Siapa sangka saya yang dulunya struggle nak kurus bermula dengan senaman jump rope, kini saya pula berkongsi kisah inspirasi kurus di radio Zayan. Saya masih ingat lagi macam mana susahnya nak faham dan belajar jump rope seorang diri dan susahnya untuk membuat lompatan walaupun sekadar lompatan asas. Saya juga dulu pernah diejek dan dicabar untuk buat 5 lompatan asas jump rope tetapi masih gagal melakukannya. Ini merupakan di antara bingkisan yang saya kongsikan di dalam segmen inspirasi senaman jump rope di radio Zayan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan radio Zayan yang sudi menjemput saya ke konti radio bagi segmen ini. Saya ditemuramah oleh penyampai radio Zayan dalam segmen “SalamBros” iaitu Anas Tahir dan juga Mawi. Mereka berdua mengendalikan segmen ini sungguh santai sekali dan seolah-olah kami sedang berborak di kedai kopi. Mereka mahu saya kongsikan rahsia perubahan berat badan saya sebanyak 30KG melalui senaman jump rope kepada semua pendengar radio Zayan.
Diejek tak pandai jump rope
Seperti yang saya kongsikan di radio Zayan, permulaan saya dengan senaman jump rope adalah apabila saya diejek tidak pandai jump rope. Saya yang pada awalnya ingin belajar dan tidak tahu langsung untuk mengenai jump rope, berazam untuk berjaya kurus. Saya belajar dan berlatih seorang diri setiap hari untuk memahirkan melakukan jump rope. Memang sangat susah dan pelbagai cabaran saya lalui sebab semuanya saya lakukan seorang diri.
Ada juga rakan-rakan yang merakam video ketika saya sedang berlatih dan menjadi bahan jenaka. Tapi saya gunakan semua itu sebagai motivasi untuk berjaya melakukan jump rope. Untuk lompatan asas saja saya mengambil masa hampir sebulan berlatih seorang diri. Proses pembelajaran jump rope itu sendiri telah berjaya mengubah hidup saya. Bukan saja dari segi mengurangkan berat badan, tetapi macam mana untuk berjuang dan membuktikan kebolehan diri.
Perkongsian saya ini sangat mengujakan Anas dan juga Mawi. Walaupun cerita saya ini seperti tak sangka berlaku tetapi ianya merupakan kisah benar yang berlaku pada diri saya dan mungkin juga berlaku pada masyarakat kita. Bagaimana kita mengambil setiap kritikan orang lain yang akan membezakan apakah hasil akhirnya.
Gunakan kekurangan sebagai kelebihan
Apabila saya diminta untuk kongsikan quote ataupun kata-kata semangat buat pendengar radio Zayan akhirnya saya memilih untuk berkongsi dari sudut kekurangan diri sendiri. Bagi saya, kita harus gunakan kekurangan kita sebagai kelebihan dan juga gunakan kelemahan kita sebagai kekuatan. Semua orang tidak dilahirkan dengan kelebihan dan kekuatan. Kita sendiri yang kena gunakan kekurangan dan kelemahan kita sebagai motivasi untuk kita berjaya.
Begitulah diantara suasana saya di konti radio Zayan bersama penyampai radio Anas dan juga Mawi. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan radio Zayan kerana menjemput saya. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pendengar radio Zayan khususnya dan semua yang membaca blog saya ini.
Selain itu juga radio Zayan sedang membuat kempen #ZAYANSkip4Frontliners iaitu kempen ber jump rope sempena menghargai usaha frontliners negara kita di dalam berjuang menangani wabak COVID-19. InsyaAllah saya akan kongsikan berkaitan kempen ini pada artikel yang seterusnya.
Bagi mereka yang ingin mulakan senaman jump rope bolehlah tonton video tutorial senaman jump rope saya ini.
549 total views, 2 views today
CONGRATULATIONS!
Wah lepas ni semakin femes lah Zarin orang dah kenal kan? Tahniah!
perkongsian yang menarik dan bermanfaat. very good tips. thanks for sharing
Bagus dengan kata2 motivasi ini.. gunakan kelemahan dan kekurangan diri untuk berjaya
Bavus, tak putis asa.. Orang ketawakan kita, kita lagi semnagat nak buat. Tengok sekrg, zarin dh hebat
Rasa cam sebak bila baca kegigihan zarin bermula dari jump romp.. Mmg satu usaha yg berterusan dan nampak hasil nya.. Syabas..
satu motivasi untuk ramai orang berusaha untuk hidup dengan gaya hidup lebih baik. terima kasih atas perkongsian bermakna ini. 🙂
Mohamad Khairil Bin Hassan recently posted…Dua Peserta dari Pahang dan Selangor menang “Gaji Seumur Hidup” daripada Nestlé!
Congratulations! can share your inspirasi senaman jump rope di radio Zayan. I also like to play jump rope masa young
Rane Chin recently posted…Authentic Norwex Cloth
Bukan biasa biasa ni. Dengan jump rope pun boleh kurus rupanya. Nice.
Fana halim recently posted…Menikmati keindahan Bukit Panorama Sungai Lembing di Kuantan Pahang | Bukit Panorama | Sungai Lembing |
Yeah! senaman jump rope is very good coz it workout the whole body and burn lots of calories also.
Sunshine Kelly recently posted…Top 9 Highlights @ MITSUI Outlet Park KLIA Sepang 5th Anniversary Celebration
before MCO i have bought the jump rope but yet started till today.. but your write up today inspired me so much to start it as soon before too late..
Bagus lar. Boleh jadi inspirasi dan motivasi bagi mereka yang masih lagi struggle kan. 🙂
Tekkaus recently posted…Tanjung Point Residences review-One of the Best Places To Stay In Penang
[…] iaitu salah satu aktiviti skipping beramai-ramai selama 63 minit yang dianjurkan oleh radio Zayan. Acara skipping 63 minit bersama Zayan ini adalah diantara lain sebagai simbolik kepada pengorbanan […]