Sebenarnya ramai yang ingin kuruskan pipi kerana pipi adalah sebahagian dari wajah muka dan menjadi bahagian pertama yang orang akan lihat apabila berdepan dengan orang ramai. Pipi juga secara visualnya akan menampakkan seseorang itu kurus ataupun tidak. Kegemukkan pada pipi ataupun memiliki pipi yang tembam ini sering dikaitkan dengan orang yang gemuk dan sebagainya. Namun begitu, ada ke cara kuruskan pipi yang betul-betul berkesan dan mampu mendapatkan pipi yang kecil?
Pada suatu ketika dulu semasa berat badan saya 105KG, saya juga memiliki pipi yang tembam dan gebu. Pipi saya sungguh besar sehingga saya rasa ianya telah cover lebih dari 60% bahagian pada wajah muka saya. Memiliki pipi yang tembam ini akan membuatkan orang sekeliling kita memanggil kita dengan nama-nama menggambarkan pipi kita seperti comel, cute, bam bam dan sebagainya. Jadi saya sangat memahami sekiranya ramai yang ingin setidak-tidaknya menguruskan bahagian pipi.
TIADA Senaman Cara Kuruskan Pipi
Semasa pipi saya tembam dulu, saya telah mencuba banyak senaman kuruskan pipi dan seperti yang dijangka semuanya tidak berhasil. Ini adalah kerana semua senaman pipi seperti urutan pipi ataupun sebagainya tidak mampu menguruskan pipi. Ianya hanya mengerakkan otot-otot muka dan memberi sedikit rasa ketenangan.
Senaman kuruskan pipi TIDAK akan berjaya kuruskan pipi. Janganlah mencuba kerana ianya hanya akan membuat masa.
Mengunyah gula-gula getah TIDAK akan membantu
Salah satu lagi teknik yang terkenal dan ramai yang percaya adalah dengan mengunyah gula-gula. Jangan rasa malu atau rendah diri kalau anda pernah melakukan ini dengan niat ingin kuruskan pipi kerana saya juga pernah lakukannya. Ye, saya juga dulu percaya ianya berkesan. Malahan pada suatu masa dulu saya memang rasa ianya berkesan. Apa yang saya lakukan adalah dengan membeli dan sentiasa mempunyai stok gula-gula getah di dalam beg.
Sebenarnya ianya tidak berkesan langsung malahan menjadikan ianya lebih teruk. Kenapa? Sebab gula-gula getah kebanyakkan mengandungi gula yang tinggi dan dengan mengunyah gula-gula getah setiap hari akan meningkatkan kadar pengambilan gula dalam badan tanpa kita sedari. Tapi, satu kebaikan yang saya fikir sampai hari ini saya dapat adalah saya memiliki gusi yang baik dengan melatih mengunyah gula-gula getah setiap hari.
Kurangkan keseluruhan body fat
Satu-satunya konsep yang harus diamalkan untuk kuruskan pipi adalah dengan mengurangkan fat pada keseluruhan badan. Walaupun kita ingin fokus untuk kuruskan pada bahagian-bahagian tertentu seperti pipi tetapi kita harus turunkan body fat secara keseluruhan terlebih dahulu. Back to basic, amalkan pemakanan yang sihat, senaman 3 kali seminggu, minum air masak yang cukup dan lakukan secara konsisten.
Kurangkan dan kawal pengambilan gula juga dapat membantu mempercepatkan proses ini. Konsep yang sama juga sebenarnya boleh diamalkan sekiranya untuk kuruskan pada bahagian-bahagian lain seperti perut, peha dan sebagainya. Selain dari senaman, pemakanan sihat adalah satu-satunya faktor utama kejayaan menguruskan bahagian-bahagian ini.
Senyum itu sedekah
Kalau masih belum berjaya ataupun masih belum mulakan pemakanan yang sihat, sekurang-kurangnya banyaklah senyum. Senyuman bukanlah cara kuruskan pipi tetapi boleh memberi aura positif dalam diri kita, malahan kita juga akan berkongsi aura positif itu pada orang lain. Jangan risau sangat tentang pipi yang gebu ataupun tembam asalkan kita amalkan kehidupan yang sihat. Ada juga orang yang kurus tapi pipinya gebu, mungkin ini adalah faktor genetik ataupun struktur mukanya. Kita terima seadanya kekurangan dan kelebihan kita.
