Kebiasaannya pada bulan puasa kita berharap untuk kurus dan mengurangkan berat badan. Kalau tak dapat turun banyak, dapat turun sikit pun jadilah kan? Asalkan dapat bergaya dengan baju raya di pagi Syawal nanti. Itulah azam yang biasanya kita simpan sebelum masuk setiap kali bulan Ramadhan. Tetapi ianya tak semudah seperti disangka kerana pada bulan Ramadhan pada kebiasaannya kita akan makan lebih banyak dan akhirnya gagal untuk kurus. Kali ini saya nak kongsi 8 tip kurus sebelum raya yang boleh diamalkan oleh semua orang.
Tetapi sebelum itu kita harus faham yang berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah salah satu kewajiban kita sebagai umat Islam. Jadi kalau dapat kuruskan badan merupakan salah satu bonus kerana yang lebih penting adalah amalan kita ketika bulan Ramadhan.
Berikut adalah 8 tip kurus sebelum Raya
1. Sahur dengan makanan yang tinggi serat
Sahur juga adalah sama penting seperti breakfast. Apa makanan yang kita ambil akan menentukan mood dan kualiti tenaga kita pada hari tersebut. Sahurlah dengan 2-3 biji kurma dan kemudian makan makanan yang tinggi serat. Makanan yang tinggi serat akan membolehkan kita lebih kenyang dan lambat lapar. Ini adalah kerana makanan tinggi serat diproses lebih lambat berbanding makanan biasa. Makanan tinggi serat adalah seperti oats, beras perang, pisang, lobak merah, broccoli dan macam-macam lagi.
Ini bermakna bukan tak boleh makan makanan lain seperti nasi ataupun roti cuma makanan yang lebih tinggi serat adalah lebih baik dan mengenyangkan.
2. Jangan tidur selepas sahur
Ini adalah salah satu habit yang kebanyakkan orang lakukan iaitu tidur selepas sahur. Selain ianya tidak digalakkan dalam Islam, habit tidur selepas sahur adalah tidak baik untuk kesihatan. Bayangkanlah lepas makanan masuk dalam badan dan ketika sedang kenyang tu kita terus tidur. Ianya memang confirm boleh menggemukkan.
3. Minum air masak secukupnya (2-3 liter)
Ketika berpuasa, salah satu cabaran besar adalah untuk nak mencukupkan minum air masak iaitu seperti yang disarakan sebanyak 2-3 liter sehari. Kekurangan air dalam badan bukan saja boleh membuatkan kita rasa lebih lapar malahan akan membuatkan kita makan secara berlebihan. Cuba rancang minum air masak ketika diantara aktiviti selepas berbuka puasa seperti selepas solat maghrib dan diantara solat terawih.
Kalau kita tak rancang untuk minum air masak setiap hari, kita akan terlupa dan akan rasa sangat haus pada siang hari. Selain itu juga tip tambahan untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan bersodium tinggi dan kurangkan minum kopi.
4. Elak makan proccessed foods
Pengambilan processed foods bukan sahaja tidak bagus diamalkan ketika bulan puasa tetapi sebenarnya pada bila-bila masa sekali pun. Ini adalah kerana processed foods sebenarnya mengandungi sodium yang tinggi serta banyak bahan perasa serta pengawet. Ianya langsung tidak berkhasiat untuk tubuh badan malahan boleh menyumbangkan kepada pengambilan kalori yang berlebihan.
5. Bersenam 2-3 kali seminggu
Bersenam ketika berpuasa mungkin bunyi macam susah dan mustahil untuk dilakukan. Hanya lakukan senaman ringan dan low intensity sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu berbuka. Senaman low insensity adalah sebarang senaman yang tidak meningkatkan kadar degupan jantung terlalu tinggi. Cukuplah heartrate kita berada di dalam lingkungan 120 paling tinggi ketika melakukan senaman.
Cuba lakukan senaman ringgan sebelum berbuka puasa sekurang-kurangnya 2-3 seminggu. Jadi lepas selesai bersenam saja bolehlah mandi dan tunggu waktu berbuka puasa.
6. Elak makanan manis ketika berbuka
Ketika waktu berbuka puasa, kita akan sering dihidangkan dengan makanan seperti kuih-muih yang manis. Memang tidak dinafikan ianya memang sedap lebih-lebih lagi bila perut dah terasa lapar sebab sehari berpuasa. Kalau boleh cuba elakkan mengambil sebarang makanan yang manis ketika berbuka puasa.
Amalkan makan 2-3 biji kurma ketika berbuka puasa untuk hilangkan rasa craving makanan manis. Kalau ingin makan juga, makanlah nasi atau makanan utama terlebih dahulu supaya kita dah rasa kenyang.
