Bila sebut tentang Cheese Naan terbaik di Kuala Lumpur pasti nama restoran RSMY dikenali dan disebut-sebut sebagai Cheese Naan Terbaik. Saya sendiri pernah makan dan berkongsi review di blog saya tentang RSMY Cheese Naan Terbaik pada tahun 2015. Setelah hampir 5 tahun lamanya, tahun 2020 ini saya menjejakkan kaki sekali lagi di sini bagi mengimbau kenangan saya bersama RSMY Cheese Naan. Adakah sekarang ini RSMY masih menghidangkan Cheese Naan terbaik? Mari kita masuk dan order.
Bagi yang tidak tahu, RSMY Cheese Naan ini terdapat beberapa cawangan dan cawangan yang saya pergi kali ini adalah di cawangan Medan Tuanku. Papan tandanya yang besar dan berwarna oren pasti mudah untuk mencari lokasi ini. Oleh kerana saya datang ke sini ketika PKPB, jadi suasana di sini tidaklah begitu meriah dan ramai orang jika dibandingkan pada 5 tahun lepas.
Harga Dah Naik
Satu perkara yang saya perasan adalah harga Cheese Naan di sini dah naik harga. Yelah, harga 5 tahun lepas dengan harga tahun 2020 mana nak sama. Semua kos dan semakin naik dan mahal. Cheese Naan yang saya pesan ini adalah berharga RM12, berbeza dengan 5 tahun yang lepas iaitu RM8 sahaja. Ianya tidak termasuk kuah ataupun set sampingan.
Bagi saya, walaupun harganya agak sedikit mahal tapi seingat saya cheese mozarella yang digunakannya memang banyak dan melimpah ruah. Jadi sekali sekala takpelah, saya rasa takpelah.
Cheese Naan Masih Padu
Seperti yang dikongsikan di dalam gambar ini, cheesenya memang banyak dan meleleh-leleh. Oh baru saya ingat, Cheese Naan yang saya pesan ini adalah extra cheese. Sebab itu lah memang banyak cheese mozarella yang digunakan dalam sekeping cheese naan ni. Bagi pengemar cheese memang tangkap leleh bila menikmati cheese sebanyak ini. Jarang-jarang cheese naan di kedai lain menghidangkan cheese semewah ini.
Namun begitu, mungkin ianya terlalu banyak cheese jadi bagi saya roti naannya agak sedikit lembik-lembik dan kurang garing sikit. Tetapi ianya masih sedap dan menyelerakan.
Namun begitu, Cheese Naan di RSMY ini tidak didatangkan dengan kuah langsung. Saya pun hairan sebab roti cheese naan sebesaar ini saya perlu cicah-cicah dalam kuah, barulah rasa lebih sedap dan kurang rasa muak. Jadi saya order kuah yang lain pula. Alang-alang tambah order, saya cuba order kuah daging yang boleh tahan mahal harganya juga tapi bolehlah dari tiada kuah langsung.
Di sini selain roti Cheese Naan, RSMY juga menawarkan menu lain seperti Nasi Briyani dan makanan serta minuman berkonsepkan makanan arab yang lain seperti Mango Lassi dan sebagainya. Bagi saya menu-menu lain bolehlah tahan rasanya, memandangkan RSMY bukanlah fokus kepada menu-menu seperti ini.
Adakah RSMY Cheese Naan Terbaik?
Secara keseluruhannya, saya rasa RSMY masih boleh digelar sebagai Roti Cheese Naan Terbaik Di KL. Roti Cheese Naan nya memang sedap dan menyelerakan. Tetapi dengan harganya yang sudah menjadi semakin mahal namun dengan tiada nilai tambah mungkin harus patut dipertimbangkan. Saya rasa ianya patut dinaik taraf bukan saja dari segi harga, namun juga dari segi valuenya.
Ianya memang sedap, namun saya mungkin tidak akan makan sekali lagi di sini dalam tempoh masa yang terdekat.
365 total views, 5 views today
woow…so so sedap looking cheese naan shared here & making me craving badly for this tarik cheese naan now, yummy! 😀 cheers, siennylovesdrawing
sedapnya cheese naan dah lama mengidam tapi tak banyak jual area sini
Messarah recently posted…The Flower of Evil | Korean Drama Review
Kalau cheese banyak macam ni Marsha pun sanggup bayar lebih. Janji puas hati makan. Itu paling bermakna…hihi
Marshaliza recently posted…Casing Apple iPhone® 12 dari OtterBox Yang Canggih
Pernah try nak makan cheese nan RSMY ni dulu tapi disebabkan terlampau ramai orang, nak kena beratur panjang pulak tu terus tak jadi makan… hinggalah ke hari ni.. hahaha.. sebab tak kuat nak beratur panjang.. hihihi
Harga mahal sedikit tapi rasanya enak tak apa sebab berbaloi dengan rasa. Yang tak best kalo harganya mahal dan rasanya tak sedap. Tapi cheese nan dia memang nampak sangat menggoda
Nampak sedap betul cheese naan tu. Lembut dan penuh cheese. Tapi tu la, harga pulak naik.
Ya setuju, so far roti nan cheese kat sini terbaik. Kita dah makan tempat lain, belum ada tempat lain kalahkan roti nan cheese RSMY.
Nina Mirza recently posted…Aduyai… Sedapnya Roti Puri Lembut sama Kuah Kentang Potato Masala
nampak menarik. saya ni sebenarnya jarang jugak makan cheese naan ni. kalau ke restoran mamak, selalu order roti canai. nanti nak carilah cheese naan 🙂
Dah jam 11 malam dan boleh pula rasa lapar bila baca post ni. Cheese Naan memang salah satu makanan kegemaran eiza. Tak pernah cuba lagi makanan from RSMY ni. Tapi serius… memang nampak so sedap.
Betul bro.. Cheese Naan RSMY memang padu dan highly recommended… 😛 Tempat wajib pergi bila saudara mara datang dari kampung and mengidam nak makan naan.. Ni jer satu2nya tempat yang Kitkat bawa mereka pergi… 😛
Waduh terus rasa nak order laaa foddpanda… lama sangat tak lepas makan mamak dan makan cheese nan ke nan tandori ke…nampak macam sedap, tapi tiap kali nak singgah, orang kemain ramai…
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – IKAN KERAPU STIM LIMAU
sebelum ni masa stay kt KL kalau nak makan naan cheese memang akan ke RSMY ni. memang puas hati. n berbaloi2 jugak dengan harga untuk saya.
ha’ah nampak roti dia agak moist sebab extra cheese tapi still terliur tengok cheese boleh tarik macam tu haha cicah dengan kari kambing sedap tuuuuu
Pernah makan sekali dekat sini. Memang sedap. Puas hati. Nanti kalau ke melaka, cuba ke pak putra. Nan cheese dia pun sedap juga.
Sedapnya tengok.. Yummy.. Pernh makan dekat kl punya.. Ni ke sama ke tempat ni. Lupa dh..lepas tu dh lama tak makan.. Nnati habis ok pkpb nak pergi la
Sama juga dgn saya, lama sungguh tak ke RSMY. Rindukan cheese naan yg padu mcm yg di RSMY, kuah pencecah nya pun sedappp!
Ya ampunnn nampak sedap giler roti nan tu. Terus rasa teringin nak cuba… Limpahan keju yg sangat ohsem
Craving Kita pula tgk cheese naan tu… Aduh.. lapar la wei… Nak gi makan ni
It sure does look delicious from your photos. However if you are are looking for the best naan, then you really need to try the roti naan in Melaka which is the best.
Tekkaus recently posted…Hypergear Earth Mission Active Wear T-Shirt