Nampaknya pada tahun 2020 ini kita semua umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan dalam keadaan menghadapi wabak COVID-19. Ketika bulan Ramadhan tahun ini kita juga berkemungkinan besar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga harus mengekalkan jarak sosial yang selamat. Mau atau tidak, kita semua sudah harus bersedia dengan apa halangan dan dugaan yang ada bagi menjalani ibadah puasa tahun ini.

Tak lengkap rasanya berpuasa sekiranya tidak membeli juadah kegemaran di Bazaar Ramadhan seperti apam balik, satay, nasi ayam, kuih akok dan macam-macam lagi. Melangkah setapak ke hadapan, beberapa kerajaan Negeri, syarikat e-hailing dan persatuan-persatuan peniaga telah mewujudkan inisiatif baru iaitu e-Bazaar Ramadhan bagi mengatasi masalah ini. Ini juga adalah bertujuan bagi membantu peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan bagi membuka peluang mereka mencari rezeki ketika waktu itu.

Berikut adalah beberapa e-Bazaar Ramadhan yang telah diwujudkan bagi persediaan langkah awal. Peniaga-peniaga yang berminat juga boleh mendaftar melalui pautan berikut bagi proses pendaftaran dan sebagainya.

1.Grab e-Bazar Ramadan

senarai e-Bazaar Ramadhan

Grab membawakan menu berbuka puasa tahun ini melalui e-Bazar Ramadan

Buat masa ini Grab telah bekerjasama bersama Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan dalam mewujudkan Grab e-Bazar Ramadan. Sama seperti konsep tempahan makanan Grab sebelum ini, semua makanan akan boleh ditempah melalui aplikasi Grab dan semua pembayaran dilakukan secara cashless

Buat masa ni mana-mana peniaga yang berminat untuk menjual dan menggunakan perkhidmatan haruslah membuat permohonan melalui persatuan-persatuan peniaga di kawasan masing-masing dan persatuan tersebut barulah boleh membuat permohonan kepada Grab untuk perkhidmatan ini.senarai e-Bazaar Ramadhan
DAFTAR DI SINI > https://www.grab.com/my/grab-brings-ramadan-favourites-to-malaysians/

Selain itu juga ketika bulan Ramadhan, Grab juga akan mempromosikan GrabFood Ramadhan Favorites yang menawarkan menu berbuka puasa dari lebih 900 restoran tempatan di kawasan sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu.

Advertisements
Untuk info lanjut layari :
Laman Web : https://www.grab.com/my/
Instagram : https://www.instagram.com/grabmy/
Facebook : https://www.facebook.com/GrabMY/

2. Getmakan

Getmakan adalah satu platform online e-Bazaar Ramadhan terbaharu yang dihasilkan oleh syarikat tempatan iaitu Legaltech Ventures SB bagi membantu peniaga-peniaga IKS yang terjejas ketika bulan Ramadhan. Berbeza dengan Grab, aplikasi Getmakan berkonsepkan komuniti e-Bazaar Ramadhan oleh peniaga-peniaga kecil samada  mereka mempunyai kedai ataupun tidak. Getmakan membenarkan apa juga perniagaan makanan seperti nasi ayam, murtabak, ikan bakar, kuih-muih serta banyak lagi. Pendek kata apa saja makanan halal yang dicari-cari orang ramai ketika musim Ramadhan boleh dijual di sini.

e-Bazaar Ramadhan

Getmakan salah satu alternatif sistem tempahan makanan

e-bazaar Ramadhan 2020

E-Bazaar Ramadhan melalui Getmakan

Bagaimana menempah makanan?
Aplikasi Getmakan tidak seperti Grab yang menawarkan perkhidmatan rider untuk menghantar makanan. Setiap pembelian makanan di Getmakan, pembeli boleh memilih untuk mengambil makanan tersebut kepada pembeli setelah tempahan dibuat ataupun memilih untuk makanan tersebut dihantar oleh penjual.

Pembayaran tempahan makanan akan terus dibuat kepada penjual dan tidak melalui Getmakan. Untuk perkhidmatan ini, tiada sebarang caj yang dikenakan oleh Getmakan dan pembeli serta penjual akan dapat menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.

Untuk info lanjut layari :
Laman Web : https://getmakan.com/
Instagram : https://www.instagram.com/getmakanofficial/
Facebook : https://www.facebook.com/getmakanofficial

3. e-Kitchen Platform Selangor (PLATS)

Kerajaan Negeri Selangor pula menggunakan aplikasi web Platform Selangor (PLATS) yang merupakan pengumpulan berpusat terdiri daripada 77 lokasi dan 10 dewan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Terdapat sebanyak 67 restoran yang menyediakan pilihan juadah berbuka puasa di seluruh Selangor dan PLATS juga bekerjasama dengan rakan penghantar seperti GRAB, BungkusIt, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.

Penduduk di Selangor boleh membuat tempahan makanan melalui laman web https://www.plats.com.my/ bermula dari jam 10pagi hingga sekitar jam 2petang. Setiap kawasan menawarkan had masa tempahan yang berbeza.

4. Facebook Group e-Bazaar Ramadhan

Satu lagi platform e-Bazaar Ramadhan yang tiba-tiba naik adalah melalui Facebook Group yang dihasilkan mengikut kawasan-kawasan tertentu. Pastinya kita mempunyai banyak pilihan juadah berbuka puasa di dalam Facebook Group e-Bazaar Ramadhan seperti ini. Setiap makanan dipromosi secara harian oleh peniaga dan sekiranya pembeli berkenan dengan makanan yang ditawarkan, pembeli bolehlah berkomunikasi secara langsung dengan peniaga.

Facebook Group e-Bazaar Ramadhan

Berikut adalah beberapa senarai Facebook Group e-Bazaar Ramadhan yang popular.

  1. Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020 (4.1K Members)
  2. Bazaar Ramadhan Online Subang Jaya (4.8K Members)
  3. Bazaar Ramadhan Online Gombak (1.3K Members)
  4. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh (908 Members)
  5. Bazar Ramadan Saujana Utama
  6. BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
  7. Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
  8. BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
  9. BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
  10. BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
  11. BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
  12. BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
  13. BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
  14. BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
  15. BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA

Walaupun banyak pilihan makanan di e-Bazaar Ramadhan Facebook Group, tetapi ianya saya lihat agak sukar dikawal dan dipantau. Ini adalah kerana peniaga masing-masing akan bersaing membuat posting makanan masing-masing dan berkemungkinan akan berlaku lambakan promosi ataupun spam yang sukar dikawal. Oleh sebab itu saya galakkan penggunaan aplikasi e-Bazaar Ramadhan seperti Grab ataupun Getmakan di mana aplikasi ini dipantau dan diuruskan bagi memudahkan pengguna.

Akhir kata saya ingin nasihatkan agar kita berjimat di dalam berbelanja ketika musim COVID-19 ini dan teruskan berdoa agar kita dan seluruh umat Islam dapat menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.

3,779 total views, 2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

16 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.