Acara tahunan yang dianjurkan oleh YouTube Malaysia sekali lagi diadakan pada tahun ini bagi mengiktiraf penggiat dan penghasil video yang menggunakan YouTube sebagai platform pemasaran dan media komunikasi. Pada tahun 2019 ini juga YouTube Malaysia menganjurkan YouTube Ad Awards yang merupakan sebahagian dari pengisian Festival YouTube Malaysia 2019. Anugerah ini disampaikan kepada agensi pengiklanan yang telah berjaya menghasilkan video-video di YouTube yang memberi impak kepada penonton dan juga mempunyai jumlah tontonan yang banyak.

Diantara pemenang besar malam tersebut adalah Celcom sebagai ‘Ad of The Year’ dengan video ‘Cucu-cucu Tok Ucu : Filem Pendek Hari Raya’ di mana telah memenangi anugerah di dalam kategori Best Ad in Telecommunication. Selain itu, jenama lain seperti Pantene’s, F&N, CIMB dan AirAsia juga turut memenangi bagi kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Festival YouTube Malaysia 2019

Jinnyboy TV merupakan salah satu YouTUbe Channel yang sudah mencecah 1 juta subscribers

Festival YouTube Malaysia 2019

YouTubers “Cody Hong”

YouTube Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk memberi pengiktirafan kepada YouTuber Malaysia yang telah berjaya mencecah langganan melebihi 1 juta di YouTube channel mereka. Di Malaysia, terdapat 3 YouTube Channel yang mula-mula sekali berjaya mencecah 1 Juta subscribers iaitu Les’ Copaque Production, Astro Gempak dan CartoonHooligans. Ketiga-tiga YouTube Channel ini merupakan juara YouTuber di Malaysia kerana menjadi yang terawal sekali berjaya memecahkan rekod langganan 1 Juta di YouTube Channel masing-masing. Namun pada tahun 2019, langganan YouTube Channel bagi ketiga-tiganya telah meningkat dan didominasi oleh Les’ Copaque YouTube Channel dengan 7.3 Juta subscribers (ketika artikel ini ditulis). Tahniah!

Advertisements

Ketika pengumuman tersebut dibuat, maskot kesayangan ramai Upin & Ipin juga turut membuat penampilan istimewa bagi memeriahkan Festival YouTube Malaysia. Selain Upin & Ipin, penyanyi no 1 negara iaitu Dato Siti Nurhaliza juga turut membuat persembahan istimewa pada malam tersebut.

Festival YouTube Malaysia 2019

Dato Siti Nurhaliza membuat persembahan istimewa

Festival YouTube Malaysia 2019

Upin & Ipin mempunyai 7.3 juta subscribers di YouTube Channel

Dalam dunia digital sekarang ini penggunaan media sosial di dalam pemasaran sangat penting bagi memastikan sesebuah jenama itu kekal relevan dan inovatif. YouTube merupakan enjin carian no 2 paling terkenal di dunia selepas Google. Sudah tentu untuk menjadi YouTuber terkenal itu bukanlah mudah dan ianya memerlukan pengisian dan hasil kerja yang konsisten. Les’ Copaque Production contohnya memerlukan masa lebih 9 tahun bagi mencapai subscribers 7.3 juta dan angka akan terus meningkat hari demi hari.

Festival YouTube Malaysia 2019

Ceria Upin dan Ipin menerima anugerah

Festival YouTube Malaysia 2019

Les’ Copaque Production, YouTube Channel no. 1 di Malaysia

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi YouTube Ad Awards 2019

Ad for Good

  1. Pantene – Braids of Strength’ ft Farah Ann #WanitaBesi (category winner – Grey, MediaCom)
  2. Pantene – Braids of Strength’ ft Nur Suryani #WanitaBesi
  3. RHB Group – Deepavali 2019 : Strength to Rise

Best Breakthrough Advertiser

  1. Warung by Alicafe & Alitea – Alicafé dan Alitéa Warung Macam Dolu-dolu (category winner – Havas Immerse, Singnan Communications)
  2. AptaGro – 5 Pillars of Resilience: Self-Reliance
  3. Jacob’s – Original Malaysians | Celebrate #TheOriginals

Best 6-second Storytelling

  1. F&N Dairies – Nikmati kepuasan Teh Tarik Ori F&N! (category winner – Mullen Lowe, Universal McCann)
  2. MILO Malaysia – MILO ICE – Dapatkannya hari ini!
  3. Nestle Maggi – Pedas Giler – MAGGI® Pedas Giler 2X

