Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Bagi pembaca setia blog MohdZarin.com, pasti sudah tahu yang saya sering berbuka puasa di Shah Alam Convention Centre SACC setiap tahun. Ya, saya sering berbuka di SACC sebab ianya merupakan satu-satunya pilihan berbuka puasa terbaik di Shah Alam. Untuk tahun 2022 ini, SACC membawakan tema “Selera Orang Kita”, iaitu menu-menu tradisional masakan melayu sebagai menu hidangan yang ditawarkan. Selain itu, SACC juga masih mengekalkan signature mereka iaitu Kambing Kebuli serta beberapa menu istimewa tahun ini. Mari ikuti saya, berbuka puasa Selera Orang Kita, bufet Ramadan di SACC.

Ruang berbuka puasa di SACC adalah di dalam hall yang luas dan selesa. Kaunter makanannya disusun di sekeliling hall serta untuk makanan yang disediakan secara panas-panas pula disusun di bahagian luar hall. Susun atur makanannya agak kemas dan sistematik bagi mengelakkan kesesakkan ketika mengambil makanan.

Di kaunter menu utama “Selera Orang Kita” iaitu nasi serta lauk pauk, kesemua menunya sungguh membangkitkan selera. Diantaranya adalah Daging Salai Masak Lemak, Ayam Goreng Kampung, Udang Masak Lemak, Asam Pedas Pari, Petola Soo Hoon dan banyak lagi. Dilengkapkan pula dengan sambal belacan, budu serta sambal tempoyak yang membuatkan tak cukup nasi sepinggan.

Advertisements

Keseluruhan masakan menu utama ini, secara peribadinya memang sedap dan cukup rasa. Udang yang besar-besar, daging salai yang cukup garing serta sambal tempoyak yang cukup manis pedasnya.

Tengoklah pilihan dessert yang berwarna-warni dan nampak sedap ni. Ini merupakan diantara beberapa pilihan kuih-muih tradisional di sini. Sebenarnya kegemaran saya adalah Bread Butter Pudding, tapi sebab terlalu sedap saya makan haritu sampai terlupa nak ambil gambar. Jadi kalau sesiapa yang merancang berbuka di sini nanti, wajib cuba Bread Butter Pudding sebab ianya adalah antara tersedap yang saya pernah makan.

Di SACC ini juga terdapat banyak kaunter dan stall kecik-kecik yang menyediakan makanan secara live. Diantaranya adalah kaunter apam balik ni. Apam balik macam ni memang sedap kalau dapat makan panas sementara ia masih ranggup lagi. Apam balik kat sini memang cukup rasa dan bagi saya agak sedap. Cuma kalau kita dah ambil awal-awal dan dah sejuk sementara tunggu waktu berbuka mungkin jadi kurang sedap sikit. Jadi kenalah ambil waktu panas-panas, baru layan!.

Selain itu, kaunter Mee Goreng dan Kuew Tiao goreng ini pun menjadi kegemaran saya. Sedap betul chef ni masak sebab meenya sangat sedap, cukup rasa pedas dan rasa kicapnya. Tapi dalam banyak-banyak hidangan tahun ini, yang menjadi kegemaran saya no. 1 adalah kaunter bakar-bakar, yang mengajikan Perut Bakar dan Lidah Bakar. Sungguh tak percaya saya rasanya sangat sedap. Saya sendiri tambah 2 pinggan ketika makan lidah bakar ni kerana rasanya yang sungguh juicy dan lembut.

Tengoklah rupa Lidah Bakar yang sungguh sedap. Tengok gambar pun dah tahu sedap sebab cara masakkannya yang mempunyai texture garing diluar, tetapi sungguh lembut di bahagian dalam. Kalau datang sini wajib try ni. Perut bakar pun sebenarnya not bad juga. Saya suka kedua-dua menu ni tahun ni di SACC.

Selain itu, menu signature SACC iaitu Kambing Kebuli masih dikekalkan dan menjadi trademark ‘Selera Orang Kita’ Bufet Ramadan di SACC tahun ini. Kambing Kebuli ni sebenarnya seakan-akan kambing golek tetapi menggunakan perapan rahsia dan kemudiannya digrill sebelum dihidangkan. Ianya juga didatangkan dengan Nasi Kebuli yang seakan-akan nasi briyani.

Sebenarnya ada banyak lagi menu-menu yang menarik di SACC yang tiada dalam gambar seperti kaunter buah-buahan, aiskrim malaysia, kaunter popiah, kaunter sup periuk dan banyak lagi. Tetapi untuk memberikan gambaran suasana berbuka puasa di sini dengan menunya sangat banyak memang berbaloi dengan harganya.

Ketika saya berbuka puasa di sini tempoh hari, SACC juga menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Rumah Amal Al-Firdaus yang terdiri dari adik-adik yang comel-comel ni. SACC bersama tajaan ADABI Consumers Industries Sdn Bhd menyampaikan duit raya serta hadiah kepada mereka. Semoga raya mereka tahun ini tambah ceria dan lebih bermakna dengan sumbangan yang diberikan.

Jadi begitukah sedikit sebanyak review saya tentang bufet Ramadan di SACC bagi tahun 2022. Tetapi apa yang paling menarik bagi saya adalah harga pakej bufetnya masih dikekalkan seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu RM88+ Dewasa, dan lebih murah bagi kanak-kanak iaitu RM44+ (dulu RM52). Kalau di bufet di tempat lain sebenarnya tahun ini kebanyakkan dah naik harga, sehingga melebihi dari RM100++. Tetapi SACC masih menawarkan harga yang mampu milik dengan menu makanan yang sungguh sedap dan suasana yang selesa.

Kemudahan surau yang luas dan selesa juga turut disediakan di tingkat 1 (Wanita) dan tingkat 2 (Lelaki). Bagi saya apa yang ditawarkan oleh SACC untuk bufet Ramadan 2022 ini sangat baik dan berbaloi. Sesuai sangat kalau nak buat majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan pejabat ataupun family gathering.

Untuk info lanjut sila layari :

SACC Pusat Konvensyen Shah Alam
No. 4. Jalan Perbadanan 14/9
40000 Shah Alam, Selangor
Laman Web : http://www.sacc.com.my/ramadhan-buffet
Telefon : 5511 8858 atau 0132502858

Baca juga :
Nikmat Iftar SACC
Sinar Ramadhan di SACC

 

 

 2,666 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.