Saya rasa semua follower saya di media sosial sudah tahu mengenai jenama lokal kegemaran saya iaitu ABSTRAX MAX. Saya selalu memakai pakaian keluaran Abstrax Max ini ketika melalukan aktiviti senaman termasuklah ketika sedang ber jump rope. Pada 2 tahun yang lepas saya pernah membuat review terperinci salah satu design Abstrax Max ketika itu iaitu NEVER AFRAID. Kali ini pula saya akan review design baharu yang diberi nama Abstrax Max Vamos. Mari kita mulakan!

Menurut info dari Abstrax Max, perkataan Vamos itu sebenarnya berasal dari perkataan Spain yang bermaksud “Come On”. Ianya seolah-olah kata semangat yang diberikan dan motivasi supaya terus berusaha dan tidak putus asa ketika melakukan apa juga aktiviti kecergasan. Selain itu juga, terdapat satu lagi kata-kata semangat ataupun qoute yang ditulis di design ini iaitu “Whatever It Takes”.  Kata-kata “whatever it takes” ini adalah kata-kata semangat dari saya sendiri yang saya inspirasikan ketika design ini dibuat. Terima kasih kepada Abstrax Max yang menerima cadangan qoute saya.

 Abstrax Max Vamos

Warna hitam dan jingganya jadi kombinasi warna yang menarik

Untuk koleksi Abstrax Max Vamos ini ianya terdiri daripada Jacket WindBraker, Short Pants, Track Pants (tiada dalam gambar) dan juga Jersey. Kesemua design Vamos menggunakan elemen berwarna hitam dan oren serta terdapat elemen simbol petir. Dari segi warnanya, ianya kelihatan sungguh kontra dan warna orennya sungguh cerah dan naik. Saya suka betul dengan kombinasi warna ini kerana sebenarnya saya juga adalah peminat warna oren.

Advertisements
 Abstrax Max Vamos

Elemen simbol petir timbulkan rasa semangat

Abstrax Max Vamos Windbraker

Abstrax Max Vamos Windbraker mempunyai 2 layer dan dilapisan luarannya menggunakan material licin dan kalis air. Ianya sesuai dipakai ketika melakukan senaman berbentuk cardio seperti berlari ataupun jump rope di dalam cuaca sejuk. Boleh juga pakai windbraker ini sekiranya untuk ingin menghasilkan lebih peluh ketika membakar kalori.

Design bentuk V berwarna oren pada windbraker ini memberikan imej garang dan sporty. Ianya sungguh terang dan agak dominant pada bahagian hadapan. Terdapat qoute “Whatever it takes” pada sisi windbraker ini memberikan sedikit kelainan dan keunikan pada designnya.

Abstrax Max Vamos Shortpants

Shortpants pula merupakan seluar pendek ala-ala seluar bola. Ianya memang pendek malahan ianya berada di aras atas lutut saya. Dibahagian dalamnya terdapat 1 lagi layer dalaman seperti seluar dalam. Bila kita pakai, ianya betul-betul selesa dan mudah melakukan pergerakan.

 Abstrax Max Vamos

Untuk windbraker dan shortpant ini saya memakai size M

 Abstrax Max Vamos

Selesa dan mudah melakukan pergerakan

Abstrax Max Vamos Jersey

Sama juga seperti Abstrax Max Vamos Jersey yang menggunakan elemen yang sama iaitu hitam dan oren. Tetapi pada jersey ini saya suka dengan elemen simbol petir yang dilebihkan pada bahagian bahunya. Ianya seolah-olah memberi amaran kepada sesiapa yang melihatnya. Jersey ini juga memang mengikut cutting jersey bola dan ianya lebih fit dan berbeza dengan cutting Asbtrax Max sebelum ini. Pada bahagian lehernya pula terdapat 2 layer yang mana layer pada bahagian dalamnya adalah untuk menutup ruangan kosong pada design V-Necknya.

Material jerseynya agak tebal namun tidak panas ketika memakainya. Walaupun kelihatan keseluruhan design jersey ini berwarna hitam, tetapi terdapat beberapa logo simbol petir tersembunyi pada bahagian depan dan belakang jersey ini yang memberikan impak 3D ketika memakainya.

 Abstrax Max Vamos

Cutting jersey yang lebih fit dan premium

Jersey yang saya pakai ini juga adalah saiz M

Secara keseluruhannya, saya suka dengan koleksi Abstrax Max Vamos ini kerana walaupun ianya nampak simple tetapi designnya penuh abstrak. Gabungan warna hitam dan oren memang gabungan yang sungguh sesuai dan boleh membangkitkan semangat untuk bersenam. Fabrik dan material yang digunakan pula sungguh berkualiti dan bukan setakat print saja. Ianya dirancang penuh teliti dari fasa design sehinggalah kepada fasa akhir.

Untuk mendapatkan koleksi ini bolehlah melayari laman web dan media sosial Abstrax Max :

Webstore : https://abstraxmax.com/
Facebook : https://www.facebook.com/abstraxmax/
Instagram : https://www.instagram.com/abstrax.max/

Sila tonton video promo yang dihasilkan oleh Abstrax Max untuk koleksi Vamos ini.

 1,940 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

20 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.