Saya bukannya ingin jual ubat kurus badan tetapi hanya nak “jual” satu konsep paling mudah untuk mula kurus iaitu 3G. Ini bukanlah 3G data handphone tu tapi 3G ini adalah Garam, Gula dan Goreng. Pengurangan “3G” ini dalam kehidupan adalah konsep paling asas yang boleh diamalkan oleh semua orang yang nak mula kurus. Ianya bukan saja pasti dan terbukti berkesan malahan kita akan nampak perubahan pada diri sekiranya diamalkan secara konsisten.

Ramai orang terlalu fokus kepada makanan yang baik untuk kurus seperti ayam, telur, sayur dan sebagainya tetapi sering mengabaikan cara penyediaan makanan tersebut. Ianya sangat memainkan peranan dan menjadi faktor penurunan berat badan. Oleh sebab itulah konsep 3G dihasilkan bagi menerapkan ciri-ciri pemakanan yang sihat.

GARAM

Garam ataupun pengambilan sodium berlebihan boleh menyebabkan kita sering rasa dahaga, lapar, badan mengalami water retention disamping kesan sampingan yang lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Nak tau garam yang kita ambil berlebihan atau tidak bukan pada rasa masin masakan kita, tetapi pada kandungan jumlah sodium di dalamnya. Kebanyakkan bahan masakan seperti sos cili, walaupun tidak mempunyai rasa masin seperti masin garam, tetapi masih mempunyai kandungan sodium yang tinggi.
Sebab itulah dengan mengamalkan pengurangan Garam dalam masakan secara tak langsung dapat mengawal kandungan sodium dalam makanan. Lebih baik lagi kalau makanan itu adalah makanan yang kita sendiri sediakan bagi mengawal kandungan garam.

Advertisements

GULA

Kita semua sudah tentu faham tentang bahayanya gula dan punca kepada banyak penyakit. Sama seperti garam, ianya tidak disukat melalui tahap kemanisan minuman kita tu, tetapi disukat kepada kandungan gula yang kita gunakan. Jangan ingat kita dah letak gula banyak dalam minuman, lepas tu tambah air panas lebih sikit akan mengurangkan kandungan gula. Jangan juga kita ingat lepas kita minum air manis, kita ‘bilas’ semula air manis tu dengan minum air masak. Semua ni adalah teori yang salah

Selain itu juga, gula perang bukanlah pilihan gula yang lebih baik dari gula putih. Ini adalah kerana kandungan gula pada kedua-dua jenis gula ini masih sama cuma yang membezakan gula perang biasanya adalah pada rasanya yang kurang manis dan kuantitinya yang lebih kurang. Sekiranya ingin menggantikan gula dalam minuman bolehlah mencuba gula stevia.

GORENG

Cara penyediaan makanan adalah sangat penting bagi memastikan makanan tersebut betul-betul sihat. Kalau biasanya kita dah selalu menggoreng, apa kata mulai sekarang kita ubah kepada bentuk grilled, kukus, sup ataupun sebagainya. Selain minyak menggoreng itu mengandungi kolestrol yang tinggi, proses menggoreng itu sendiri meningkatkan nilai kalori makanan tersebut. Maksudnya macam ni :

Dada Ayam (tak masak) : 120cal
Dada Ayam (rebus) : 150cal
Dada Ayam (goreng) :250cal
*estimation

Jadi selain minyak menggoreng tu sendiri dah kurang elok, calorie intake harian pula meningkat dengan menu makanan bergoreng. Memang sangat merugikan tau.

 2,987 total views,  2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

17 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.