Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bila bercakap pasal nasi kerabu, kita sering terbayang menu enak dari pantai timur ini yang sering dijual di bazaar Ramadhan ataupun pasar malam. Tapi tahu tak, terdapat sebuah restoran di Terengganu yang menjual Nasi Kerabu Tersedap di dunia!. Ya, memang betul nasi kerabu kat sini telah diiktiraf sebagai 50 makanan terbaik di dunia oleh The World Street Food Congress 2017. Bukan calang-calang restoran saya nak pergi makan kali ni tau, level international tau!

Tak percaya dengan laporan media, saya sendiri pergi ke restoran Fauzi Nasi Kerabu yang terletak di Kuala Terengganu ini untuk merasai sendiri betul ke sedap sangat nasi kerabu kat sini.

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Fauzi Nasi Kerabu

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Beratur panjang

Bila sampai je di Fauzi Nasi Kerabu ni saya dah boleh nampak ramai orang beratur dengan suasana berasap-asap dari jauh. Tak sempat lagi saya beratur, saya jenguk sikit apa yang sedang dibakarnya sebab baunya sungguh menusuk kalbu. Kebetulan ketika saya baru tiba di situ, peniaga baru saja meletakkan ayam dan juga daging di tempat membakar. Perapan ayamnya kelihatan begitu merah dan pekat mungkin dari kunyit dan beberapa rempah lain lagi. Isi ayamnya juga nampak besar dan menyelerakan.

Advertisements

Ayam dan daging kelihatan begitu sedap lebih-lebih lagi ianya dibakar di menggunakan cara tradisional. Selain itu, rupanya salah satu menu istimewa kat sini adalah kambing bakar. Patutlah meriah betul nampak menu pilihan bakar kat sini, semuanya nampak menyelerakan.

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Suasana ketika membakar

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Nampak sedap dan besar isi ayamnya

Walaupun agak panjang saya kena beratur, tapi rupanya proses order makanan kat sini sangat cepat. Kalau lambat pun, sebab kena tunggu isi ayam atau kambing yang harus dibakar. Menu utama kat sini sudah tentulah Nasi Kerabu dan boleh dikatakan semua orang yang ke sini mesti nak makan Nasi Kerabu. Kita boleh pilih nak makan Nasi Kerabu dengan lauk samada ayam, daging ataupun kambing bakar. Oleh kerana ini adalah kali pertama saya ke sini, jadi saya pilih ketiga-tiga menu sekali.

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Boleh minta gabungan apa-apa saja lauk

Rupanya banyak lagi pilihan lauk yang boleh dimakan dengan Nasi Kerabu kat sini. Mungkin bagi yang tak suka dengan ayam bakar, boleh juga  makan  dengan ayam goreng, pedal masak kicap, solok lada dan macam-macam lagi. Set Nasi Kerabunya memang berbaloi dan meriah dengan longgokan sayur-sayur dan budunya.

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Ayam goren juga ada

Fauzi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Pedal masak kicap

Fauzi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Ayam dan daging bakar

Fauzi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Kerisik iaitu sebahagian dari set Nasi Kerabu

Beginilah rupanya Nasi Kerabu Tersedap di Dunia iaitu Nasi Kerabu Fauzi. Bukan dalam gambar saja nampak sedap tetapi rasanya juga memang sedap. Gabungan sayur-sayur dan ulamnya sungguh segar dan ranggup. Sambal belacannya tidaklah terlalu pedas tetapi cukup rasa apabila digaul bersama nasi. Ayam dan daging bakarnya memang sedap dan juicy. Rasanya sedikit berempah dan manis bercampur hangit-hangit garing dari kesan bakar. Memang membangkitkan selera.

Nasi Kerabu

Wah, nampak sedapkan?

Fauzi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Jemput makan

Menu sarapan pagi saya iaitu Nasi Kerabu Tersedap di Dunia itu dilengkapkan pula dengan Teh Ais Madu yang menyegarkan. Teh Ais Madu macam ni mungkin kita dah biasa tengok di kedai-kedai makanan pantai timur tapi tengoklah buih-buih Teh Ais Madu ni. Ianya bukan sahaja sedap malahan harga Teh Ais Madunya juga tidaklah semahal yang dijangkakan. Kalau orang Kelantan sebut, Teh Ais Madu ni “manih leting”.

Fauzi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Teh Ais Madu

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Pulut kelapa juga ada kat sini

Fauzi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Nasi Kerabu Tersedap di Dunia

Secara kesimpulannya nasi kerabu di sini terbukti dan layak menjadi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia. Fauzi Nasi Kerabu sememangnya layak menerima gelaran itu dan menjadi lokasi wajib untuk datang menjamu selera sekiranya berada di Kuala Terengganu. Ianya menawarkan pelbagai pilihan juadah sarapan pagi pantai timur yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan.

Walaupun saya dah bersarapan banyak di sini, tetapi saya masih bungkus bawa pulang ke Kuala Lumpur Nasi Kerabu Fauzi ini kerana terlalu sedap.

Alamat :
Fauzi Nasi Kerabu.
Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu
Waktu Operasi :
6:30 AM – 12:30 PM
Tutup: Setiap Rabu
Facebook : Fauzi Nasi Kerabu

803 total views, 2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.