Marrybrown iaitu rangkaian restoran makanan halal segera terbesar di Malaysia yang telah beroperasi selama 38 tahun, kini mengorak langkah dengan melancarkan pakej hari jadi kanak-kanak. Pakej hari jadi ini merupakan kerjasama dengan watak popular dari Jepun iaitu Doraemon bagi menggembirakan kanak-kanak dihari lahir mereka. Saya bersama rakan-rakan blogger yang lain berpeluang menyertai majlis pelancaran ini dan berkongsi kemeriahan pakej hari jadi Marrybrown bersama Doraemon.

Berlangsung di Marrybrown IOI City Mall Putrajaya, majlis pelancaran pakej hari jadi bersama Doraemon itu dihadiri oleh Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew serta lebih 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang. Tambah istimewa lagi, majlis ini diadakan pada sambutan Hari Kanak-Kanak.

Marrybrown hari jadi Doraemon

Majlis pelancaran di Marrybrown IOI City Mall Putrajaya

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Nisakay sebagai pengacara majlis

Marrybrown terkenal dengan sajian ayam goreng yang rangup yang telah menambat hati rakyat Malaysia untuk sekian lamanya. Usaha mewujudkan pakej hari jadi ini dilihat sebagai salah satu usaha memberi pilihan dan peluang kepada peminat restoran Marrybrown untuk lebih dekat dan menghargai peminat mereka khususnya pada sambutan hari jadi. Pakej hari jadi bersama Doraemon ini didatangkan dengan barangan dan dekorasi Doraemon bagi menambahkan lagi keceriaan sambutan hari jadi mereka.

Advertisements
Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Antara buku aktiviti

Terdapat 3 pilihan pakej hari jadi yang terdiri dari pilihan set pilihan makanan kanak-kanak, Doraemon pek hari jadi dan macam-macam lagi. Semua pakej-pakej ini boleh dilihat di laman web https://marrybrown.com/birthday-party/ dengan pakej bermula dengan harga RM130 sehingga RM300 sahaja. Semua pakej-pakej ini juga didatangkan dengan aktiviti permainan juga penampilan maskot Marrybrown. Promosi ini bermula dari Disember 2019 sehingga Mei 2020.

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Ucapan oleh Ms Esther Lum

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Balqis, salah seorang rakan blogger sibuk merakam moment penting

Majlis pelancaran Marrybrown bersama Doraemon

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Kanak-kanak dari rumah kebajian dihadiahkan beg sekolah oleh Marrybrown

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Staff Marrybrown bersama Doraemon

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pasti dengan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini”, Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.

Selain itu, ketika majlis pelancaran tersebut juga kanak-kanak dari rumah kebajikan juga diraikan dengan pakej hari jadi tersebut dan juga penampilan istimewa watak Doraemon. Pakej hari jadi bersama Doraemon iaitu seperti Party Hat, buku aktiviti, sticker  dan banyak lagi merupakan sebahagian dari aktiviti yang akan diadakan bersama mereka. Kanak-kanak ini juga diberikan sumbangan beg sekolah Marrybrown serta peralatan sekolah sesuai dengan sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Salah seorang kanak-kanak yang gembira memakai topi Doraemon

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Party pack Doraemon

Marrybrown lancar pakej hari jadi Doraemon

Pelbagai set hari jadi

Diantara kanak-kanak dari rumah kebajikan di majlsi pelancaran

Pakej hari jadi Marrybrown bersama Doraemon ini merupakan salah satu alternatif terbaik buat semua ibubapa yang selalunya runsing untuk mencari lokasi mengadakan majlis hari jadi. Dengan adanya pakej ini, ianya bukan sahaja tersedia dengan mudah malahan harganya juga berpatutan mengikut jumlah tetamu jemputan. Tambahan pula dengan pakej hari jadi yang disertakan bersama watak Doraemon pasti membuatkan kanak-kanak teruja dan tersenyum dihari jadi mereka nanti.

Bersama rakan-rakan blogger yang menghadiri majlis ini

Untuk info lanjut mengenai pakej hari jadi Marrybrown ini, sila layari :

Facebook : http://facebook.com/marrybrownmalaysia
Instagram : http://instagram.com/marrybrownmalaysia
YouTube : http://youtube.com./MarryBrownTV

 2,781 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.