Tag - Abstrax Max

Review Abstrax Max Vamos

Saya rasa semua follower saya di media sosial sudah tahu mengenai jenama lokal kegemaran saya iaitu ABSTRAX MAX. Saya selalu memakai pakaian keluaran Abstrax Max ini ketika melalukan aktiviti senaman termasuklah ketika sedang ber jump rope. Pada 2 tahun yang lepas saya pernah membuat review terperinci salah satu design Abstrax Max ketika itu iaitu NEVER AFRAID. Kali ini pula saya akan review design baharu yang diberi nama Abstrax Max Vamos. Mari kita mulakan!

Menurut info dari Abstrax Max, perkataan Vamos itu sebenarnya berasal dari perkataan Spain yang bermaksud “Come On”. Ianya seolah-olah kata semangat yang diberikan dan motivasi supaya terus berusaha dan tidak putus asa ketika melakukan apa juga aktiviti kecergasan. Selain itu juga, terdapat satu lagi kata-kata semangat ataupun qoute yang ditulis di design ini iaitu “Whatever It Takes”.  Kata-kata “whatever it takes” ini adalah kata-kata semangat dari saya sendiri yang saya inspirasikan ketika design ini dibuat. Terima kasih kepada Abstrax Max yang menerima cadangan qoute saya.

 Abstrax Max Vamos

Warna hitam dan jingganya jadi kombinasi warna yang menarik

Untuk koleksi Abstrax Max Vamos ini ianya terdiri daripada Jacket WindBraker, Short Pants, Track Pants (tiada dalam gambar) dan juga Jersey. Kesemua design Vamos menggunakan elemen berwarna hitam dan oren serta terdapat elemen simbol petir. Dari segi warnanya, ianya kelihatan sungguh kontra dan warna orennya sungguh cerah dan naik. Saya suka betul dengan kombinasi warna ini kerana sebenarnya saya juga adalah peminat warna oren.

 Abstrax Max Vamos

Elemen simbol petir timbulkan rasa semangat

Read More

 1,940 total views