Setiap kali tiba tahun baru pasti kita akan menyimpan azam untuk kurus ataupun mahu mengubah diri sendiri kepada yang lebih baik. Apa kata untuk tahun 2020 ini, kita berazam betul-betul dan pastikan semua impian kali ini berjaya. Sebenarnya ianya tak mustahil bila kita dah betul-betul berazam dan tahu apa yang harus dilakukan untuk mencapai impian kita. Semuanya harus ada perancangan yang betul dan jangan sia-siakan azam tahun 2020 kali ni.

Saya sendiri akan kongsikan beberapa tips azam kurus 2020 berdasarkan pengalaman saya yang telah berjaya kurangkan 30KG berat badan sebelum ini. Ikuti tips ini dengan konsisten dan insyaAllah tahun 2020 kali ini anda akan menjadi orang yang kurus dan tentunya sihat.

Perlu azam untuk kurus

Berazam untuk kurus dengan cara sihat

Tips Azam Kurus 2020

1. Setkan Gol

Ketika berat melebihi 100KG

Apa-apa yang ingin dilakukan kita haruslah mempunyai gol dan sasaran. Jangan asyik kata nak kurus tapi tak tau nak kurus berapa KG ataupun dalam tempoh berapa lama. Kita kena setkan betul-betul berapa KG yang kita ingin kurangkan dan sasaran kita tu haruslah realistik bagi memastikan proses penurunan berat badan tu berjaya dilakukan secara sihat. Kadar penurunan berat yang sihat adalah sekitar 3-5KG sebulan, bergantung kepada faktor fizikal dan kesihatan seseorang.

Advertisements

Jangan target untuk turun 10-20KG dalam tempoh sebulan kerana ianya sangat mustahil untuk dilakukan. Kalau berjayapun ianya bukanlah dalam keadaan sihat dan boleh memudaratkan. Bila dah ada gol, kita juga kena setkan berapa lama untuk kita nak capai gol tu. Ianya penting supaya kita boleh keep track progress kita dan sentiasa istiqamah.

2. Bagitahu kawan-kawan/keluarga

Kadang-kadang salah satu faktor kegagalan untuk kurus adalah bergantung dari orang-orang sekeliling. Kebanyakkan dari kawan-kawan kita ni kadang-kadang tak support dan tak tau yang kita tengah berazam nak kurus. Jadi apa kata kali ni bagitahu pada mereka azam kita dan minta mereka support kita. Mula-mula memang susah sebab mungkin ada di antara mereka yang akan gelakkan azam kita, ni tapi percayalah bila lama-lama nanti mereka akan berhenti. Kalau ada yang tak support tu, just ignorekan mereka sahaja. Anggap sahaja mereka sebagai salah satu negative influence. 

Bagitahu kawan-kawan supaya dapat sokongan dari mereka

Usaha nak kurus bukanlah perkara yang boleh berjaya dalam tempoh sehari dua. Ianya memerlukan consistency dan kesungguhan yang luar biasa. Carilah kawan-kawan yang support usaha kita dan bukan mematikan niat kita. Dah 2020 dah ni, takkan tak nak berubah!

Saya juga sertai pelbagai acara larian

3. Sertai group workout

Sekiranya ada kelapangan cubalah untuk sertai mana-mana group workout tak kisah yang berbayar ataupun percuma. Kalau mampu joinlah gym ataupun kelas zumba. Kalau takde budget, boleh juga sertai group workout percuma seperti Fit Camp Shah Alam ataupun pelbagai kelas workout percuma bersama Decathlon yang diadakan setiap hari. Sila semak jadual kelas di laman media sosial untuk perkembangan terkini.

Tips azam kurus 2020

Fit Camp Shah Alam

Sebenarnya bila kita sertai group workout secara tak langsung kita akan bersama-sama kawan-kawan yang mempunyai visi dan misi yang sama; iaitu visi untuk kurus. Lebih mudah sebenarnya macam ni sebab kita akan lebih fokus dan support each other. Sebarang kesangsian mengenai progress nak kurus, boleh dibincangkan secara terbuka. Takde nak malu-malu.

