ini. Anda juga boleh tonton video saya disepanjang cabaran 2,000 skipping setiap hari ini di YouTube Channel saya.
1,198 total views, 8 views today
Cara terbaik turunkan berat badan adalah melalui skipping. Tak memerlukan kita keluar atau space yang besar sangat tapi memang meletihkan.
Wow!!!!!! Awesome! You make me wanna try skipping. I dah lama x skipping. Hehehe.
Betul yg skipping ataupun jump rope
ni merupakan salah satu senaman kardio yg bagus.
Tapi sayang, sejak lutut injured ni, dah lama tak buat skipping
Ya kalau nak konsisten tu memang bukan mudah kan.
Tekkaus recently posted…Digi New Unlimited Fibre Broadband Plans From As Low As RM90
You’re very inspiring. Well done on losing 30kg–it’s not an easy feat, I know. I personally hate cardio.
Dah lama tak bjat skipping ni.. Dh tgk video zarin.. Hebatla.. Halus je lompatnya.. Hehehe.. Nad haritu cuba main, aduh lenguh dah kaki.. Hahaha
Wow powernya skipping 2000 sehari. Mesti fitness padu ni. Stay safe!
untuk kekal sihat dan cergas mmg kena bersenam setiap hari kan..dan cara ini antara yg terbaik
sebelum ni akak lari je, sekali lari dapat lah 5km buat pecah peluh tapi sejak main skipping ni jadi malas nak lari.. hahahaha~ terima kasih untuk suntikan semangat..
Kita takut tengok Zarin sangat bersemangat dengan skipping setiap hari kita tak mampu nak buat tahniah kita nampak perkembangan baik dan juga satu usaha yang bagus motivated orang lain juga kita tak tahu bila nak start…
Mahamahu recently posted…Dari Blogger Lifestyle Kini Telah Terbit Buku Sendiri Tahniah Bella Jamal
Bersemangat sangat Zarin ni! Kena rajin ikut youtube Zarin untuk memupuk semangat kesukanan ni. Nak rajin sikit Zumba kat rumah.