Tag - Zakat

Cara Bayar Zakat Fitrah 2020

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua. Dikala kita semua sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai umat Islam kita harus menunaikan tanggung jawab membayar zakat fitrah. Sekiranya pada kebiasaannya kita akan pergi ke masjid, pejabat agama ataupun di shopping mall untuk berurusan dengan amil yang telah dilantik untuk membakar zakat fitrah tetapi nampaknya tahun ini sudah berbeza sama sekali.

Cara Bayar Zakat Fitrah 2020

Zakat fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadhan merupakan kewajiban fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Membayar zakat fitrah hukumnya wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya termasuk golongan tua, muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak. Ianya wajib ditunaikan pada awal Ramadhan sehingga selewat-lewatnya pada Hari Raya 1 Syawal. Read More

 2,183 total views