Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan lebih cepat dan menjadi senaman kegemaran ramai kerana banyak kisah-kisah kejayaan penurunan berat badan melalui senaman skipping. Tambahan pula skipping ini boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Senaman skipping ini sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berazam untuk kurus dan membakar kalori. Kali ini saya ingin kongsikan cara skipping yang betul supaya skipping yang kita buat itu memberi kesan kepada perubahan bentuk badan kita.

Cara Skipping Yang Betul

Sebelum saya kongsikan cara skipping yang betul, saya nak nasihatkan supaya dapatkan tali skipping yang sesuai dan mudah digunakan. Kalau boleh elak dari menggunakan tali skipping permainan yang menggunakan material kain yang terlalu ringan dan sukar untuk dikawal. Anda semua boleh dapatkan tali skipping secara online di Shoppe ataupun di Decathlon.

1. Ukur kepanjangan tali dengan betul

Sebelum belajar melompat, kita kena belajar ukur tali skipping dengan betul mengikut ketinggian kita. Caranya adalah dengan memegang tali skipping dengan kedua tangan dan memijakkan lebihan tali dengan kaki. Letakkan pemegang di bahagian bawah tangan bagi mengukur kesesuaian. Pada asasnya, pemegang tali skipping haruslah berada di aras bawah bahu. Lebihan tali skipping boleh dipendekkan dengan mengikat tali tersebut seperti “knot” ataupun mengubah kepanjangannya pada “stopper” yang terdapat di bahagian pemegang tali skipping.

Advertisements

Setiap tali skipping mempunyai cara yang berbeza untuk mengubah kepanjangannya jadi anda ikutlah kesesuaian.

Tali skipping yang terlalu panjang akan menyebabkan kita melompat dengan tangan yang terlalu berbuka kerana lebihan tali yang mengheret lantai setiap kali kita membuat lompatan. Manakala tali yang terlalu pendek pula akan menyebabkan kaki kita tersangkut pada tali. Gunakan tip cara ukuran yang saya kongsikan tadi sebagai permulaan. Lama-kelamaan kepanjangan tali skipping akan harus dipendekkan setelah kita menjadi lebih mahir dan selesa berskipping.

2. Pegang tali skipping pada aras pinggang

Berlatih untuk pegang tali skipping pada aras pinggang dan menghampiri badan. Posisi ini amat penting bagi memastikan form skipping kita betul dan supaya kita dapat melompat dengan lebih lama. Tangan yang terlalu mendepa dan menjauhi dari badan bukan saja menjadikan kita susah untuk mengawal pusingan tali skipping tetapi menjadikan kita cepat penat kerana memerlukan tenaga yang lebih.

Selain itu juga, form skipping merapatkan tangan dengan badan ini akan memudahkan kita untuk menaik taraf skipping kita dan memudahkan untuk berlatih skill yang lain seperti cross over, double under dan banyak lagi.

3. Pusing pergelangan tangan sahaja

Satu lagi kebanyakan kesilapan bagi orang yang baru mula berskipping adalah dengan memusingkan keseluruhan tangan. Sebenarnya kita hanya perlu memusingkan pergelangan tangan sahaja. Pusingan pergelangan tangan sudah memadai bagi mendapatkan pusingan lengkap tali skipping.

Selain itu juga, memusingkan keseluruhan tangan akan menjadikan kita lebih penat dan sukar mengawal form ketika skipping.

4. Lompat dan “landing” guna kaki hadapan

Cara yang seterusnya adalah dengan memastikan kita melompat dengan menggunakan kaki bahagian hadapan sahaja. Kaki  bahagian hadapan digunakan bagi melonjakkan badan kita ke atas dan seterusnya “landing” juga menggunakan kaki bahagian hadapan. Jangan dan cuba elakkan “landing” dengan keseluruhan tapak kaki ataupun tumit bagi mengelakkan kecederaan.

5. Lompat rendah dan jangan bengkok kaki

Cara skipping yang betul adalah dengan melompat rendah sahaja. Ketinggian lompatan yang diperlukan hanyalah sekitar 1 – 2 inchi. Jangan melompat terlalu tinggi dan terlalu bersungguh-sungguh. Lompat terlalu tinggi bukan sahaja akan memenatkan tetapi juga boleh memberikan kecederaan pada kaki. Kaki pula jangan terlalu membengkok ketika melompat. Berlatih melompat ke atas dan bukannya sekadar membengkokkan kaki.

Secara ringkasnya itulah diantara tip dan cara skipping yang betul yang boleh saya kongsikan. Saya sendiri sudah melatih ramai orang dan melihat sendiri masalah-masalah yang biasa orang hadapi ketika memulakan aktiviti skipping. Apa yang saya kongsikan ini adalah permasalahan sebenar dan cara menyelesaikannya. Skipping ini sangat menarik kerana dalam satu gerakan sahaja kita perlu melakukan 3 perkara iaitu; memusingkan tangan, melompat, sambil otak berfikir di mana tali skipping itu sedang berada.

Dalam skipping kita tak perlu terlalu rushing membuat kesemuanya kerana semuanya itu sebenarnya dikawal oleh diri kita sendiri. Dengan latihan yang konsisten saya yakin semua orang pun boleh berskipping!

 7,145 total views,  4 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

12 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.