Fizi adalah salah seorang watak dalam siri Upin & Ipin yang sebenarnya agak kurang terkenal. Dia yang terkenal dengan dialog “Aku puasa separuh hari je”, merupakan teman baik kepada Ehsan dan jarang-jarang mendapat perhatian oleh peminat Upin & Ipin. Namun begitu beberapa hari ini watak Fizi tiba-tiba menjadi trending dan disebut oleh warganet dari Indonesia dan Malaysia. Semua ini gara-gara dia “tersalah” cakap di dalam episod terbaru raya Upin & Ipin yang bertajuk “Syahdu Syawal”
Kisahnya bermula apabila Upin, Ipin, Fizi dan Mail sedang berborak mengenai topik syurga dan Mail menerangkan yang syurga adalah di bawak telapak kaki ibu. Upin dan Ipin yang merupakan anak yatim piatu bertanyakan bagaimana pula dengan nasib orang yang tidak mempunyau ibu? Di manakah syurga buat mereka? Fizi dengan spontan membalas, maka tiadalah syurga buat mereka yang tiada ibu.
View this post on Instagram
Gara-gara video ini, Fizi kini dibenci 😢 . Maafkanlah Fizi 🙏 . #fizi #upinipin
Tersentak dengan jawapan Fizi ini, pasangan kembar tersebut terus berasa sedih dan berlalu pergi. Dengan perasaan sedih, Upin dan Ipin sangat kecewa dan seolah-olah putus asa. Air mata Upin dan Ipin mengalir tidak henti dan sesiapa yang menonton babak ini pasti sebak dan sedih. Perasaan sedih ini pasti lebih terasa sekiranya penonton juga mempunyai nasib yang sama seperti Upin dan Ipin.
Berdasarkan babak ini, kebanyakkan warganet bukan sahaja bersimpati terdapat nasib Upin dan Ipin tetapi turut memarahi Fizi yang dianggap tidak beradab dan tidak menjaga hati. Walaupun ianya adalah hanya babak di dalam animasi sahaja, tetapi kebanyakkan memandang serius terhadap reaksi Fizi itu dan meninggalkan komen mengecam Fizi di media sosial. Komen terhadap Fizi di media sosial terlalu banyak sehingga menjadi kata kunci yang trending di Indonesia.
Tambah menjadi trending lagi, terdapat beberapa fake account Fizi ditwitter yang membalas komen-komen tersebut sehingga isu ini menjadi lebih panas. Kebanyakkan dari netizen memohon agar “Fizi” mengeluarkan statement mohon maaf kepada Upin dan Ipin terdapat apa yang telah dicakapkan. Selain itu juga terdapat beberapa selebriti Indonesia yang turut berkongsikan mengenai topik ini sehingga menjadi lebih trending.
Di dalam episod Upin & Ipin : Syahdu Syawal, persoalan Upin dan Ipin akhirnya dijawab oleh Opah. Dipenghujung episod tersebut, Opah menjelaskan bahawa sesiapa sahaja boleh masuk syurga asalkan kita buat baik. Mereka juga turut menziarahi kubur ibu bapa mereka di pagi hari raya dan episod ini diakhiri dengan dialog yang amat sedih.
Abah, Mak…
Selamat Hari Raya~
Tunggu kitaorang di syurga ye~
1,000 total views, 3 views today
Huhuhu…sayu hati baca entri ni. Sebab tu kita kena hati² dalam pelbagai aspek terutamanya percakapan dan keduanya adalah tingkah laku. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Salina Johari recently posted…Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
sian upin ipin. sedih masa tengok babak ni. terus teringat kat arwah ayah. rindunyaaa
br td terbaca kisah trending fizi dlm upin dan ipin ni..yela sbb mcm tk beradab gtu..penonton kn rmi bdk2 yg suka tgk siri upin dan ipin ..
Wahhh sampai mcm tu sekali ye penangan upin ipin sampai jd trending kisah fizi tu..sis pun x tau hal ni..sian upin ipin mujur opah ada explain kan
Ngga apa apa lah..itu berarti animasinya berhasil menyentuh hati penonton…
Sebagai penonton setia sejak 2007 semakin kesini animasinya semakin bagus hehe
Salam dari Indonesia 😊
Uppin Ipin ni memang pipular dan digenari kanak2. Satu kawdah yg tepat bila guna Ipon Upin utk tersngkan sesuatu, jadi kansk2 faham.
blom tengok lagi episod ni. nnti nak tengok lah bila ada masa lapang. Btw kartoon pun boleh jd bahan kecam netizen ya.
Watak Upin Ipin ni memang dah jadi ikutan anak2, bukan shj di Malaysia tapi di Indonwsia juga.
Kekadang perangai Fizi boleh tahan juga kan, tapi anak yatim kesayangan Nabi Muhammad. 🙂 , Selamat hari raya bro
Yaaa Zarin…sampaikan anak sedara Sis cakap, kata dia ‘Mia tak suka Fizi, dia cakap upin ipin takde syurga’…nampak tak kesannyaa ayat Fizi tu…padahal Mia tu baru je umur 5tahun…lepas Mia cakap tu, baru Sis mencari episod Upin Ipin ni nak tengok…memang patut Fizi kena marah huhuhu…
Sis Lin recently posted…TAK DAPAT MAKAN DURIAN MUSANG KING, MAKAN AISKRIMNYA PUN JADI LAAA
kadang kartun pun upto date juga dengan isu semasa. anak2 saya pun mmg suka upin ipin ni
Raihanah recently posted…4 Faedah Kesihatan Polifenol yang Menakjubkan
what an interesting story! thanks for sharing, i x prnh tengok cita ni sblm ni actually
Dah lama tak tengok Upin Ipin sebab macam tak ada jela dalam tv. Tu yang kecoh pasal isu Fizi ni macam blur tapi gigih juga cari kenapa. Rupanya Fizi jawab pasal Upin dan Ipin tiada syurga kerana ibu bapa dia telah meninggal. Patutnya bukan Fizi yang kena minta maaf tapi penulis skrip yang kena minta maaf. Siapa suruh buat skrip macam tu. Eh! Tibehh!
Mimi Azirah recently posted…Dapatkan Tidur Berkualiti dengan Produk GETHA 100% Natural Latex
Alahaii sian pulak kat Upin Ipin, mesti anak2 ramai yg nangis tengok kan dan sure ramai marah kat fizi ckp gitu. Pandai betul penulis skrip menarik perhatian anak2. Apa2 pun Selamat Hari Raya ya Zarin
Hanny Abdullah recently posted…Resepi Spaghetti Bolognese Mudah Dan Cepat Di Masak
Kesian pulak Fizi ni kena hentam kat twitter. Siapa ada buat kompilasi semua kata-kata Fizi yg mengguris kata huhu. Patut takyah buat Fizi minta maaf secara terbuka. Fizi kena minta maaf kat Upin Ipin je. Semua kanak-kanak buat salah, so kena ajar diorang minta maaf balik lepas buat salah.
Julia Mahir recently posted…Pengenalan Asas Python untuk Kanak-kanak Secara Online oleh 5T3M