Tak sangka selepas beberapa hari saya menulis mengenai tip azam kurus 2020, saya menerima panggilan dari TV Al Hijrah untuk berkongsi mengenai topik “2020 : Boleh Ke Kurus?” secara langsung di program ASSALAMUALAIKUM. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang ini kerana saya memang teringin berkongsi pengalaman sendiri mengenai tips dan azam kurus. Saya sebenarnya sudah mempunyai pengalaman muncul di kaca TV sebelum ini jadi tidaklah terlalu nervous. Tetapi ini adalah pengalaman pertama saya untuk bercakap dalam topik kesihatan seperti ini.
Saya dijemput ke program ini bersama dua orang lagi panel jemputan iaitu Puan Fizah, Dietitian dan juga Coach Isrul, jurulatih kesihatan. Sejujurnya saya memang excited sangat sebab dibariskan bersama panel-panel yang terkenal ini. Pada masa yang sama juga saya ada rasa sedikit gemuruh sebab saya sedang mengalami sedikit kenaikan berat badan. Tapi takpelah, biasalah berat badan ni ada turun dan naik.
Alhamdulillah, sepanjang sesi secara langsung ini saya rasa saya berjaya berkongsi pengalaman dengan baik. Pengacara TV-Al Hijrah iaitu Hannan dan Dewi pula pandai bertanya soalan dan berborak secara santai walaupun ianya program live. Para panel yang lain pula sangat bijak menjawab soalan dengan ringkas namun padat dengan info.
Diantara soalan yang ditanyakan kepada saya adalah apakah pendapat saya mengenai “cheat day” yang diamalkan oleh ramai orang yang sedang diet. Jawapan saya adalah saya lebih gemar supaya kita mengamalkan “rewards” dari “cheat”. Kebanyakkan dari kita akan makan apa sahaja pada “cheat day” dan ianya akan merugikan apa yang kita dah usahakan dalam seminggu ataupun sebulan. Lebih baik kita “rewards” diri kita dengan apa yang kita mahu hanya selepas kita berjaya mencapai sesuatu target. Dari segi psikologinya, ianya lebih positif dan melatih supaya kita terus berusaha.
Ketika segmen itu juga, TV Al Hijrah menayangkan video montaj mengenai perubahan diri saya dari dulu sehingga sekarang. Walaupun video montajnya ringkas namun membuatkan saya terharu dan terkejut sebab jarang-jarang nampak proses diri sendiri diedit menjadi video seperti itu. Saya ucapkan terima kasih kepada TV-Al Hijrah kerana sudi menjemput saya dan berkongsi pengalaman kurus saya secara langsung di program Assalamualaikum. Terima kasih juga kepada panel-panel yang sangat supportive dan membantu ketika program live ini berlangsung.
Diharapkan semua yang menonton program Assalamualaikum ini tempoh hari dapat banyak info berguna dan manfaat kepada diri sendiri. InsyaAllah, tahun 2020 ini kita ubah mindset kita daripada mahu “kurus” kepada mahu “SIHAT”. Sentiasalah mengamalkan amalan kehidupan yang sihat demi diri sendiri dan keluarga tercinta.
Sedutan video
1,101 total views, 1 views today
Semua orang boleh kurus. Nak tak nak je. Kena berdisiplin dari segi pemakanan dan selalu buat senaman.
Tahniah kerana dapat masuk TV, harap bro blh kongsikan tips2 kurus tu ye, mana tau blh amik iktibar dan pengajaran.
smartinvest101 recently posted…9 Pengalaman Buat Duit Dengan Youtube
bestnya ada pengalaman dijemput jadi panel tv al hijrah. semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat buat semua
messarah recently posted…January Giveaway by Awesome Dreamer
Good new year resolution. Good luck and all the best to you. Thank you for sharing your story.
Dari setahun ke setahun azam nak kurus. Tahun ni tak le beria ia berazam nak kurus, tapi dalam hati terasa nak kurus..haa cam mana tu..hehehe. Selalu berdiet stgh jalan je..lps tu start balik ke asal
Tak sempat haritu nak tengok kt tv al-Hijrah. Btw, tahniah dapat masuk tv. Nur ni dari dlu nak kurus tapi tula, diet tak konsisten. Sekerat jalan terus lupa diri hahaha
Nur Decamellia recently posted…Tasneem Naturel Produk Pilihan Terbaik Sekeluarga
Wahhh masuk tv. Yes betul. Sentiasa amalkan pemakanan sihat bukan sebab nak kurus tapi nak sihat. In sha allah bila amalkan pemakanan sihat automatik berat akan turun
Fewitt. Nak autgraph pls hehe. Every year pun mmg ramai azam baru nak kurus tp x buat apa-apa. So far kalau tak dpt exercise byk pun, makanan kita mmg jaga sikit. Lagi2 bila ada anak, sbb diorang ikut cara pemakanan kita.
Alhamdulillah. Seronoknya masuk TV! hehe. Impian saya kalau sebelum ni nak kurus, tapi sekarang dah ubah, nak lebih sihat dan cergas 🙂
Wahhh da kurus… Saya pun berazam nak kurus jugak… Tpi xtau la boleh turun banyak ke tak.. Hari tu masa jatuh sakit turun la 5 kg… Ni xtau la dah naik balik ka apa ka
Tahniah Zarin, sangat berbeza penampilan u dulu dan sekarang.
Atul suka dengar bila u kata, azam untuk kurus tukar kepada azam untuk hidup lebih sihat. Setuju sangat2 ttg tu.
Wow! Tahniah Zarin kerana berjaya menembusi kaca TV dan menjadi salah seorang ahli panel! Sangat memberikan inspirasi buat mereka yg berazam nak kurus.. Harap yg tonton tu nak terus ambil tindakan. Hehe
Wan Syahida recently posted…Bersiar-siar di 99 Wonderland Park, Selayang