Ketika berpuasa di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti kita masing-masing teringin menikmati juadah berbuka puasa seperti yang kita sering dapatkan di bazar Ramadan sebelum ini. Namun begitu, disebabkan larangan pembukaan bazar Ramadan untuk membendung rantaian wabak COVID-19, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan kegemaran.

Pada tahun ini e-Bazaar diwujudkan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan pelbagai juadah-juadah iftar dari keselesaan kediaman rumah kita sendiri. GRAB Food misalnya telah bekerjasama dengan MBI Selangor dan Hijrah Selangor bagi perkhidmatan Grab e-Kitchen Bazar yang menawarkan pelbagai juadah Ramadan kegemaran dari restoran dan juga peniaga-peniaga kecil dan tradisional.

Grab e-Kitchen Bazar

Diantara menu-menu makanan yang boleh dibeli melalui segment Grab e-Kitchen Bazar adalah seperti murtabak, popiah sambal, ayam percik, nasi kerabu dan banyak lagi. Senarai makanan yang ditawarkan adalah bergantung kepada lokasi berhampiran dengan rumah anda. Perkhidmatan ini merangkumi 10 lokasi di Selangor seperti

Advertisements
  1. Ampang
  2. Damansara
  3. Petaling Jaya
  4. Subang Jaya
  5. Klang
  6. Puchong
  7. Seri Kembangan
  8. Cyberjaya
  9. Bangi
  10. Semenyih

Cara Membuat Tempahan Grab e-Kitchen Bazar

Setiap tempahan akan dihantar bermula dari 2.30petang dan disyorkan agar setiap pesanan makanan dilakukan sebelum 5petang bagi mengelakkan kelewatan penghantaran makanan.

  1. Buka aplikasi Grab melalui telefon dan tekan menu Grab e-Kitchen Bazar

Grab e-Kitchen Bazar

  1. Lihat info tentang Grab e-Kitchen Bazar dan klik Order Now
  2. Pilih e-Kitchen Bazar berdekatan dengan rumah anda
  3. Klik pada juadah makanan yang ingin dipesan

Grab e-Kitchen Bazar

  1. Klik pada Add to Basket
  2. Klik Place Order untuk membuat pesanan dan tunggu notifikasi penghantaran makanan

Pengalaman Membuat Tempahan Grab e-Kitchen Bazar

Saya sendiri sudah mencuba memesan makanan melalui Grab e-Kitchen Bazar dan ini adalah pengalaman peribadi saya. Saya memilih makanan Nasi Kerabu Ayam Madu dari Restoran Hayaki cawangan Shah Alam. Oleh kerana takut makanan sampai lambat, saya memesan makanan pada jam 12tengahari tetapi pada pilihan waktu penghantaran saya memilih jam 5.30 petang.

Sekitar jam 5.10 petang saya mendapat notifikasi dari Grab Food di mana makanan saya sedang diambil oleh rider di Restoran Hayaki. Tak sampai beberapa minit selepas itu, melalui aplikasi Grab saya lihat rider sedang menuju ke rumah saya. Sekitar 5.25 petang rider Grab Food yang sudah sampai dilobby rumah saya menelefon saya.

Bagi saya yang pertama kali membuat tempahan makanan melalui aplikasi Grab Food saya rasa sangat bangga dengan servis in dan sangat berpuas hati. Makanan saya juga di dalam pek kemas dan siap sedia untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti.

Grab e-Kitchen Bazar

Nasi Kerabu Ayam Madu dari Restoren Hayaki

Grab e-Kitchen Bazar

Set lengkap ini Nasi Kerabu Ayam Madu yang ditempah untuk berbuka puasa

Nampak menyelerakan tak Nasi Kerabu Ayam Madu saya ni? Ye, ianya bukan saja nampak sedap tetapi memang sedap. Saya rasa bagi sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini silalah membuat tempahan lebih awal dan setkan waktu penghantara lebih awal. Ketika waktu PKP ini selain ramai umat Islam membuat tempahan untuk waktu berbuka puasa tetapi ramai juga yang bukan muslim menempah makanan untuk makan malam. Jadi untuk mengurangkan risiko terdapatnya masalah, buatlah tempahan awal.

Sekarang ni pun waktu petang cuaca tak menentu sangat, selalu hujan lebat. Sekian ini saja review Grab e-Kitchen Bazar dari saya. Selamat berpuasa semua! Untuk info lanjut mengenai perkhidmatan ini sila layari :

https://www.grab.com/my/campaign/grabrayadeals-ramadanfavourites/

803 total views, 1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

20 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.