Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan untuk membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan caruman dari KWSP Akaun 2 i-Lestari. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat ketika menghadapi musim wabak COVID-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya juga adalah langkah persediaan rakyat Malaysia yang berkemungkinan hilang sumber pendapatan dan amat memerlukan sumber kewangan.
Cara pengeluaran KWSP i-Lestari
Terdapat 3 cara untuk mengeluarkan caruman KWSP i-Lestari ini :
- Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun web* (Ahli).
- Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my; atau
- Secara hantaran pos/kurier
Walau bagaimanapun pihak KWSP, menyarankan supaya permohonan pengeluaran caruman KWSP i-Lestari ini dilakukan secara online kerana ianya lebih cepat dan mudah dilakukan.
Jadi kali ini saya nak kongsikan cara paling mudah untuk membuat pengeluaran caruman KWSP i-Lestari melalui online.
Permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari secara atas talian
1. Pergi ke laman web www.kwsp.gov.my dan klik Log Masuk-> i-Akaun (Ahli). Masukkan username dan password.
2. Setelah masuk di laman utama. Tekan option “Withdrawal” di bahagian atas dan pilih “New Application”.
3.Tekan pada Withdrawal Type dan pilih i-Lestari
4.Masukkan jumlah pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 di ruangan Applied Amount. Masukkan maklumat peribadi seperti jenis dan nombor akaun bank. Kemas kini sekiranya perlu. Tekan next.
5. Masukkan dan semak data peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan lain-lain.
6.Klik request TAC untuk proses seterusnya. Permohonan anda telah berjaya diproses.
7. Selesai!. Menurut KWSP, permohonan yang dilakukan pada April 2020 akan mula dibayar pada bulan Mei 2020.
Konsep am Pengeluaran KWSP i-Lestari
Pengeluaran caruman KWSP Akaun 2 ini adalah terhad kepada RM500 sahaja sebulan dan program permohonan ini bermula dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran KWSP i-Lestari
- Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
- Berumur di bawah 55 tahun; dan
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
Amaun yang layak dikeluarkan?
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan ; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
3,376 total views, 3 views today
[…] Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari […]
memohon pengeluaran kwsp