Salah satu menu makanan sihat yang saya akan pastikan ada di rumah adalah Peanut Butter. Sebenarnya Peanut Butter sangat bagus dan baik untuk penurunan berat badan kerana ianya mengandungi sumber protein yang tinggi dan mempunyai lemak baik sebagai pengambilan makanan harian. Peanut Butter juga mampu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama kerana ianya tinggi dengan sumber fiber.

Pasaraya

Jenis-jenis Peanut Butter di pasaran

Walau bagaimanapun, Peanut Butter yang dijual dipasaraya pula kebanyakkannya tidak sihat dan boleh menggemukkan. Ini adalah kerana kandungan peanut butter yang dijual hanyalah sekitar 40-50% dan selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti gula dan bahan pengawet. Bahan-bahan ini ditambah ke dalam ramuan Peanut Butter untuk memberi rasa sedap dan manis serta membolehkan ianya disimpan lebih lama. Namun begitu, ianya akan kurang memberi khasiat kepada tubuh badan kita lebih-lebih lagi sekiranya diambil secara berlebihan.

Apa itu Peanut Butter Sihat?

Manakala Peanut Butter versi sihat pula mempunyai lebih banyak kandungan kacang sehingga lebih dari 70-80% dan selebihnya adalah kandungan semula jadi seperti coklat, madu, garam himalaya dan sebagainya. Berbeza dengan Peanut Butter sihat, ianya akan memberi kita rasa lebih kepada rasa kacang kerana lebih banyak kacang digunakan. Diantara jenis-jenis kacang yang digunakan adalah kacang cashew, almond dan hazelnuts.

Advertisements
Peanut Butter by Farah

2 jenis perisa baru Peanut Butter by Farah

Peanut Butter By Farah

Salah satu jenama Peanut Butter sihat yang saya gemari adalah jenama Peanut Butter By Farah. Mungkin juga ramai yang tidak pernah dengar dengan jenama ini, kerana ianya adalah jenama tempatan. Made in Malaysia!

Ianya dihasilkan oleh seorang usahawan muda bernama Farah, yang berhasrat menghasilkan peanut butter sihat kepada orang ramai yang ingin kurus tetapi pada masa yang sama masih dapat menikmati makanan kegemaran mereka iaitu peanut butter. Farah sendiri mempunyai sejarah penurunan berat badan dan tahu mengenai kepayahan mengawal dan mengamalkan pemakanan sihat.

Sebenarnya sudah terdapat lebih dari 4 perisa peanut butter keluaran Peanut Butter By Farah ini, tetapi untuk artikel ini saya ingin memfokuskan kepada 2 perisa baharu yang dikeluarkan iaitu Cashew Triple Choco dan Hazelnut Choco.

Peanut Butter by Farah

Cashew Triple Choco

Peanut Butter by Farah

Maklumat nutrisi turut disediakan

Cashew Triple Choco

Untuk perisa Peanut Butter By Farah Cashew Triple Choco ini, ianya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti cashew nut, garam himalaya dan yang paling istimewa adalah 3 jenis coklat iaitu :

Dark Choco 58%
Cocoa Nibs
Dark Choco 70%

Bila kita tengok bahan-bahan yang digunakan pasti kita dah dapat bayangkan bagaimana rasanya kan? Ya, ianya kaya dengan rasa coklat yang pekat dan manis. Walaupun ianya manis, tetapi manisnya adalah dari gabungan coklat-coklat yang digunakan dan tidak menggunakan gula untuk ramuan perisa ini.

Peanut Butter by Farah

Pekat, likat penuh rasa coklat

Peanut Butter by Farah

Sesuai dimakan bersama roti

Texture peanut butter perisa Cashew Triple Choco ini agak pekat dan melekat. Ianya sungguh likat dan dipenuhi dengan cocoa nibs. Bila kita makan, cocoa nibs ini menambahkan rasa kepekatan coklat dalam ramuan ini. Meskipun ianya mempunyai rasa coklat yang tinggi seakan-akan sedang menikmat coklat Cadburry, tetapi elemen kacangnya masih wujud. Bagi pendapat saya, secara keseluruhan ianya mempunyai 70% rasa coklat dan 30% rasa kacang. Ianya sangat sedap!

Bagi peminat coklat pasti akan menyukai Cashew Triple Choco ini.

Hazelnut Choco

Berbeza dengan perisa Hazelnut Choco ini yang lebih seimbang dan mempunyai lebih rasa kacang. Ianya adalah gabungan Hazelnut, Cashews dan Dark Choco 58%. Bila pertama kali saya merasainya, saya dapat rasakan ianya sungguh “berkacang” namun ada sedikit rasa coklat. Rasa hazelnutnya sungguh kuat dan mendominasi rasa keseluruhan perisa Hazelnut Choco ini.

Texture keseluruhan Peanut Butter By Farah perisa Hazelnut Choco ini tidak sepekat Cashew Triple Choco dan ianya lebih mudah disapukan ke atas roti. Saya lebih menggemari perisa Hazelnut Choco ini kerana ianya masih mempunyai elemen peanut butter. Mungkin sebab saya bukan pengemar coklat agak. Tetapi bagi mereka yang menggemari rasa coklat, saya pasti akan menyukai perisa Cashew Triple Choco.

Peanut Butter by Farah

Hazelnut Choco

Baharu

2 Perisa Baru yang sedap!

Untuk kedua-dua perisa Peanut Butter By Farah ini dijual di dalam botol bersaiz 250g. Sila layari https://farahs.storehub.me/ untuk membeli secara online. Terdapat lebih banyak pilihan perisa lain boleh dibeli secara online seperti Almond Choco, Peanut Butter Chuncky, Cashew Butter dan banyak lagi

Walaupun Peanut Butter By Farah adalah peanut butter versi sihat, namun saya nasihatkan agar kita mengambil peanut butter ini secara sederhana. Untuk berjaya menurunkan berat badan, pengawalan portion makanan adalah paling penting. Takut bila kita makan terlalu banyak, makanan yang sihat pun jadi tak sihat. Semak dan periksa label botol ini mengetahui jumlah kalori dan kandungan nutrisinya.

Facebook : https://www.facebook.com/farahsgourmet/
Instagram : https://www.instagram.com/peanutbutter_byfarahs/

517 total views, 1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

17 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.