4. Senaman 3 hingga 5 kali seminggu

Memang tak dapat dinafikan, salah satu faktor utama untuk kurus adalah faktor pembakaran kalori dalam badan. Nak tak nak memang kita kena bersenam jadi cubalah untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu. Jumlah ini bergantung kepada aktiviti yang dilakukan dan pastikan kita mempunyai rehat yang cukup. Aktiviti senaman yang boleh dilakukan adalah samada senaman berbentuk cardio seperti jogging ataupun skipping serta senaman berbentuk weight training. Senaman menggunakan alatan berat ini bukanlah untuk menjadikan kita “sado” tetapi untuk menaikkan semula muscle bagi mudah membakar lemak.

5. Kawal pemakanan

Senaman akan jadi sia-sia sekiranya kita tak jaga pemakanan. Kawal pengambilan makanan dan kurangan makanan berminyak, manis, garam serta amalkan makanan yang sihat. Selain itu juga, pengawalan jumlah makanan juga amat penting bagi memastikan kita tidak makan secara berlebihan. Konsep mudah faham adalah konsep calorie deficit iaitu kita hanya makan kurang sedikit dari jumlah kalori harian yang diperlukan oleh badan. Perbezaan itu akan membuatkan badan kita mencari-cari kalori yang berkurangan tersebut dan seterusnya menggunakan tenaga dari lemak sedia ada untuk melengkapkannya. Sedikit demi sedikit kita akan berjaya kurangkan berat badan dengan konsep ini.

Contoh menu makanan sihat yang saya amalkan

Tapi awas jangan makan terlalu berkurangan kerana ianya akan memudaratkan badan kita pula nanti. Buat apa jadi kurus tapi lemah gemalai tak bertenaga. Diet dan senaman haruslah dilakukan secara seimbang.

6. Rewards diri

Bila dah ada progress sikit tu tak salah untuk rewards diri kita dengan makanan yang diidamkan. Ingat, rewards makanan tu adalah 1 atau 2 jenis makanan sahaja dan bukanlah seharian makan sesuka hati. Kalau tak susah-susah kita usaha nak kurus, tapi habis gemuk balik makan macam tak pernah dapat makanan.

Ingat! Semuanya adalah kembali semula kepada konsep makanan seimbang. Apa yang kita lakukan hari ini menentukan diri kita pada masa akan datang. Kawal diri dan berfikiran lebih rasional dalam membuat keputusan. Kalau tahun ini kita tak mampu nak ubah, adakah tahun depan 2021 kita mampu buat? Apa yang membezakan usaha kita tahun ini dengan usaha tahun lepas? Adakah pada penghujung tahun 2020 nanti kita ingin menyesal kerana tak lakukan azam tahun ini dengan bersungguh-sungguh.

Tips azam kurus 2020

Rewards diri apa bila sudah capai sesuatu target

Tips azam kurus 2020

Result dari azam untuk kurus

Tahun 2020 kali ni mungkin belum ada kereta terbang seperti di dalam cerita Back To The Future. Masih belum ada hoverboard yang boleh meluncur tanpa menggunakan tayar. Jam G-Shock hologram juga tidak ada pada tahun 2020. Mungkin semuanya masih mustahil untuk diadakan.

Tapi apa yang tak mustahil pada tahun 2020 ini adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik pada tahun sebelumnya. Kalau azam tahun 2020 ini adalah untuk kurus, jadi pastikan kita melangkah pada tahun baru ini dengan semangat yang baru. Kita akan kurus dan sihat pada tahun 2020 ini. Tiada alasan lagi kerana kita yang tentukan masa depan kita hari ini.

1,316 total views, 1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

12 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.