Tak sangka sejak kita mula memakai face mask semenjak PKP yang lalu, fashion face mask tiba-tiba menjadi trend terkini. Kalau biasanya, orang pakai face mask yang biasa iaitu yang 3 ply berwarna biru tu tapi sekarang ni dah macam-macam fesyen dan gaya. Kini face mask menjadi salah satu aksesori fashion yang dipadankan dengan pakaian harian. Sebab itulah saya sendiri mencuba salah satu jenama fashion terkenal iaitu Jovian Mandagie yang turut melancarkan face mask mereka. Mari kita lihat apakah keistimewa Jovian Face Mask Series ini.
Bila kita dengar sahaja nama Jovian Mandagie kita semua tentu mengetahui kualiti dan kreativiti setiap rekaannya. Begitu juga dengan Jovian Face Mask Series ini yang saya lihat menerapkan unsur-unsur rekaan padanya. Bermula dengan kualiti fabriknya, face mask oleh Jovian ini menggunakan beberapa jenis materials termasuklah velvet dan juga neoprene yang stretchable. Selain itu juga setiap rekaan, mempunyai 2 jenis face mask iaitu jenis biasa yang mempunyai lubang untuk ditelinga dan juga jenis untuk wanita berhijab yang menggunakan tali ikatan di belakang kepala.
Saya mendapatkan Jovian Face Mask Series ini untuk merasai sendiri pengalaman sebenar menggunakannya.
Jovian Face Mask Series ini didatangkan di dalam packaging kotak yang kemas dan rapi. Face mask disimpan di dalam plastik bersama beberapa keping filter yang diberi secara percuma. Filter ini adalah untuk diletakkan di bahagian dalam face mask supaya ianya selamat untuk digunakan berulang kali. Pandangan pertama saya mengenai Jovian Face Mask ini adalah saya dapat rasakan material yang digunakan berkualiti. Ianya tebal dan dijahit dengan rapi. Logo “jovian” pada bucu kanan mask ini nampak premium dan dijahit dengan kemas dan cantik. Ianya nampak sangat menarik dan nampak sangat berkualiti. Read More
1,280 total views, 2 views today