Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Kali ini saya ingin kongsikan tentang sejenis roti yang saya rasa sangat unik dan menarik. Roti ini dikenali sebagai ‘Roti Aki’. Apabila pertama kali saya mendengar jenama nama Roti Aki ini saya rasa masih belum tergerak hati untuk mencuba roti ini. Rupa rotinya pula saya rasa biasa saja. Mungkin nampak gebu dan lembut, tetapi sama saja seperti roti-roti yang lain. Tetapi apabila pemilik Roti Aki ini memaklumkan roti ini diperbuat tanpa menggunakan telur, ianya membuatkan saya tertanya-tanya dan terasa ingin mencuba. Ya, betul! Roti Aki, roti lembut tanpa telur. Tapi apa keistimewaan roti tanpa telur? Teruskan membaca.

‘Roti Aki’ merupakan perusahaan anak-beranak yang sudah mula diusahakan semenjak tahun 2015 lagi. Saya dimaklumkan, mereka memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya mampu membuat 10 biji roti sahaja sehari. Namun begitu, setelah perniagaan mereka semakin maju, akhirnya mereka sudah berjaya mempunyai kedai sendiri yang terletak di Kajang, Selangor.

Roti tanpa telur

Roti Aki diperbuat tanpa menggunakan telur. Apabila saya tanya kepada pemilik kenapa tidak menggunakan telur? Apakah yang istimewanya roti tanpa telur? Pemilik Roti Aki menjelaskan Roti Aki ini tidak diperbuat menggunakan telur kerana pada peringkat awal dulu terdapat permintaan dari ibu-ibu yang sedang berpantang yang tidak boleh makan telur. Jadi roti ini amat sesuai untuk mereka. Selain itu juga, Roti Aki ini sesuai dimakan oleh pengamal diet vegan yang tidak boleh makan makanan berunsurkan telur dan daging.

Advertisements

Walaupun roti ini tidak menggunakan telur, tetapi tekstur roti bun ini sangat cantik dan gebu. Saya dimaklumkan agak sukar untuk mendapatkan tekstur roti seperti ini sekiranya tidak menggunakan telur. Jadi inilah dia rupanya keistimewa Roti Aki. Okay, mesti dah tak sabar nak rasa roti ni dah kan?

Sebelum kita makan, mari kita lihat pilihan-pilihan perasa Roti Aki. Roti Aki mempunyai 4 pilihan perasa iaitu Original, Chocolate, Kaya dan Red Bean serta dijual di dalam 2 saiz berbeza. Berikut adalah senarai harga Roti Aki.

Roti Aki Original RM5
Roti Aki Chocolate RM6
Roti Aki Kaya RM6
Roti Aki Redbean RM6

Roti Aki Mini Original RM2.50
Roti Aki Mini Chocolate RM3
Roti Aki Mini Kaya RM3
Roti Aki Mini Redbean RM3

Review Roti Aki

Bagi review kali ini, saya mencuba sendiri Roti Aki perasa Kaya, Chocolate dan juga Red Bean. Krim perasanya disapu di tengah-tengah rotinya bagi memberikan rasa yang menyeluruh. Ianya tidaklah terlalu banyak tetapi sudah cukup memberikan rasa yang seimbang dengan roti. Rotinya pula terlalu lembut dan gebu. Ianya seolah-olah hilang dan lesap dimulut apabila kita makan. Potongan rotinya yang berbentuk seperti bunga memastikan saiz roti yang sekata dan sama.

Secara peribadinya saya lebih mengemari perasa kaya kerana bagi saya perasa kaya lebih sesuai dan sepadan dengan kelembutan Roti Aki ini. Namun begitu, perasa chocolate juga boleh tahan kerana perasa chocolatenya mempunyai rasa yang berbeza dengan roti krim yang lain. Ianya mempunyai rasa manis coklat tetapi sedikit rasa pekat dan kuat.

Saya juga lebih mengemari Roti Aki bersaiz besar sekiranya dibandingkan dengan saiz mini. Walaupun ianya nampak seperti tiada banyak perbezaan, tetapi saya rasa dari segi saiz dan komposisi krim perasa di dalamnya adalah seimbang dan lebih menyelerakan. Saiz besar ini memang besar dan saya sendiri tak mampu nak habiskan dengan sekali makan. Jadi kepada sesiapa yang nak cuba Roti Aki ni, saya memang cadangkan untuk mencuba yang saiz besar.

Buat masa ini sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Roti Aki bolehlah beli secara terus di kedai mereka ataupun order secara online di Instagram ataupun melalui Whatsapp. Sekarang ini mereka ada mempunyai perkhidmatan penghantaran ke kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang.

Kedai Roti Aki
Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/roti.aki/
Instagram : https://www.instagram.com/roti.aki/
Whatsapp : +60132559912

 

165 total views, 1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

12 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.