Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua. Dikala kita semua sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai umat Islam kita harus menunaikan tanggung jawab membayar zakat fitrah. Sekiranya pada kebiasaannya kita akan pergi ke masjid, pejabat agama ataupun di shopping mall untuk berurusan dengan amil yang telah dilantik untuk membakar zakat fitrah tetapi nampaknya tahun ini sudah berbeza sama sekali.
Zakat fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadhan merupakan kewajiban fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Membayar zakat fitrah hukumnya wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya termasuk golongan tua, muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak. Ianya wajib ditunaikan pada awal Ramadhan sehingga selewat-lewatnya pada Hari Raya 1 Syawal.
Tahun ini umat Islam diseru untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui atas talian melalui laman web tertentu mengikut negeri masing-masing. Berikut adalah senarai laman web dan platform atas talian yang boleh digunakan bagi membayar zakat fitrah bagi tahun 2020.
1. Wilayah Persekutuan – RM5, RM7
Cara bayar Zakat Fitrah online di Kuala Lumpur & Putrajaya boleh ditunaikan bermula pada 1 Ramadhan melalui pautan::
- portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) fitrah.zakat.com.my
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank)
- PayHalal
- MyEG
- GoPAYZ (akan datang)
- Pos Online
Selain itu juga PPZ menawarkan pembayaran melalui khidmat kaunter di lokasi-lokasi terpilih. Penjarakkan sosial diamalkan dan tiada proses bersalaman.
Untuk info lanjut, layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP
2. Sarawak – RM7
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik. Namun TBS juga menyediakan kaedah alternatif yang lain iaitu
- Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
- Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak (Android sahaja)
- MyEG
- Maybank2U
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman muka TABUNG BAITULMAL SARAWAK
3. Sabah – RM6, RM7
Umat Islam di Sabah boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui wakil-wakil amil yang bertauliah taupun membayar secara atas talian.
- Portal BZF Zakat Sabah https://appszakat.sabah.gov.my
- Laman sesawang 14 Bank
- JomPAY
- MyEG
- Aplikasi SnapNPay
- Pos Online
Untuk info lanjut, layari laman muka KAEDAH BAYARAN, BAHAGIAN ZAKAT DAN FITRAH MUIS.
4. Terengganu – RM7
Pembayaran Zakat Fitrah online untuk Terengganu boleh dibuat melalui
- Portal Rasmi MAIDAM melalui pautan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
- Aplikasi SnapNPay
- Maybank2U
Untuk info lanjut, layari laman muka MAIDAM
5. Selangor – RM7, RM14, RM21
Umat Islam di Selangor boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui :
- FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Aplikasi GoPayZ
- Aplikasi Boost;
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
- Portal MyEG
- Pos Online
Di samping itu Lembaga Zakat Selangor turut meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan pembayaran
Untuk info lanjut, layari laman Lembaga Zakat Selangor.
6. Pulau Pinang – RM7, RM16
Umat Islam di Pulau Pinang boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian melalui :
- Menerusi laman rasmi 6 buah Bank
- Pos Online
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Penang
7. Perlis – RM7
Umat Islam di Perlis boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui :
- Aplikasi SnapNPay
- Menerusi 3 perbankan internet (Bank Islam, CIMB, Maybank2u)
- Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
- Pembayaran menerusi 12 perbankan online
- Pos Online
- MyEG
Untuk info lanjut, layari laman Pusat Kutipan Zakat Pahang
10. Negeri Sembilan – RM7
Umat Islam di Negeri Sembilan boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui :
- portal www.zakatns2u.biz/fitrah
- Aplikasi ZakatN9
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
- MyEG
Untuk info lanjut, layari laman Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
11. Melaka – RM7, RM14
Umat Islam di Melaka boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara atas talian melalui :
- Laman sesawang izakat.com
- QRPay Bank Muamalat
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Melaka
12. Kelantan – RM7 (Namun, bayaran fitrah dengan kadar RM14 dan RM21 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan).
- Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
- Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
- Aplikasi MyMaik eZakat Payment
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman MAIK
13. Kedah – RM5, RM7, RM14, RM21
- Laman sesawang Jom Zakat – https://jom.zakatkedah.com.my/
- Laman sesawang Asnaf Care – https://asnafcare.com.my/
- Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) – http://bit.ly/zotkdh (Android dan IOS)
Untuk info lanjut, layari laman Jom Zakat Kedah
14. Johor – RM7, RM10
Urusan berkaitan pembayaran zakat fitrah di negeri Johor hanya dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran berikut:
- Zakat Johor Online Payment https://epayment.maij.gov.my
- FAST PAY http://fitrah.maij.gov.my
- Johor Online Payment https://onlinepayment.johor.gov.my
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Johor Online Payment
Dengan adanya kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian ini, diharapkan dapat memudahkan semua umat Islam menunaikan tanggung jawab dan kewajiban ini. Janganlah kita membayar zakat fitrah pada saat-saat akhir sebab takut kita akan terlupa nanti.
Selamat menunaikan ibadah puasa semua
787 total views, 2 views today