Tag - Jom Kurus

Cara Kuruskan Pipi

Sebenarnya ramai yang ingin kuruskan pipi kerana pipi adalah sebahagian dari wajah muka dan menjadi bahagian pertama yang orang akan lihat apabila berdepan dengan orang ramai. Pipi juga  secara visualnya akan menampakkan seseorang itu kurus ataupun tidak. Kegemukkan pada pipi ataupun memiliki pipi yang tembam ini sering dikaitkan dengan orang yang gemuk dan sebagainya. Namun begitu, ada ke cara kuruskan pipi yang betul-betul berkesan dan mampu mendapatkan pipi yang kecil?

Pada suatu ketika dulu semasa berat badan saya 105KG, saya juga memiliki pipi yang tembam dan gebu. Pipi saya sungguh besar sehingga saya rasa ianya telah cover lebih dari 60% bahagian pada wajah muka saya. Memiliki pipi yang tembam ini akan membuatkan orang sekeliling kita memanggil kita dengan nama-nama menggambarkan pipi kita seperti comel, cute, bam bam dan sebagainya. Jadi saya sangat memahami sekiranya ramai yang ingin setidak-tidaknya menguruskan bahagian pipi. Read More

 6,927 total views

Nak mula kurus? Mulakan kurang 3G

Saya bukannya ingin jual ubat kurus badan tetapi hanya nak “jual” satu konsep paling mudah untuk mula kurus iaitu 3G. Ini bukanlah 3G data handphone tu tapi 3G ini adalah Garam, Gula dan Goreng. Pengurangan “3G” ini dalam kehidupan adalah konsep paling asas yang boleh diamalkan oleh semua orang yang nak mula kurus. Ianya bukan saja pasti dan terbukti berkesan malahan kita akan nampak perubahan pada diri sekiranya diamalkan secara konsisten.

Ramai orang terlalu fokus kepada makanan yang baik untuk kurus seperti ayam, telur, sayur dan sebagainya tetapi sering mengabaikan cara penyediaan makanan tersebut. Ianya sangat memainkan peranan dan menjadi faktor penurunan berat badan. Oleh sebab itulah konsep 3G dihasilkan bagi menerapkan ciri-ciri pemakanan yang sihat.

GARAM

Garam ataupun pengambilan sodium berlebihan boleh menyebabkan kita sering rasa dahaga, lapar, badan mengalami water retention disamping kesan sampingan yang lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Nak tau garam yang kita ambil berlebihan atau tidak bukan pada rasa masin masakan kita, tetapi pada kandungan jumlah sodium di dalamnya. Kebanyakkan bahan masakan seperti sos cili, walaupun tidak mempunyai rasa masin seperti masin garam, tetapi masih mempunyai kandungan sodium yang tinggi.
Sebab itulah dengan mengamalkan pengurangan Garam dalam masakan secara tak langsung dapat mengawal kandungan sodium dalam makanan. Lebih baik lagi kalau makanan itu adalah makanan yang kita sendiri sediakan bagi mengawal kandungan garam.

GULA

Kita semua sudah tentu faham tentang bahayanya gula dan punca kepada banyak penyakit. Sama seperti garam, ianya tidak disukat melalui tahap kemanisan minuman kita tu, tetapi disukat kepada kandungan gula yang kita gunakan. Jangan ingat kita dah letak gula banyak dalam minuman, lepas tu tambah air panas lebih sikit akan mengurangkan kandungan gula. Jangan juga kita ingat lepas kita minum air manis, kita ‘bilas’ semula air manis tu dengan minum air masak. Semua ni adalah teori yang salah

Selain itu juga, gula perang bukanlah pilihan gula yang lebih baik dari gula putih. Ini adalah kerana kandungan gula pada kedua-dua jenis gula ini masih sama cuma yang membezakan gula perang biasanya adalah pada rasanya yang kurang manis dan kuantitinya yang lebih kurang. Sekiranya ingin menggantikan gula dalam minuman bolehlah mencuba gula stevia.

