Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ketika musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini selain kita menyediakan makanan sendiri di rumah, kadang kala kita teringin juga nak bungkus makanan di luar. Sekali sekala nak tukar selera dan inginkan sesuatu yang pedas dan “terangkat”. Istimewa buat orang Shah Alam, kali ni saya cuba order Nasi Paka yang katanya sambal pada Nasi Paka ni pedas dan mengancam. Saya sendiri memang pernah makan Nasi Paka ni dulu, tapi dah lama sangat tak makan dan teringin sangat nak makan lagi lebih-lebih lagi time duduk rumah ketika PKP ni.

Restoran Nasi Paka ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan menu set Nasi Paka ni sebenarnya ada macam-macam. Ada set ayam, ikan keli dan juga udang. Semua set ni didatangkan dengan nasi putih, set lauk pilihan, sayur dan juga dilengkapkan dengan sambal Nasi Paka yang terangkat. Untuk kali ini, saya order set Nasi Paka Combo Udang Double yang berharga RM20. Jom kita layan Nasi Paka dulu.

Nasi Paka Udang Selambak

Inilah dia rupa Nasi Paka Udang Selambak

Nasi Paka Udang Selambak

Ha, itu dia Nasi Paka Udang Selambak yang saya terima. Sekali pandang memang jumlah udangnya terlalu banyak sehingga melimpah ruah. Saya kira ada 23 ekor udang semuanya tau!. Udangnya digoreng garing dan isi udangnya sangat manis dan sedap. Di dalam set Nasi Paka ini juga, ianya didatangkan dengan sedikit timun dan sambal kicap.

Advertisements
Nasi Paka Udang Selambak

Wah, nampak menyelerakan kan?

Okay, mari kita bercakap pasal sambalnya pula. Seperti yang kita nampak, sambalnya memang pedas.  Ye, pedas tak tipu. Namun begitu, level pedasnya tidaklah terlampau pedas sampai hilang nikmat kepedasan.  Ianya pedas, tetapi masih ada rasa-rasa tumisan sambalnya yang menyelerakan. Sambalnya dikatakan ditumis berjam-jam sehingga betul-betul garing. Patutlah bila saya makan, saya dapat rasakan kepedasannya sambalnya yang disediakan dengan penuh teliti.

Walaupun sambalnya pedas, tetapi ianya sangat layan apabila dimakan bersama nasi dan udang-udang ni. Udang yang digoreng garing dan ranggup ini begitu terasa lengkap dimakan bersama sambal yang pedas terangkat.
Seperti yang saya maklumkan tadi, selain menu udang; Nasi Paka juga mempunyai set-set lain seperti ayam, burung puyoh dan ikan keli. Semua set in boleh dibeli secara pakej yang berbeza. Ada set combo atau set biasa. Macam set Nasi Paka Udang Selambak saya ni adalah set Combo Udang Double. Ini adalah harga untuk set-set lain pula.

NP AYAM GORENG (RM7)
NP KELI GORENG (RM7)
NP PUYUH GORENG (RM8)
NP UDANG GORENG SELAMBAK (RM13)
Nasi Paka Udang Selambak

Nasi Paka Udang Selambak

Jadi itulah review saya mengenai Nasi Paka Udang Selambak Sambal Pedas Terangkat ini. Kepada sesiapa yang teringin juga dan nak beli, boleh beli secara drivethru ataupun lebih mudah order sahaja untuk servis penghantaran ke rumah. Lebih selamat dan tak perlu kita keluar time PKP macam ni.

Alamat :
NASI PAKA
No. 67, Jalan Lawan Pedang, 13, 27
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Hari Beroperasi :
Setiap Hari – 10.30AM – 6.00PM
(Tutup Ahad)
Penghantaran Lalamove : 018 3681749

121 total views, 2 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.