Ketika kita duduk rumah sempena dengan PKP ini salah satu perkara yang kita rindui adalah untuk berbuka puasa di luar samada di restoran mahupun bufet di hotel. Memang benar kita digalakkan untuk berbuka puasa di rumah dan masak sendiri, tapi sekali sekala kalau dapat ‘tutup dapur’ dan menikmati juadah berbuka puasa ala hotel 5 bintang di rumah sendiri alangkah nikmatnya. Kali ini saya nak kongsikan salah satu pakej Ramadhan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) yang menawarkan set berbuka puasa yang dimasak oleh chef terkenal dan boleh dinikmati di ruang tamu kita sendiri.

Set berbuka puasa yang ditawarkan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini disediakan oleh Chef Raja Romzi yang menyediakan resepi masakan tradisi seperti masakan asam pedas, daging bakar dan macam-macam lagi. Terdapat 2 set pakej iaitu untuk 2 orang dan juga untuk 5 orang, set iftar ini boleh ditempah setiap hari melalui laman web www.connexioncec.com. Yang menariknya, semua menu-menu yang ditawarkan setiap hari adalah berbeza dan sangat menarik. Menu yang saya terima ini adalah menu untuk hari Jumaat dan ianya adalah set untuk 2 orang. Setiap tempahan makanan iftar ini akan dihantar terus ke rumah kita tanpa bersusah-susah untuk keluar rumah mengambil tempahan.

Connexion Conference & Event Centre

Food of the day

Connexion Conference & Event Centre

Pelbagai menu menarik

Ini adalah set makanan berbuka puasa saya oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) yang sungguh nampak menyelerakan. Set berbuka puasa untuk 2 orang seperti ini mengandungi  9 jenis hidangan yang disediakan di dalam kotak yang berbeza dengan kemas dan selamat. Mari kita lihat setiap kotak hidangan ini.

Advertisements

Ulam bersama Aneka Sambal dan Kurma

Pek pertama ini adalah set buah kurma, ulam-ulaman serta sambal dan ikan masin. Ianya seperti starter pek yang sungguh mengiurkan. Saya sendiri dah lama tak makan ikan masin seperti ini dan alangkah sedapnya bila dapat makan bersama nasi yang panas.  Ulam-ulaman seperti kacang botol, timun, kobis dan tomata berserta sambal belacan juga disediakan.

Connexion Conference & Event Centre

Ulam dan aneka sambal

Gulai Ayam Serai Santan

Mari kita ke menu utama pula iaitu Gulai Ayam Serai Santan. Saya tak sangka menu begitu sedap rasanya. Walaupun ianya adalah masakan gulai, tetapi rasanya sungguh unik seperti saya tak pernah merasai masakan seperti ini. Kuahnya saja sungguh enak dihirup dan dimakan bersama nasi. Terdapat 4 bahagian ayam bersiaz sederhana di dalam hidangan ini dan bagi saya ianya agak banyak untuk hidangan 2 orang.

Connexion Conference & Event Centre

Warna gulainya yang menyelerakan dan membangkitkan selera

Kupang Masak Kecap Bercili

Saya sebenarnya bukanlah peminat kupang dan pada mulanya saya memandang rendah kepada menu ini. Tetapi andaian saya meleset kerana rupanya masakan kupang masak kicap bercili ini sungguh sedap. Walaupun secara asasnya ianya adalah masakan kicap, tetapi ianya bukanlah masakan kicap yang biasa. Ianya ditumis dan disediakan dengan teliti sekali. Kupangnya sungguh segar dan isinya manis. Walaupun ada sedikit cili tetapi masakan ini tidak pedas dan kanak-kanak pun boleh makan.

Connexion Conference & Event Centre

Masakan kupang yang sedap

Daging Bakar bersos Air Asam

Connexion Conference & Event Centre

Menu kegemaran saya

Saya sebenarnya memang peminat masakan daging bakar lebih-lebih lagi waktu berbuka puasa. Tambah special lagi, daging bakar bersos air asam oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini dibakar dengan begitu sedap sekali. Bayangkanlah, dagingnya saja dah rasa sedap dan berempah tanpa perlu mencicah sos air asamnya. Dagingnya pula besar-besar dan banyak disediakan di dalam satu pek ini. Berkeping-keping dan rasanya sungguh sedap.

Banyak betul kepingan daging bakarnya

Chef’s choice cake

Menjadi pelengkap kepada set hidangan berbuka puasa ini adalah 2 jenis kek yang sedap iaitu Banana Cake dan Durian Swiss Rolls. Kedua-dua kek ini memang sedap lebih-lebih ladi Durian Swiss Roll yang mengandungi isi durian di tengah-tengahnya. Ianya memang sedap namun tidak terlalu manis.

Connexion Conference & Event Centre

Kek pilihan chef yang sedap

Semua menu berbuka puasa oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini telah mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

Set untuk hidangan 2 orang ni bukan saja sangat sedap malahan portionnya agak banyak juga. Saya sendiri agak susah nak habiskan sebab banyak. Sebab itulah juga dengan portion dan rasa yang sangat sedap saya rasa harganya sangat berbaloi. Untuk set 2 orang  seperti ini dengan 9 hidangan adalah berharga hanya RM70 sahaja. Manakala set untuk hidangan 5 orang adalah dengan 11 hidangan adalah berharga hanya RM110 sahaja.

Connexion Conference & Event Centre

Menu berbuka puasa yang sedap oleh Connexion Conference & Event Centre

Set berbuka puasa ini sudah boleh mula dipesan bermula dari hari ini sehingga 23 Mei 2020. Tempahan boleh dilakukan dengan begitu mudah melalui laman web FAVE https://bit.ly/2W3XsnJ 

 

470 total views, 1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.