Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yang hensem lagi cun ni semua. Sebenarnya saya saja je nak tunggu minggu ni untuk sharekan mengenai pakej Berbuka Puasa yang ditawarkan oleh SACC ataupun Shah Alam Convention Centre. InsyaAllah sekiranya diizinkanNya, umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Ramadhan pada hujung minggu ini. Jadi mari kita tengok apa tengok apakah menu-menu yang menarik bakal ditawarkan di SACC.

IMG_5075

Set berbuka puasa di SACC bermula dari harga RM88 untuk dewasa.

Saya telahpun menghadiri preview Ramadhan yang dianjurkan oleh SACC pada beberapa minggu lepas. Pada setiap tahun, saya memang takkan terlepas untuk berbuka puasa di sini samada dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Sebelum kita bercerita mengenai menu makanan, apa kata biar saya kongsikan mengenai suasana berbuka puasa di sini. Pada kebiasaannya SACC akan membuka semua dewan utamanya untuk berbuka puasa termasuklah kawasan luar dewan bagi mereka yang mengemari  suasana terbuka. Setiap kali selepas berbuka puasa, SACC pada kebiasaannya akan menyediakan persembahan dipentas utama samada berbentuk persembahan kebudayaan ataupun nasyid. SACC juga menyediakan ruang solat yang cukup luas dan selesa termasuklah untuk Solat Terawih. Bagi mereka yang ingin membayar Zakat pula, bolehlah berbuat demikian di kaunter Zakat yang terletak di pintu masuk SACC. Semuanya amat mudah di SACC.

IMG_5192

Dewan berbuka yang luas

IMG_5287

Diantara suasana berbuka puasa di SACC

IMG_5125

Persembahan kebudayaan

IMG_5272

Diantara pengunjung yang sedang menikmati juadah berbuka puasa

Pada tahun ini, SACC memilih tema Ala Kampung yang menyajikan pelbagai menu ala kampung dan menarik. Diantara menu ala kampung yang ditawarkan adalah seperti ikan bakar cicah air asam, masak lemak, cencalok, ulam-ulam kampung, gulai kawah dan macam-macam lagi. Selain itu, SACC juga masih mengekalkan menu utamanya iaitu Kambing Kebuli sebagai santapan utama di sini. Siapa yang pernah makan Kambing Kebuli di SACC pasti tahu bagaimana keenakkan dagingnya yang dipanggang empuk. Saya juga mengemari menu lidah bakar yang turut disajikan pada tahun lepas. Selain itu, terdapat juga beberapa menu menarik seperti rojak, murtabak, roti pisang, sup tulang dan macam-macam lagi.

Advertisements

Selain masakan ala kampung, SACC juga menawarkan beberapa pilihan makanan yang unik seperti Okonomiyaki iaitu makanan berasal dari Jepun dan “Ketayib” salah satu manisan terkenal dari Palestin.  Apa kata kita tengok gambar-gambar di bawah ni. Jangan sampai terliur sudah~

IMG_5051

Kambing Kebuli

IMG_5323

Kambing kebuli yang dihidangkan dengan nasi

IMG_5326

Pelbagai pilihan kuah untuk kambing kebuli dan juga ayam

IMG_5311

Rojak Mamak

IMG_5306-2

Pilihan makanan disusun mengikut stall dan jenis makanan

IMG_5063

Ikan Bakar

IMG_5080

Pelbagai menu masakan kampung

IMG_5066

Buah-buahan

IMG_5001

Kambing kebuli lagi

IMG_4997

Nasi Kebuli

IMG_5159

Pilihan murtabak

IMG_5165

Roti John

IMG_5139

Krew SACC yang sentiasa membantu

IMG_5104

Okonomiyaki

IMG_5088

Pilihan makanan goreng seperti cempedak dan pisang goreng

IMG_4972

Gulai kawah yang disediakan panas-panas

IMG_4974

Sup campur ala mamak yang menyelerakan

IMG_4953

Pisang goreng

IMG_4942

IMG_4969 “Ketayib” manisan dari Palestin

IMG_5008

Pelbagai pilihan dessert

IMG_5024

Buah Melaka ataupun Onde-Onde

IMG_5030

Banyak pilihan kuih melayu

Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba menu-menu berbuka puasa di SACC bolehlah menghubungi ditalian 03-55118813 atau 03-55118858. Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan yang sudi membaca blog saya dan moga-moga puasa kita tahun ini diberkatiNya. InsyaAllah.

 

 

 

 8,922 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.