Marathon Baker adalah salah sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan makanan kesihatan dan tenaga khususnya buat mereka yang menitik beratkan pemakanan yang sihat, macam saya. Saya sendiri dah mengamalkan produk Marathon Baker hampir 2 tahun untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk persediaan dalam acara larian ataupun sebagai makanan tambahan harian. Marathon Baker mempunyai pelbagai jenis produk makanan yang khusus untuk memberi tenaga seperti energy ball, energy bar, granola cereal dan banyak lagi. Kali ini saya nak kongsikan tentang perasa terbaru granola cereal oleh Marathon Baker iaitu Marathon Baker Protein Granola Cereal.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Sebelum ini sebenarnya Marathon Baker dah pernah mengeluarkan beberapa perasa Granola Cereal yang lain seperti perasa Apple Chewy dan Coffee Crunchy tetapi kali ini mereka memperkenalkan 4 perasa baharu yang memfokuskan kepada perasa Protein iaitu perasa Goji Berry, Choc Chip, Onde-Onde dan juga Original. Menarikkan nama-nama perasa baru ni? Hairan juga macam mana mereka dapat idea mengeluarkan perasa baru yang unik ini lebih-lebih lagi “Onde-Onde”.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Senarai perasa baharu Marathon Baker Protein Granola Cereal

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Choc Chip adalah salah satu perasa baru

Sebelum saya kongsikan macam manakah rasa setiap perasa baru ini, mari saya kongsikan kenapakah Marathon Baker memfokuskan kepada perasa baru yang berasaskan ‘Protein’. Sebenarnya seperti yang kita sedia maklum, granola cereal ini adalah berupa makanan berbentuk cereal yang lebih sinonim dengan breakfast. Biasanya kita akan makan granola cereal ini dengan susu ataupun yogurt kemudiannya ditoppingkan dengan buah-buahan. Fungsi tambahan ‘protein’ kepada granola cereal ini adalah untuk menambahkan protein intake harian sekaligus membantu untuk memberi tenaga untuk melakukan senaman. Protein juga berfungsi untuk mempercepatkan proses recovery selepas melakukan senaman ataupun aktiviti harian.

Advertisements

Jadi Marathon Baker Protein Granola Cereal mampu memberikan tenaga pada badan dengan bantuan protein di dalamnya disamping khasiat lain dari kacang, rolled oats dan bahan-bahan lain yang digunakan.

Protein Packed Granola Cereal – Original

Mari kita mulakan dengan perasa Original Marathon Baker Protein Granola Cereal. Ianya mengandungi instant oats, flaxseed, pumpkin seeds, walnut, pistachios, rolled oats, maple syrup dan juga soy protein powder. Ini adalah perasa paling asas dan permulaan untuk protein granola cereal oleh Marathon Baker dan bagi saya ianya sudah cukup sempurna. Granola cerealnya disedia dan dicampurkan begitu sebati sekali bersama maple syrup yang memberikan sedikit rasa manis. Perhatikan tiada gula digunakan.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Perasa Original

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Granola Cereal Original

Seperti yang saya bagitau tadi, perasa original ini sudah cukup sempurna. Kita akan mendapat khasiat antioksidan yang tinggi dari pumpkin seeds, omega 3 yang tinggi dari flax seed, fiber yang tinggi dari rolled oats dan juga khasiat lain termasuklah dari soy protein powder. 

Protein Packed Granola Cereal – Onde Onde

Perasa seterusnya agak sedikit unik dan menarik perhatian saya. Perasa Onde-Onde iaitu kuih Melaka yang amat saya gemari. Apa pula persamaan dengan kuih ni? Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.

Untuk Protein Packed Granola Cereal – Onde Onde, bahan-bahan yang digunakan adalah sama seperti perasa Original kecuali maple syrup ditukar kepada Gula Melaka Syrup dan juga ada tambahan coconut chip. Jadi Marathon Baker mengambil elemen Onde-Onde iaitu gula melaka dan juga kelapa bagi ramuan granola cereal ini. Bijak!

