Bila sebut tentang Cheese Naan terbaik di Kuala Lumpur pasti nama restoran RSMY dikenali dan disebut-sebut sebagai Cheese Naan Terbaik. Saya sendiri pernah makan dan berkongsi review di blog saya tentang RSMY Cheese Naan Terbaik pada tahun 2015. Setelah hampir 5 tahun lamanya, tahun 2020 ini saya menjejakkan kaki sekali lagi di sini bagi mengimbau kenangan saya bersama RSMY Cheese Naan. Adakah sekarang ini RSMY masih menghidangkan Cheese Naan terbaik? Mari kita masuk dan order.
Bagi yang tidak tahu, RSMY Cheese Naan ini terdapat beberapa cawangan dan cawangan yang saya pergi kali ini adalah di cawangan Medan Tuanku. Papan tandanya yang besar dan berwarna oren pasti mudah untuk mencari lokasi ini. Oleh kerana saya datang ke sini ketika PKPB, jadi suasana di sini tidaklah begitu meriah dan ramai orang jika dibandingkan pada 5 tahun lepas.
Harga Dah Naik
Satu perkara yang saya perasan adalah harga Cheese Naan di sini dah naik harga. Yelah, harga 5 tahun lepas dengan harga tahun 2020 mana nak sama. Semua kos dan semakin naik dan mahal. Cheese Naan yang saya pesan ini adalah berharga RM12, berbeza dengan 5 tahun yang lepas iaitu RM8 sahaja. Ianya tidak termasuk kuah ataupun set sampingan.
Bagi saya, walaupun harganya agak sedikit mahal tapi seingat saya cheese mozarella yang digunakannya memang banyak dan melimpah ruah. Jadi sekali sekala takpelah, saya rasa takpelah.
310 total views, 5 views today