7. Jangan berbuka terlalu banyak
Ketika berbuka puasa adalah dugaan paling besar dalam berpuasa. Kalau boleh semua benda kita nak makan dan rasa. Berbukalah secara perlahan-lahan dan jangan makan terlalu laju. Bila kita makan terlalu laju, kita akan lambat kenyang dan akhirnya kita makan terlalu banyak.
Kawal nafsu makan dan elakkan makan terlalu banyak. Ianya bukan saja akan menyebabkan kita gemuk, tetapi ianya juga akan menyebabkan kita malas dan berat nak solat Maghrib lepas tu.
8. Moreh dengan buah-buahan
Selepas solat terawih biasanya kita akan menikmati juadah moreh samada di rumah ataupun di masjid. Biasanya moreh ni adalah makanan bersaiz sederhana samada kuih-muih ataupun bubur. Kali ni cuba tukar dengan mengambil buah-buahan sebagai moreh. Buah seperti tembikai dapat mengembalikan air dalam badan yang terhidrat setelah seharian berpuasa. Selain itu juga, buah tembikai adalah manis dan dapat digunakan oleh badan sebagai penganti gula.
853 total views, 3 views today
ada jugaklah tips2 yang sis dah buat..oklah maintain body sis (bos yg cakap) haha..risau juga raya nti baju koyak pulak haha..thanks sharing tips uols
Lain masih lagi buat, bab jangan tidur lepas sahur tu je adeii susahnya nak buat, lepas subuh je kadang bukan nak tidur sangat, tapi automatik tertido huhuhu…ada sekali telefon hempap muka hahahahahaha syyhhhhh…
Sis Lin recently posted…MASAK APA TAK JADI HARI NI? TELUR BISTIK!
Wow beza sungguh dulu dan sekarang… org yg berdiaiplin je yang mampu turunkan berat badan hgga 30kg ni. Lama mana?
Yang ni adalah lebih kurang 1 tahun lebih
tq for sharing tips kurus sebelum raya..tp slalunya bln puasa mmg turun berat tp lps raya mkn mcm2 naik blk hehe
good tips. thanks sharing. bab senaman tu adehh memamg dasar malas. senaman saya hiking or swimming je. lain dari tu seret kaki nak buat haha
Time berbuka tak lalu nak makan banyak-banyak pun. Selalu sis minum air panas supaya perut tak terkejut sangat. Mintak2 berat badan turun la masa bulan puasa ni.
Ezna Ahmad Khalili recently posted…Dangerous Lies
nampak beza betul dulu dan skrg kan. Sis pun nak gak kurus sebelum raya ni..harap2 dapatlah ikut tips seperti yg diberi
Yup kebanyakannya ada buat,. Bgus bukan shaaja utk kurus tapi tu la cara yang masa bulan puasa. Tapi bab tidur memang kadg tertidur.. Hahahaa..
thanks sharing tips ni nanti nak cubalah juga kot boleh turun lagi kan
Samalah.. Kita skrg byk kurgkn minum air manis. Sbb gula ni buat bdn kita naik.. Skrg dr pkp start smpi skrg kita berjaya trunkan berat 7kg… Hehe.. Rasa nak trunkan lg smpi thp bdn yg ideal..
Wawa Ashihara recently posted…Mylara Skincare | Bantu Kulit Kusam Kembali Cerah & Glowing!
Ok jangan berbuka dengan benda manis dulu… tapi time ramadhan mmg air dah kuih berebut masuk mulutkan
Wah bestnya Zarin kurus maintain dah berapa tahun dah ni. Nak kekal kurus ni susah betul. Lupa diri bila nampak makanan. Hahaha
Ruby recently posted…Kedai Rasmi Naelofar Kini Di Shopee
yeay..kite dh follow dh tips2 nya..hehe,follow sy ye
nur hidayah recently posted…VITAMIN C SHAKLEE DENGAN MANFAATNYA
Wah.. bagusnya ada tip nk kuruskan badan bln. Puasa ni.. mcm kak mmg dah kurus pun
Wahh!!ketara betul perubahan selepas amalkan tips2 nie.. Insyallah nad nak amalkan nanti sebab da terasa bdan makin berat..thanks bro atas perkongsian tips yang sangat berguna nie..
Terima kasih bagi tips bab makanan ni. Selalu fail aje.. ikut nafsu makan. Hahaha.. harap masih ada masa nak kurus ni. Habit tidur lepas sahur tu susah sikit sebab mata berat. Tambah2 time pkp ni
[…] apabila berdepan dengan orang ramai. Pipi juga secara visualnya akan menampakkan seseorang itu kurus ataupun tidak. Kegemukkan pada pipi ataupun memiliki pipi yang tembam ini sering dikaitkan dengan orang yang […]