Diantara soalan yang sering ditanya kepada saya adalah cara mudah kurus ataupun cara asas untuk kurus. Ramai yang telah mencuba untuk kurus, bahkan bertahun-tahun mencuba tetapi masih gagal untuk kurus. Harus diingat, proses kurus ini mengambil masa yang lama untuk ada hasilnya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha yang konsisten. Saya juga dulu pernah hampir berputus asa kerana tiada perubahan walaupun dah berusaha buat macam-macam.
5 Cara Mudah Kurus
Sekarang ini bila saya dah berjaya kurus dan hilang 30KG barulah saya faham apa kesilapan yang saya pernah buat dulu dan menjadi faktor kegagalan menurunkan berat badan. Hari ini saya akan kongsikan 5 Cara Mudah Kurus.
1. Minum 2-3 Liter air sehari
Tiada lagi misteri bahkan kalau kita perasan di mana-mana artikel tentang cara kurus akan menyenaraikan tip ini sebagai tip untuk kurus. Ianya memang benar dan penting kerana bila kita minum air, badan kita akan menjadi seimbang dan mengawal nutrisi yang masuk ke dalam badan kita. Bayangkan badan kita ni umpama pokok yang sering dibaja dan menerima cahaya matahari dengan baik tetapi tidak disiram air. Ianya akan menjadi tidak seimbang bahkan membantukan pembesaran pokok itu. Samala juga seperti badan kita yang memerlukan air dalam badan.
2-3 liter air sehari itu memang banyak sekiranya kita tak biasa mengawal cara kita minum air. Tetapi kalau kita bahagikan ikut masa dan minum dari botol air minuman, kita akan dapat membahagi dan merancang kuantiti air harian kita. Selain itu juga, minum air 2-3 liter sehari akan membantu kita agar lambat lapar. Sebenarnya bila kita rasa lapar, apa yang berlaku sebenarnya adalah kita sedang dahaga. Otak akan bagitahu yang kita perlukan makanan. Tetapi sebenarnya kalau kita minum air sebelum rasa lapar, kita akan dapat mengawal nafsu makan dengan lebih baik. Oleh itu minumlah air sebelum rasa dahaga. Ianya pasti membantu.
2. Kawal Kalori
Sebelum ini saya memang pandang remeh tentang kalori pada makanan. Kalau saya tahu pun tentang jumlah kalori makanan saya, saya tak tau apa nak buat dengan data kalori tersebut. Tapi tak sangka kalori dalam makanan ni sangat-sangat penting. Kalori adalah value pada setiap makanan yang kita makan dan kalori ini akan menentukan kenaikkan atau penurunan berat badan kita. Mula-mula kita kena tahu berapa jumlah kalori harian yang diperlukan oleh badan kita. Biasanya kalau kita tak tau berapa kalori harian kita, kita akan terbiasa makan lebih dari apa yang kita diperlukan. Sebab itulah badan kita cepat gemuk.
Jadi bila kita dah tau berapa kalori harian yang patut kita ambil, kita hanya perlu mengambil kurang sedikit dari value tersebut bagi membolehkan kita mengalami penurunan berat badan. Pengawalan kalori ini harus dilakukan secara konsisten selama sekurang-kurangnya 30 hari bagi lihat kesannya.
3. Kurangkan Gula, Garam, Goreng
Cara seterusnya untuk kurus adalah dengan mengurangkan 3G iaitu Gula, Garam dan Goreng. Tapi kenapa? Sebenarnya 3 elemen ini akan memberi kesan melambatkan proses penurunan berat badan. Gula sebenarnya tidak mengemukkan tetapi gula yang berlebihan akan memberi kesan kepada hormon badan, kenaikkan insulin, membuatkan kita tidak kenyang dan menyebabkan kita makan lebih banyak dari yang sepatutnya.
Setiap gram gula yang kita ambil akan menyumbang kepada pengambilan kalori harian. Dalam sedar tak sedar banyak ‘gula’ tersembunyi dalam makanan harian kita. Bukan makanan yang manis sahaja ada gula, tetapi makanan yang kita rasa tak manis juga mungkin mengandungi gula yang tinggi. Sebab tu saya sering periksa label pada kotak makanan saya sebelum membeli. Kita tak mampu nak mengawal semuanya kandungan gula, tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk mengawal.
4. Bakar Kalori
Memang benar pemakanan adalah 80% dari faktor penurunan berat badan dan senaman hanyalah 20% tetapi sebenarnya ianya juga adalah sama penting. Ini adalah kerana dengan senaman ianya dapat membakar kalori dan melatih degupan jantung. Pembakaran kalori akan dapat membantu memberikan calorie deficit harian seterusnya membantu kita untuk kurus. Manakala apabila jantung kita kerap dilatih dan berdegup dengan baik, ianya dapat membantu kita mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan sakit-sakit yang lain.
