Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama rasanya saya tak buat food review di blog saya ni sejak saya berubah dari mengamalkan pemakanan sihat. Tapi takpelah, sekali sekala teringin juga saya buat food review tentang makanan yang sedap-sedap. Kali ni saya nak cuba makan dan rasai sendiri kesedapan ayam goreng di restoran Korea yang terkenal dengan resepi ayam ala Koreanya, iaitu BBQ Chicken.

Cawangan restoran BBQ Chicken yang saya pergi kali ini juga agak istimewa kerana ianya yang pertama di Malaysia yang menggunakan konsep fast food dan berbeza dengan restoran BBQ Cawangan lain yang menggunakan konsep dine in. Cawangan BBQ Chicken yang saya pergi ini terletak di iCity Central Shah Alam. Bila masuk je di dalam BBQ Chicken ni memang rupa dan suasana di dalamnya berbeza.

BBQ Mala Hot Chicken

BBQ Chicken di iCity Central Shah Alam

BBQ Mala Hot Chicken

Diantara menu di BBQ Chicken

BBQ Mala Hot Chicken

Kaunter order

Menggunakan konsep membuat pesanan di kaunter dan menunggu giliran merupakan salah satu konsep fast food yang kita semua dah biasa. Selain itu juga, makanannya lebih cepat sampai dan boleh segera dinikmati sebaik sahaja disediakan. Saya sendiri sebenarnya pertama kali makan di restoran BBQ Chicken ni dan excited sangat nak tau macam mana agaknya rasa ayam kat sini. Sama seperti restoran fast food yang lain, di BBQ Chicken ini pilihan menunya terdiri dari pelbagai jenis set dan kesemua set pilihan ini disertakan dengan pilihan side dish serta air minuman berkarbonat.

Advertisements

BBQ Mala Hot Chicken

Salah satu menu paling famous di BBQ Chicken ni adalah menu Mala Hot Chicken yang dikatakan pedas dan terkenal di Korea. Saya pun orderlah menu ni sebab saya memang suka makanan pedas. Sebelum saya kongsikan tentang rasa ayam Mala Hot Chicken ni, saya nak kongsikan tentang rupa ayam Mala Hot Chicken ni. Ianya kelihatan seperti sos kemerah-merahan yang disalut kepada ayam goreng dengan tepung tebal yang garing. Ianya kelihatan berkilat seakan-akan disalut sedikit madu. Bila digigit, tepung luarannya memberikan rasa garing manakala rasa isi ayamnya pula sangat lembut  dan segar.

BBQ Mala Hot Chicken

Menu ayam BBQ Mala Hot Chicken

Sos merahnya pula pada rupanya tidaklah begitu pedas seperti yang saya sangkakan malahan ada sedikit rasa manis pula. Lama-kelamaan barulah ada rasa sedikit pedas namun tidaklah terlalu pedas. Tapi saya tak sangka ianya sangat sedap kerana mempunyai gabungan pedas-pedas manis serta mempunyai rasa yang unik dan tidak terdapat pada masakan Malaysia. Walaupun ianya tidak sepedas yang diharapkan, tetapi ianya sangat sedap. Tak hairan la menu Mala Hot Chicken ni sangat terkenal sebab final taste nya membuatkan rasa macam teringin lagi.

BBQ Mala Hot Chicken

Sos nya yang kemerah-merahan

BBQ Mala Hot Chicken

Tekstur ayamnya yang garing dan lembut di bahagian dalam

BBQ Mala Hot Chicken

Sedap! Ada rasa pedas-pedas manis

Menu Lain

Ye, sekarang secara rasminya Hot Mala Chicken menjadi menu kegemaran saya yang baru. Selain Hot Mala Chicken, saya juga mencuba menu lain iaitu Hot Hot Chicken yang berunsurkan masakan pedas, Gang-Jeong Chicken; berkonsepkan honey glaze dan Golden Olive Chicken yang merupakan menu ayam goreng dengan tepung istimewa. Selain itu juga saya berkesempatan mencuba menu terbaru iaitu Gangnam Sausage yang merupakan menu sosej besar yang digabungkan dengan mozarella cheese.

BBQ Mala Hot Chicken

Menu baru, Gangnam Sausage

Jadi itulah dia diantara review saya tentang BBQ Chicken khususnya menu paling sedap mereka iaitu Mala Hot Chicken. Restoran BBQ Chicken ini mempunyai sijil Halal untuk kesemua bahan yang mereka gunakan dan di dalam proses mendapatkan kelulusan Halal dari Jakim untuk restoran mereka. Kalau sesiapa yang minat ayam goreng korea, korang wajib cuba makan di BBQ Chicken ni.

 2,172 total views,  2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.