Membaca tajuk teater “Di Bawah Lindungan Kaabah” sahaja sudah membuatkan bulu roma berdiri dan ditambahkan pula dengan barisan pelakon-pelakon teater yang berbakat besar ianya memberi gambaran awal sebuah teater yang penuh dengan lakonan emosi dan penghayatan mendalam. Begitulah, first impression saya bila tahu teater ini akan dipentaskan di Istana Budaya. Saya sungguh bertuah kerana mendapat jemputan pada malam pertama pementasan oleh CTRA Production, selaku penerbit teater ini. Samada anda ingat atau tidak, sebenarnya CTRA Production adalah syarikat yang sama yang pernah menghasilkan Teater Upin & Ipin The Musical 2 tahun lalu.

IMG_5341

Zarith bersama standee pelakon wanita 

IMG_5344-2

Saya pula bersama pelakon lelaki 

Berbeza dengan teater “Bahayanya Wanita” dan “Teater Upin & Ipin The Musical“, teater ini sememangnya mengaplikasikan pembawakan teater dan pementasan sebenar. Diadaptasikan dari karya asal novel Prof. Dr. Hamka yang berasal dari Indonesia, teater “Di Bawah Lindungan Kaabah” sudahpun mempunyai peminatnya sendiri yang tidak sabar untuk menyaksikan karya ini di dalam bentuk teater. Keseluruhan teater ini menceritakan mengenai kesucian cinta oleh seorang lelaki dan wanita yang masing-masing takut untuk meluahkan perasan kerana pelbagai dugaan dan halangan.

IMG_5998

Zahid membuka tirai teater

IMG_5818

Lakonan Adi Putra digemari ramai

Kisah ini digambarkan di dalam bentuk penceritaan semula di dalam gaya-gaya arab dan melayu klasik yang digarap merentasi 3 generasi. Bentuk penceritaan juga diselang selikan dengan tukang cerita yang bercerita di dalam bentuk lagu dan kadang kala berpuisi. Walaupun Zahid bukanlah watak utama, namun kelibat Zahidlah yang paling banyak kelihatan kerana dialah yang menjadi tukang cerita. Teater ini bermain penuh dengan emosi dan moment yang mengajak penonton terbuai di dalam konflik percintaan mereka. Oleh kerana terdapat penglibatan 3 generasi di dalam satu kisah, penonton mungkin perlu tunggu sedikit lama untuk menatap wajah pelakon yang diinginkan. Lakonan merentasi 3 generasi melangkau waktu ini berjaya dipersembahkan dan ianya digambarkan di dalam mood yang berbeza. Ini bermakna terdapat 3 orang pelakon yang berbeza dan melakonkan waktu yang sama tetapi pada garis masa yang berbeza. Pada mulanya penonton harus cekap menangkap siapakah yang melakonkan watak siapa pada setiap perubahan masa. Pada permulaan teater ini, perceritaannya agak santai dan ringan. Diceritakan bagaimana Hamid bertemu dengan Zainab ketika kecil dan bagaimana ketentuan Allah merapatkan silahturahim keluarga mereka berdua walaupun berbeza darjat. Pada zaman remaja pula, mereka berdua berpisah kerana Hamid menyambungkan pelajaran ke seberang di dalam bidang agama. Walaupun kasih sayang pada mulanya hanya sebagai seorang abang dan adik, akhirnya mereka terpaksa menipu diri sendiri. Perasaan cinta masing-masing terpaksa disimpan kerana menghormati hak masing-masing dan kehendak keluarga. Ketika zaman dewasa pula, di mana cinta mereka akhirnya harus dikorbankan dan akhir sekali dihadapan Kaabah cinta mereka bersemadi.

Advertisements
IMG_5752

Diantara aksi tarian dan nyanyian 

IMG_5533

Aksi pelakon kanak-kanak amat mencuri tumpuan

IMG_5545

IMG_5744

Suasana kampung

IMG_6111

Nasha Aziz turut bersilat dan menari

IMG_6544

Semua pelakon teater hadir dengan pakaian ihram ketika penutup

Secara keseluruhannya, teater ini wajib ditonton oleh semua peminat teater. Sememangnya cabaran besar bagi penerbit untuk menghasilkan kisah cinta sedih berdurasi 3 jam dan lebih-lebih lagi ianya merupakan karya asal dari novel terkenal. Walaupun tiada kekurangan di dalam teater ini, namun tidak pula banyak yang sempurna. Tahniah diucapkan kepada kepada semua yang terlibat untuk teater Di Bawah Lindungan Kaabah.

IMG_6702

Zarith dan Nasha Aziz

IMG_6611

Elfira Loy

IMG_6626

Nasha Aziz ketika ditemubual wartawan


 5,861 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.