Best Collaboration: Brands & YouTube Creators

  1. McDonald’s Malaysia – 100% Heroic (category winner – Leo Burnett Malaysia, OMD, JinnyBoy TV)
  2. Grab – The Sign Language Dictionary: Common Phrases
  3. McDonald’s Malaysia – “McDelivery – Working from home”

Best Long Form Video (>2 minutes)

  1. CIMB – You-Sang, We-Sang | CIMB CNY 2019 (category winner – Ogilvy Malaysia, IPG Mediabrands, Reprise Malaysia)
  2. Celcom – Cucu-cucu Tok Ucu: Filem Pendek Hari Raya
  3. Petronas – #PETRONAS CNY Greetings 2019 – HEART

Best Multi-Video Campaign 

  1. AirAsia – #PlayYourWay: Click To Choose Your Bali & Lombok Adventure! (category winner – AirAsia In-House Branding & Marketing Team, The Userguide)
  2. KFC – KFC Bucket Bersama
  3. McDonald’s – 100% Swag

Best Storytelling for Occasions

  1. Tenaga Nasional Berhad – TNB Raya 2019 – Konvoi Epik Fantastik (category winner – Reprise Digital)
  2. Malaysia Airlines – CNY 2019 | The Spirit of Hospitality
  3. Petronas – “National and Malaysia Day 2019 – UNI”

Best YouTube for Performance Campaign

  1. Clinique Malaysia – “Customize your hydrator | NEW #CliniqueiD | Clinique” (category winner – Consider iProspect, Lemonade)
  2. Celcom – “GUNA CELCOM™ untuk video lebih awesome di mana jua™!”
  3. Mudah.my – “Cari BFF comel baru anda di Mudah.my”

Industry Awards

Best Ad in Auto & Travel 

  1. Plus Malaysia – Tumpang – Aidilfitri 2019 #IkhlasDaripadaPLUS (category winner – MediaCom, Reservoir World)
  2. AirAsia – #PlayYourWay: Click To Choose Your Bali & Lombok Adventure!
  3. AirAsia – National Day and Malaysia Day 2019 | Hidup Bersama

Best Ad in Financial Services & Institutions 

  1. Maybank – #WAHkandar with Maybank QRPay & MAE (category winner – Yusof Hashim “Ucop”, IPG Initiative)
  2. CIMB – You-Sang, We-Sang
  3. RHB Group – Merdeka 2019: Ketepikan Perbezaan Warna

Best Ad in Food & Beverage 

  1. Nestlé Breakfast Cereals Malaysia – The All New Nestlé Koko Krunch Bar (category winner – Zenith Media, Spring Creek, JinnyBoy TV)
  2. Dutch Lady – Edisi Ramadan | Cabaran Puasa Moden
  3. Nestlé Maggi – Pedas Giler – MAGGI® Pedas Giler 2X

Best Ad in Personal Care & Health

  1. Maybelline – #FitMeAsIAm with Maybelline Fit Me! (category winner – IPG Mediabrands, Wavemaker, Yipieyaya Studio)
  2. Aiken Tea Tree Oil – Aiken Facial Cleanser TVC
  3. Darlie – Alami Darlie Charcoal Spiral yang Menakjubkan

Best Ad in Retail & Restaurants

  1. KFC – CNY 2019: 300ft of Separation (category winner – Naga DDB Tribal, Universal McCann, Reprise)
  2. McDonald’s – NEW Portuguese Chicken Burger
  3. Petronas – Deepavali 2019: Thanggam

Best Ad in Technology

  1. Grab – The Sign Language Dictionary: Common Phrases (category winner – The Ming Thing, Benjamin Foo, Nadiah Nazri, Amanda Choo)
  2. Grab – Iklan Hari Malaysia 2019: Grab #MakanMakanMalaysia
  3. Samsung – #iChanged: Samsung DeX

Best Ad in Telecommunications

  1. Celcom – Cucu-cucu Tok Ucu: Filem Pendek Hari Raya (category winner – M&C Saatchi Kuala Lumpur, MediaCom Malaysia)
  2. U Mobile – ব্যাটেল-প্ল্যান | U Mobile র‍্যাপ ব্যাটেল | UNLIMITED FUNZ
  3. Yoodo – I Love Yoodo #iloveyoodo

Ad of the Year

Celcom – Cucu-cucu Tok Ucu: Filem Pendek Hari Raya (overall winner – M&C Saatchi Kuala Lumpur, MediaCom Malaysia)

 

 

 1,886 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

17 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.