Senaman bukan sahaja dapat membakar kalori untuk kurus tetapi senaman juga adalah gaya hidup yang patut diterapkan dalam kehidupan harian. Ianya bukanlah untuk kurus semata-mata tetapi adalah gaya hidup. Saya sendiri bermula dengan senaman jump rope dan kemudian barulah bertukar kepada aktiviti larian marathon.
5. Tidur Cukup
Setiap orang memerlukan tidur yang cukup lebih kurang 6 hingga 8 jam setiap hari. Kurang tidur bukan saja menyebabkan kita mengantuk dan tak bermaya, tetapi akan menganggu proses penurunan berat badan kerana badan kita stress. Badan kita perlu rehat dan recovery yang secukupnya untuk betul-betul kurus. Elakkan terlalu fikir untuk kurus atau stress bila tengok apa yang dilakukan tiada progress langsung.
Kurus bukanlah sasaran sebenarnya tetapi adalah perjalanan hidup yang harus dilakukan setiap hari. Lama-kelamaan dari mahu kurus, kita akan tukar mindset kita untuk mahu sihat. InsyaAllah dengan mengamalkan kelima-lima langkah ini secara konsisten saya yakin sesiapa saja boleh kurus. Ianya bukanlah sesuatu yang miracle dan mustahil untuk dilakukan.
5,247 total views, 3 views today
nak minum air byk tu mmg payah..tpi i try..yang tidur cukup tu..dr anak 1 sampai anak 4 mmg x cukup tidur..tu pasal x kuruih2 kut..hihi thanks sharing tips
Besar betul perubahan ya. Tapi nak dapat macam tu, diri sendiri takleh lemah. Semangat perlu kuat. Btw, tq ya share tips mudah nak kurus. Tapi walaupun baca nampak mudah, klu keazaman x kuat. Jadi susah juga tu hahahaha
Nur Decamellia recently posted…Resepi Spaghetti Carbonara Kegemaran Anak Menggunakan Mee Organik Fawwaz
setuju.
now aida cuba utk jaga kalori.
bab num air & tidur tu memang da cukup.
kalori tu yg kekadang terbabas!
kita masak tiap hari. asben & anak2 nak makan, kan.
aduhai 🙁
Thanks share..k mid pun nak kurus gak..tapi faktor usia yg dah 5 series nie agak susah ..kena ada keazaman yg tinggi..bolelah praktik.kan tips zarin ie
Saya part bakar kalori dengan tidur yang cukup tu memang out sikit. Eh ke kalau buat house chores tu dah kira bakar kalori? 😀
Fadzi Razak recently posted…Senarai Kelas Phone Photography Online
Kagum dengan usaha untuk transformasi ni. Ada kawan opis pun berjaya dah kurus dengan kawal pemakanan dan beriadah. memang kagum dan beza gila nampak.
Bella Jamal recently posted…Pais Tempoyak Ikan Patin Air Fryer
bukan mudah sebenarnya kan. kena ada keazaman tinggi. tahniah apa-apa pun sebab dah berjaya!
RAIHANAH AHMAD recently posted…Chebulic Myrobalan, Trifala ResV dan Detox
Sekarang ni Zarin dah macam sifu diet utk Ruby la. Memang simple je cara Zarin buat. Cuma tulah, bila dah turun 5kg, happy ya amat. Pastu mula makan macam biasa. Diet kelaut. Rugi badan kita kan. Camana nak istiqomah teruskan lifestyle sihat?
Ruby recently posted…EPHYRA Plus Bantu Supermom Lebih Bertenaga
tq tq ya ampun mmg lama nak cari tips ni..kita mmg proses nak kurus ahahah
ayu rafikah recently posted…PICOMS Berkaloborasi Dengan Enam Institusi Dari Indonesia
Betul tu sebab pernah buat ni semua dan memang badan turun giler2 tambah dgn exercise lagi. Heheh tp tu la bila tak maintain naik la balik tp nak start balik tu adoiii haha
wah.. nampak kejayaannya disitu.. kalau teruskan follow tips2 atas ni gerenti leh kurus lagi tu.. terbaeklah.. tq yea atas tips ni.. nanti tb lak nak try..
No 123, sedang cuba sedayanya…tapi no4&5 tu memang itulah punca gemuk barangkali, lagi-lagi tak cukup tidur lately ni…huhuhu…
Sis Lin recently posted…ALHAMDULILAH! AKU DAH BOLEH KELUAR HOSPITAL
Wow tahniah saudara… very good motivation untuk saya
Susah tu nak istiqamah jaga makan. Jangankan org berisi nak jaga makan untuk kurus, sy yg terpaksa jaga makan sebab ada kencing manis sepanjang pregnnat ni pun terasa seksa.