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Onde-onde

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Granola cereal onde-onde

Terdapat sedikit perbezaan dari segi rasanya kerana manisnya adalah manis dari gula melaka. Ianya masih tidak terlalu manis namun memberi sedikit keunikan pada rasanya. Bagi sesiapa yang tak tau, gula melaka adalah lebih baik dan sihat jika dibandingkan dengan gula biasa kerana gula melaka mengandungi vitamin B dan rendah GI (Glycemic Index) jika dibandingkan dengan madu dan gula dari tebu.

Overall saya rasa ianya sungguh unik dan sedap, tapi personally saya lebih gemar sekiranya ia berwarna hijau dan mempunyai lebih rasa kelapa. Tapi mungkin ianya akan menjadi makanan tak sihat kerana pewarna akan digunakan untuk merealisasikan warna hijau impian saya itu.

Protein Packed Granola Cereal – Goji Berry

Perasa seterusnya yang saya akan cuba adalah, Goji Berry. Sekali pandang memang dah nampak perbezaan ketara kerana terdapat tambahan Goji Berry kering di dalamnya. Goji berry adalah kategori superfoods yang banyak khasiat seperti membantu mengurangkan tekanan kolesterol, melambatkan penuaan, merendahkan tekanan gula dan banyak lagi.

Walaupun dari segi rasa ianya tidak terlalu banyak perbezaan, tetapi ianya adalah penambahan khasiat yang besar di dalam pek granola cereal ini.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Goji Berry

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Tengoklah goji berry yang merah kemerahan tu, nampak menyelerakan.

Protein Packed Granola Cereal – Choc Chip

Saya saja je save best for the last sebab perasa Choc Chip ini adalah perasa yang paling sedap. Tak perlu saya bagitahu apakah bahan yang digunakan kerana ianya sangat ketara di dalam gambar di bawah. Penambahan cip coklat di dalamnya memang memberikan rasa yang mewah dan menyelerakan. Ianya mempunyai penambahan rasa manis dari coklat namun masih tidak terlalu manis. Siapa yang tak suka perasa coklatkan? Ohya, mungkin saya patut panggil ini adalah perasa double choc sebab ianya ada cip coklat dan juga soy protein perasa coklat.

Choc chip

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Granola Cereal Choc Chip

Tengoklah tu cip coklatnya, belum letak susu lagi pun dah dah nampak sungguh sedap. Perkara yang paling nikmat bila makan makanan sihat ini adalah bila ianya ada rasa sedap. Jadi ini adalah salah satu dari makanan sihat yang sedap.

Selain dari pek besar 300g, Marathon Baker juga ada menyediakan pek kecil untuk 1 kali hidangan. Pek kecil ini sungguh mudah di bawa ke mana-mana dan boleh makan pada bila-bila masa saja. Selain itu, pek kecil ini juga dapat membantu kita untuk mengawal jumlah granola cereal yang kita ambil. Ingat! dalam pemakanan sihat portion control adalah sangat penting. Kalau makanan sihat tapi kita makan terlalu banyak pun boleh jadi tak sihat tau.

Terdapat juga pek kecil

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Pek kecil lebih mudah di bawa ke mana-mana

Jadi macam mana? Nampak menarikan semua perasa granola cereal ini. Sudah pasti ramai yang tak sangka ianya adalah produk tempatan. Saya sendiri dulu dah selalu beli granola cereal jenama lain yang dijual di pasaraya dan rasanya sungguh berbeza. Kalau nak beli ataupun untuk info lanjut boleh layari laman web Marathon Baker.

Laman web : https://marathonbaker.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Marathon-Baker-Homemade-Energy-Bar-1633705583544562/
Instagram : https://www.instagram.com/marathonbaker25/

381 total views, 3 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

12 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.