Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kita akan menikmati pelbagai jenis juadah raya yang menyelerakan. Bayangkanlah makanan seperti ketupat, lemang, rendang ayam dan juga lontong merupakan diantara makanan yang pasti kita tidak akan dilepaskan. Namun begitu, sekiranya kita makan terlalu banyak ketika hari raya nanti, berkemungkinan kejayaan kita menurunkan berat badan semasa bulan Ramadhan yang lalu mungkin akan menjadi sia-sia. Kali ni saya nak kongsikan tip kawal pemakanan ketika hari raya supaya kita dapat mengawal pemakanan dan seterusnya mengekalkan berat badan.

1. Elakkan minum air gas/manis

Perkara yang paling bahaya dan kerap dihidangkan pada hari raya adalah air gas dan manis. Air minuman seperti ini bukan sahaja bahaya kerana mengandungi gula yang sangat tinggi, tetapi air gas juga akan membuatkan kita hanya kenyang sementara ataupun rasa “kenyang gas”. Air gas juga mengandungi pewarna yang banyak dan sudah pasti tidak baik untuk kesihatan.

Elakkan minum air gas dan air manis seperti cordial buatan kerana ianya akan menyumbangkan kepada kenaikan berat badan. Manakala, amalkanlah minum air masak ataupun air panas seperti kopi kurang gula ataupun teh hijau. Rugi rasanya kalau kita hanya kenyang minum air gas sebab lebih baik kita kenyang makan hidangan hari raya yang jarang-jarang kita dapat makan.

Advertisements

2. Lebihkan makan buah-buahan

Tak rugi kalau kita amalkan makan buah-buahan pada hari raya tau. Buah-buahan ni bukan saja sedap malahan dapat mengawal nafsu makan kita. Buah-buahan seperti tembikai ataupun apple mengandungi serat ataupun fiber yang tinggi. Oleh sedap itu ianya dapat membuatkan kita lambat lapar. Jadi kalau beraya tu, nampak je buah yang dihidangkan, jangan pula jual mahal.

3. Kurangkan makan kuih/biskut raya

Yang ini memang saya akui susah untuk dielak ataupun dikurangkan. Mahunya tidak kuih-muih raya ni dah la sedap, tambahan pula kebanyakkan kuih-muih ni hanya ada pada hari raya sahaja. Kuih muih ataupun biskut raya ni juga dah jadi macam appetizer sebelum kita makan makanan utama hari raya.

Kuih dan biskut raya ni tinggi kandungan gula dan tidak mengenyangkan. Memang susah nak elakkan, tapi sekurang-kurangnya kita kena kurangkan. Kuih raya ni kalau makan sebalang pun tak kenyang. Jadi lebih baik terus makan makanan utama hari raya dari terlebih makan kuih raya. Cukuplah sekadar makan untuk merasa sahaja.

4. Elakkan makan bahagian daging berlemak

Hari raya macam-macam menu makanan berasaskan daging ataupun ayam akan dihidangkan seperti rendang dan sebagainya. Kita makan je sebab ianya sangat sedap dan nikmat lebih-lebih lagi pada hari raya. Tetapi makanlah bahagian daging yang memang daging dan kurangkan makan bahagian berlemak. Barulah puas hati dan lebih sedap.

Nak kata cara ni adalah cara sihat tak juga, tapi sekurang-kurangnya mengurangkan intake lemak berlebihan.

5. Puasa enam

Pada bulan Syawal juga kita boleh berazam untuk berpuasa enam. Bukan sahaja dapat pahala, tetapi dapat mengawal nafsu makan dengan berpuasa. Lagipun puasakan mengajar kita untuk banyak bersabar. Jadi bersabarlah dengan pelbagai dugaan yang datang tu. Puasa enam boleh dilakukan bermula dari 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan ataupun  berselang-seli sepanjang bulan Syawal.

6. Makan dengan kuantiti sedikit dan perlahan

Selain itu juga, cara untuk mengawal pemakanan ketika hari raya adalah dengan mengawal kuantiti makanan. Biasanya ada banyak menu makanan yang dihidangkan dan biasanya kita akan makan semua menu makanan ni dengan kuantiti yang banyak. Kita sebenarnya boleh makan semua makanan ini tetapi dengan kuantiti yang sedikit bagi setiap makanan. Kita makan sedikit demi sedikit dan cukup sekadar merasa semua menu makan ni. Nikmatilah setiap makanan ini secara perlahan dan jangan makan terlalu cepat.

Percayalah, makan terlalu cepat juga boleh menyebabkan lambat kenyang dan makan secara berlebihan.

7. Sentiasa pakai pakaian raya

Tip ini mungkin bunyi macam nampak pelik tetapi sebenarnya ianya sangat logik. Pada hari raya nanti, kekalkan berpakaian lengkap pakaian raya samada baju melayu dengan sampin ataupun baju kurung lengkap. Bila kita sentiasa berpakaian lengkap disepanjang hari raya, kita akan makan secara tertib sebab takut pakaian kita kotor.

Selain itu juga, kita akan kurang makan sebab takut zip seluar jadi ketat ataupun sampin jadi longgar sebab perut dan membuncit.

8. Tolong mengemas/basuh pinggan

Sebenarnya dah lama tak nampak orang yang rajin tolong tuan rumah cuci pinggan lepas makan. Cuba tahun ini amalkan dengan menawarkan diri untuk mencuci pinggan selepas makan. Kalau rumah kita pula, mungkin ini adalah cara terbaik untuk basuh pinggan sendiri. Bila kita mengemas meja ataupun membasuh pinggan sekurang-kurangnya kita akan mempraktikkan untuk bergerak aktif selepas makan.

9. Guna pinggan kecil

Ketika makan makanan raya nanti, cuba gunakan pinggan yang kecil. Secara psychologynya kita akan rasa pinggan kita cepat penuh dengan makanan dan akhirnya kita akan ambil makanan kurang dan yang kita perlukan. Tip ni boleh diamalkan bukan saja ketika hari raya, tapi boleh juga dilakukan ketika makan bufet di hotel ataupun jamuan makan.

10. Senaman

Pasti semua dah jangkakan tip nombor 10 ni akan ada dalam senarai 10 Tip Kawal Pemakanan ketika Hari Raya. Ya, senaman ni memang penting dan cubalah cari masa untuk melakukan aktiviti kecergasan ketika cuti hari raya nanti. Tak perlu lama dan berat pun senaman yang dilakukan, cukuplah 10-15 minit setiap hari seperti berjogging dan sebagainya. Dengan pemikiran untuk sentiasa bergerak, secara automatik kita akan menjaga pemakanan kita.

Begitulah 10 Tip Kawal Pemakanan ketika Hari Raya yang boleh diamalkan. Saya faham mungkin kesemua tip ini agak sukar dilakukan kerana raya kan setahun sekali je. Tapi sekurang-kurangnya bila kita dah tau apa yang perlu kita lakukan, kita akan lebih bersedia. Apa-apapun saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya. InsyaAllah lepas raya nanti saya akan kongsikan lebih banyak tip kesihatan dan senaman buat semua.

 

 2,277 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

16 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.