GORENG

Cara penyediaan makanan adalah sangat penting bagi memastikan makanan tersebut betul-betul sihat. Kalau biasanya kita dah selalu menggoreng, apa kata mulai sekarang kita ubah kepada bentuk grilled, kukus, sup ataupun sebagainya. Selain minyak menggoreng itu mengandungi kolestrol yang tinggi, proses menggoreng itu sendiri meningkatkan nilai kalori makanan tersebut. Maksudnya macam ni :

Dada Ayam (tak masak) : 120cal
Dada Ayam (rebus) : 150cal
Dada Ayam (goreng) :250cal
*estimation

Jadi selain minyak menggoreng tu sendiri dah kurang elok, calorie intake harian pula meningkat dengan menu makanan bergoreng. Memang sangat merugikan tau.

 2,987 total views

5 Cara Mudah Kurus

Diantara soalan yang sering ditanya kepada saya adalah cara mudah kurus ataupun cara asas untuk kurus. Ramai yang telah mencuba untuk kurus, bahkan bertahun-tahun mencuba tetapi masih gagal untuk kurus. Harus diingat, proses kurus ini mengambil masa yang lama untuk ada hasilnya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha yang konsisten. Saya juga dulu pernah hampir berputus asa kerana tiada perubahan walaupun dah berusaha buat macam-macam.

5 Cara Mudah Kurus

Sekarang ini bila saya dah berjaya kurus dan hilang 30KG barulah saya faham apa kesilapan yang saya pernah buat dulu dan menjadi faktor kegagalan menurunkan berat badan. Hari ini saya akan kongsikan 5 Cara Mudah Kurus.

5 Cara Mudah Untuk Kurus

Ketika berbadan besar

5 Cara Mudah Untuk Kurus

Sebelum dan selepas

1. Minum 2-3 Liter air sehari

Read More

 5,247 total views

TV Al-Hijrah – 2020 : Boleh Ke Kurus?

Tak sangka selepas beberapa hari saya menulis mengenai tip azam kurus 2020, saya menerima panggilan dari TV Al Hijrah untuk berkongsi mengenai topik  “2020 : Boleh Ke Kurus?” secara langsung di program ASSALAMUALAIKUM. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang ini kerana saya memang teringin berkongsi pengalaman sendiri mengenai tips dan azam kurus. Saya sebenarnya sudah mempunyai pengalaman muncul di kaca TV sebelum ini jadi tidaklah terlalu nervous. Tetapi ini adalah pengalaman pertama saya untuk bercakap dalam topik kesihatan seperti ini.

Saya dijemput ke program ini bersama dua orang lagi panel jemputan iaitu Puan Fizah, Dietitian dan juga Coach Isrul, jurulatih kesihatan. Sejujurnya saya memang excited sangat sebab dibariskan bersama panel-panel yang terkenal ini. Pada masa yang sama juga saya ada rasa sedikit gemuruh sebab saya sedang mengalami sedikit kenaikan berat badan. Tapi takpelah, biasalah berat badan ni ada turun dan naik.

Boleh Ke Kurus?

Ketika live di Assalamualaikum TV Al Hijrah

Boleh Ke Kurus?

Saya sebagai salah seorang panel jemputan

Read More

 2,101 total views

Tips Azam Kurus 2020

Setiap kali tiba tahun baru pasti kita akan menyimpan azam untuk kurus ataupun mahu mengubah diri sendiri kepada yang lebih baik. Apa kata untuk tahun 2020 ini, kita berazam betul-betul dan pastikan semua impian kali ini berjaya. Sebenarnya ianya tak mustahil bila kita dah betul-betul berazam dan tahu apa yang harus dilakukan untuk mencapai impian kita. Semuanya harus ada perancangan yang betul dan jangan sia-siakan azam tahun 2020 kali ni.

Saya sendiri akan kongsikan beberapa tips azam kurus 2020 berdasarkan pengalaman saya yang telah berjaya kurangkan 30KG berat badan sebelum ini. Ikuti tips ini dengan konsisten dan insyaAllah tahun 2020 kali ini anda akan menjadi orang yang kurus dan tentunya sihat.

Perlu azam untuk kurus

Berazam untuk kurus dengan cara sihat

Tips Azam Kurus 2020

Read More

 2,954 total views