Walaupun tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan kurang meriah dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana pendemik wabak COVID-19, namun begitu tidak bermakna kita tidak menyambutnya. Apa yang penting adalah semangat cintakan negara sentiasa tersemat dijiwa. Tahun ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan, saya telah menyertai kempen ZAYANSkip4Frontliner iaitu salah satu aktiviti skipping beramai-ramai selama 63 minit yang dianjurkan oleh radio Zayan. Acara skipping 63 minit bersama Zayan ini adalah diantara lain sebagai simbolik kepada pengorbanan frontliners negara yang telah banyak berbakti kepada masyarakat. Skipping selama 63minit memang sangat memenatkan tetapi ianya masih tidak setanding dengan penat lelah wira negara kita.
Bertempat di FINAS Ampang, acara pertama kali dalam sejarah ini berlangsung dengan meriahnya. Ianya bermula seawal jam 8pagi dengan perasmian perbukaan ZAYANSkip4Frontliners oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, En Ahmad Idham. Seterusnya saya dijemput untuk mengetuai sesi memanaskan badan ataupun warming up sebelum acara skipping selama 63 minit bermula. Acara ini juga turut dimeriahkan oleh penyampai-penyampai radio Zayan seperti Anas Tahir, Mawi, Lin Ariffin dan juga Azhar Hilmi serta beberapa artis dan personaliti sukan tempatan.
307 total views, 1 views today