Siapa sangka saya yang dulunya struggle nak kurus bermula dengan senaman jump rope, kini saya pula berkongsi kisah inspirasi kurus di radio Zayan. Saya masih ingat lagi macam mana susahnya nak faham dan belajar jump rope seorang diri dan susahnya untuk membuat lompatan walaupun sekadar lompatan asas. Saya juga dulu pernah diejek dan dicabar untuk buat 5 lompatan asas jump rope tetapi masih gagal melakukannya. Ini merupakan di antara bingkisan yang saya kongsikan di dalam segmen inspirasi senaman jump rope di radio Zayan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan radio Zayan yang sudi menjemput saya ke konti radio bagi segmen ini. Saya ditemuramah oleh penyampai radio Zayan dalam segmen “SalamBros” iaitu Anas Tahir dan juga Mawi. Mereka berdua mengendalikan segmen ini sungguh santai sekali dan seolah-olah kami sedang berborak di kedai kopi. Mereka mahu saya kongsikan rahsia perubahan berat badan saya sebanyak 30KG melalui senaman jump rope kepada semua pendengar radio Zayan.
534 total views