Tak sangka yang dulunya saya struggle nak buat senaman Jump Rope tapi kini saya pula mengajar orang macam mana nak buat senaman jump rope. Semuanya bermula apabila beberapa kawan-kawan saya mencadangkan untuk membuka sesi kelas jump rope kerana selalu nampak saya melakukan senaman jump rope di media sosial. Apa tah lagi, apabila ramai yang sudah tau perubahan badan saya dari dulunya gemuk kepada kurus kerana senaman jump rope. Walaupun jump rope ni nampak mudah, tapi kalau tak tahu teknik lompatan yang betul, ianya akan menjadi susah pada peringkat awal. Dengan niat untuk mengajar dan berkongsi ilmu, maka bermulalah sesi Free Jump Rope Workout Class bersama saya.

Terdapat 2 lokasi percubaan yang saya mulakan untuk sesi Jump Rope Workout Class iaitu di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa. Saya memilih kedua-dua lokasi ini berdasarkan permintaan dan juga lokasi yang sesuai untuk melakukan senaman ini. Sesi senaman ini saya buka kepada sesiapa saja yang berminat untuk belajar asas dan teknik lompatan jump rope dengan betul.

 Jump Rope Workout Class

Sesi jump rope di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa

Belajar teknik asas memegang tali jump rope

Teknik lompatan jump rope yang betul

Dalam sesi ini, apa yang saya ajarkan adalah perkara asas Jump Rope yang munhkin ramai orang terlepas pandang atau tidak tahu. Diantaranya adalah cara memegang handle jump rope, jenis-jenis jump rope, cara lompata yang betul dan teknik memusing tangan ketika melakukan lompatan. Kebanyakkan beginners, akan melompat bersungguh-sungguh dan setinggi yang boleh bagi melepaskan tali yang dihayun. Tetapi sebenarnya kita perlu lompat dengan tenang dan tidak perlu tergesa-gesa. Kalau difikirkan baik-baik, sebenarnya yang mengawal kecepatan hayunan tali itu adalah tangan kita sendiri. Jadi kita perlu mendapatkan rentak pusingan supaya ianya selari dengan lompatan kita.

Advertisements

Kebanyakkan orang juga melakukan lompatan yang terlalu tinggi sehingga boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan lutut. Sebenarnya kita tak boleh lompat terlalu tinggi, cukup sekadar 1-2 inci dari lantai sahaja. Semua ini saya ajar dan praktikkan di dalam kelas saya. Saya juga memberitahu apakah kesilapan yang mereka lakukan agar mereka dapat memperbaiki cara lompatan dan seterusnya melakukan senaman jump rope dengan mudah.

Kanak-kanak juga turut sertai

Pemenang cabaran Jump Rope. Terima kasih Abstrax Max

Diantara peserta yang menyertai di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa

Saya rasa bersyukur kerana kelas permulaan Jump Rope Workout Class saya ini mendapat sambutan yang memberansangkan. Walaupun ianya dihadiri lebih kurang 5- 8 orang saja tetapi saya rasa ianya sudah memadai kerana saya dapat lebih memberi perhatian kepada setiap peserta. Tambah menarik lagi, ketika sesi ini saya telah mendapat penajaan dari Marathon Baker  dan juga Abstrax Max. Jadi para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik selepas belajar senaman jump rope melalui aktiviti saya anjurkan.

Saya harap, aktiviti seperti ini saya akan dapat teruskan bagi menggalakan lebih ramai orang mencuba senaman Jump Rope. Senaman jump rope ini bukan saja seronok malahan kalau dilakukan secara konsisten akan mampu membakar kalori dengan lebih banyak. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui di manakah lokasi dan tarikh seterusnya untuk sesi ini, silalah ikuti media sosial saya terutama di Instagram @mohdzarindotcom untuk mendapatkan info-info terkini.

Diantara peserta di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam

Akhir sekali saya ingin ucapkan ribuaan terima kasih kepada yang telah menyertai Jump Rope Workout Class ini dan jangan serik untuk join lagi lepas ni sebab ada macam-macam lagi yang boleh dipelajari bersama-sama.

 

 1,455 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.