Di kala Malaysia kekurangan stok topeng muka kerana wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita, salah satu jenama tempatan iaitu Abstrax Jingga telahpun mengeluarkan topeng muka KN95 edisi istimewa buat peminat jenama mereka. Abstrax Jingga yang terkenal dengan jenama pakaian tempatan pertama kali menghasilkan topeng muka ini bagi memberi sokongan dan pilihan kepada orang ramai dalam melindungi diri. Berbeza dengan topeng muka yang biasa (3-ply), topeng muka KN95 ini mempunyai 7 layer protection dan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel ke dalam hidung dan mulut.

Topeng muka KN95 ini juga dilengkapi dengan alat penapis (valve) dan dihaisi dengan logo ABSTRAX pada sisi topeng. Sedikit makluman dan peringatan kepada bakal pembeli topeng ini kerana topeng muka ini bukanlah jenis washable dan hanya boleh digunakan semula (reuseable) dengan mask pad yang diletakkan di dalam topeng muka ini.

topeng muka KN95

Topeng Muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga versi Putih

topeng muka KN95

Topeng Muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga versi hitam

Buat masa ini topeng muka KN95 edisi khas ini dijual dalam 2 warna iaitu hitam dan putih dengan harga RM20 seunit dan RM50 (Set of 3 unit). Kepada yang berminat untuk membuat tempahan boleh tempah topeng muka ini melalui laman web shop.abstraxjingga.com ataupun melalui whatsapp +6019-2404248.

Advertisements

Pada hari pertama tempahan topeng muka ini dibuka ramai peminat ABSTRAX memberikan sokongan telahpun membuat tempahan. Saya sendiri sebenarnya ketika artikel ini ditulis turut membuat tempahan topeng muka KN95 ini sebagai koleksi peribadi. Meskipun begitu, terdapat juga beberapa netizen yang menganggap topeng muka KN96 keluaran ABSTRAX ini terlalu mahal dan seolah-olah mengambil kesempatan disaat kekurangan stok topeng muka di pasaran. Bagi saya ianya terpulang kepada individu sekiranya ingin membeli topeng muka KN96 edisi khas ini dan harga jualannya juga masih mampu milik jika dibandingkan dengan topeng muka KN96 tanpa jenama di pasaran online.

Berdasarkan pemantauan saya di laman web seperti Shopee, harga topeng muka KN95 adalah jauh lebih mahal dan kebanyakannya dibeli luar dari Malaysia. Bagi sesiapa yang ingin membeli ataupun mendapatkan info lanjut mengenai topeng muka KN95 edisi khas ini boleh layari laman sosial ABSTRAX.

Facebook : https://www.facebook.com/abstraxjingga/
Instagram : https://www.instagram.com/abstraxjingga/
WebStore : https://shop.abstraxjingga.com
WhatsApp +6019-2404248
WhatsApp +6019-7177234

 1,303 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.