1,564 total views, 7 views today
Lahh yeke… Saya selalu fikir kunyah gula-gula getah tu boleh kuruskan pipi. Tapi sekarang macam banyak fokus senaman untuk jawline. Haha. Tak tahulah boleh jadi ke tak. But yeah, bagus kita lakukan senaman untuk bakar lemak secara keseluruhan untuk lebih sihat kan.
Hehehe. Patutlah nampak ada yang dah kurus tapi pipi tak kurus kurus. Yang penting hidup kena sihat
Nak kurus kena usaha .. hati pun kena tabah kan dengan pujuk rayu kengkawan sekeliling..hehehe. Tahniah sebab dah handsome !!
Penat tu kunyah chewing gum. Hehe. Badan ena naik start preggy. Pipi pon naik sekali. Alahai susah nk kuruskan pipi balik ni. Orang pandang muka terus cakap tembam 😂
Cik Puan Ena recently posted…Servis, Repair dan Pasang Aircond Murah di Muar, Johor dan Melaka
Satu lagi disiplin kena kuat apabila melakukan senaman dan sebagaimana yg disyorkan itu.
Sama lah ingatkan kunyah gula getah tu untuk kuruskan muka. Hahaha. Tertipu rupanya kita ni.
Selalu rasa kunyah gula gula getah boleh kuruskan pipi sebab ada org pernah ckp mcmtu haha. alahai tertipu la ni.
Bagi i jaga pemakanan n exercise tu penting. Tak ada jln singkat untuk kurus ni. Melainkan orng tu memang dah punya thp metabolism y tinggi
Ada yang kata selalu ngangakan mulut kiri kanan boleh kuruskan pipi, tapi sis tak caya sangat..hehehe. Yang penting badan kurus semua boleh kurus kan kan
Betul sangat tips yang diberikan. Saya pernah join program jom detoks.. program yang menggalakkan kita detoks toksin & cepatkan penurunan berat badan. Dalam masa yg sama tu, memang pipi akan terkurus sama, once kita lose weight & lose inch.
Wan Syahida recently posted…Polifenol Dalam Vivix Membantu Pesakit Stroke
Owh… thanks for sharing this. All this while I was trying many face exercises to flatten my chubby cheeks.
Betul, gebu ke leper ke pipi tu, kalau mahal sangat senyuman tu, pun dunia jadi sepi hehehehe…Sis dari dulu, baik gemuk baik kurus, pipi tetap tembam hahahaha macam Dato Ct muahahahahah…
Sis Lin recently posted…THE STATE OF SELANGOR – A HOME TO GASTRONOMICAL DELIGHTS
Kunyah gula getah sebenarnya lebih kepada senaman mulut.. tapi mmg ada org inform nak kurus bahagian muka, kena kuruskan badan dulu
Ayu Rafikah recently posted…AT Systematization Bhd (ATS) Terus Mengorak Langkah Sebagai Pengeluar Sarung Tangan Terbesar di Peringkat Global
Haritu ada terbaca kalau kuruskan badan keseluruhan baru pipi muka pun ikut kurus kan
Sebab selalu tgk muka ni pipi tembam bila pipi dah susut juga sbb badan susut rasa janggal sgt.. Haha tapi betul tiada istilah kuruskan pipi ye anak2. Muhong je
Rupanya analogi berkenaan kunyah gula-gula getah tu mitos je ye… hehehehe… selama ni dok ingat it will at least bagi sedikit impact kat bahagian pipi rupa-rupanya tidak… setuju dengan apa yang Zarin katakan, bofy fat as in a whole tu yang kita kena fokuskan… yang paling penting ialah menerima diri seadanya… P/S: saya dulu sampai hampir kena aneroksia nervosa sebab bila timbang berat dan berat mencapai 37-38 kg je saya terus jadi tak boleh makan… huhuhuhu… but now dah okay dah, alhamdulillah…
mazharalti recently posted…5 SEBAB KENAPA GHIBAH PERLU DIHENTIKAN