Author - Mohd Zarin

Festival YouTube Malaysia 2019

Acara tahunan yang dianjurkan oleh YouTube Malaysia sekali lagi diadakan pada tahun ini bagi mengiktiraf penggiat dan penghasil video yang menggunakan YouTube sebagai platform pemasaran dan media komunikasi. Pada tahun 2019 ini juga YouTube Malaysia menganjurkan YouTube Ad Awards yang merupakan sebahagian dari pengisian Festival YouTube Malaysia 2019. Anugerah ini disampaikan kepada agensi pengiklanan yang telah berjaya menghasilkan video-video di YouTube yang memberi impak kepada penonton dan juga mempunyai jumlah tontonan yang banyak.

Diantara pemenang besar malam tersebut adalah Celcom sebagai ‘Ad of The Year’ dengan video ‘Cucu-cucu Tok Ucu : Filem Pendek Hari Raya’ di mana telah memenangi anugerah di dalam kategori Best Ad in Telecommunication. Selain itu, jenama lain seperti Pantene’s, F&N, CIMB dan AirAsia juga turut memenangi bagi kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Festival YouTube Malaysia 2019

Jinnyboy TV merupakan salah satu YouTUbe Channel yang sudah mencecah 1 juta subscribers

Festival YouTube Malaysia 2019

YouTubers “Cody Hong”

YouTube Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk memberi pengiktirafan kepada YouTuber Malaysia yang telah berjaya mencecah langganan melebihi 1 juta di YouTube channel mereka. Di Malaysia, terdapat 3 YouTube Channel yang mula-mula sekali berjaya mencecah 1 Juta subscribers iaitu Les’ Copaque Production, Astro Gempak dan CartoonHooligans. Ketiga-tiga YouTube Channel ini merupakan juara YouTuber di Malaysia kerana menjadi yang terawal sekali berjaya memecahkan rekod langganan 1 Juta di YouTube Channel masing-masing. Namun pada tahun 2019, langganan YouTube Channel bagi ketiga-tiganya telah meningkat dan didominasi oleh Les’ Copaque YouTube Channel dengan 7.3 Juta subscribers (ketika artikel ini ditulis). Tahniah! Read More

501 total views, 1 views today

Halloween di Night of Fright 7 Sunway Lagoon

Kalau masa Halloween memang tak sah kalau kita dah nampak macam promosi berkaitan dengan tema seram dan berkaitan dengan Halloween. Perasan seram dan takut tu rasa macam satu trend yang semua orang ingin alami ketika musim ni. Saya juga akhirnya terjebak dan mengalami sendiri perasaan seram ketika Halloween yang lalu di Night of Fright Sunway Lagoon. Sebenarnya Night Of Fright ni adalah edisi ke 7 dan setiap tahun saya lihat banyak good review berkaitan dengan event ni. Dari set seramnya sehinggalah kepada cosplayer di Night Of Fright ini semuanya dikatakan menyeramkan. Seram ke tidak? Teruskan membaca review saya menyeramkan diri di NIGHT OF FRIGHT 7.

Acara NOF7 ini diadakan setiap hujung minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad dan pintu masuk mula dibuka pada jam 7.30pm sehingga 11.30pm. Ini bermakna persembahan Halloweennya adalah waktu malam sahaja dan tiada persembahan pada waktu siang. Kalau siang tak takut pulak dah kan?

Night of Fright 7

Entrance di Sunway Lagoon

Terdapat 8 jenis rumah hantu serta pelbagai jenis rides dan beberapa persembahan pentas yang boleh ditonton dan dimasuk bila-bila masa sahaja ketika berada di Night Of Fright. Yang paling mengujakan adalah semua petugas ataupun cosplayer disekitar kawasan sangat-sangat into the character.  Kebanyakkan dari mereka dipakaikan dengan kostum hantu yang cantik dan dimekap dengan sangat teliti dan believable. Perwatakan mereka juga sangat kena dan bersesuaian dengan watak hantu yang dibawakan. Mereka sangat displin dan menjaga perwatakan mereka walaupun ramai yang ingin bergambar bersama. Walaupun rupanya mereka agak menakutkan, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memegang dan bercakap dengan pengunjung. Jadi tak perlulah terlalu takut.

Night of Fright 7

Persembahan pentas

Night of Fright 7

Diantara hantu yang menyeramkan di Night of Fright 7

Night of Fright 7

Hantu paling comel

Read More

468 total views, no views today

Hari Malaysia Keretapi Sarong 2019

Tidak pernah saya merasakan kemeriahan dan semangat patriotik yang begitu tinggi ketika meraikan sambutan Hari Malaysia seperti ini. Walaupun pertama kali saya menyertai acara Keretapi Sarong, tetapi aura acara ini membuatkan saya jatuh cinta sekali lagi dengan Malaysia. Saya yang tiba di station LRT Subang Jaya seawal jam 9pagi, terus bersemangat memakai tanjak dan kain pelikat apabila melihat suasana di station tersebut umpama ingin menyambut hari raya. Kebanyakkan yang datang ketika itu memakai pakaian berkonsepkan “Sarong” seperti baju kebaya, songket dan macam-macam lagi sekali gus memberikan suasana yang meriah dan berwarna-warni. Bukan sahaja remaja, malahan keluarga bersama anak-anak dan orang tua juga turut bersemangat berpakaian “sarong” hadir menyertai Keretapi Sarong.

Keretapi Sarong 2019

Syida memakai baju kebaya dan kain batik

Keretapi Sarong 2019

Saya sempat bergambar bersama beberapa peserta Keretapi Sarong 2019

Begitulah semangatnya rakyat Malaysia menyertai sambutan Hari Malaysia tahun ini dengan penglibatan dalam acara Keretapi Sarong. Acara ini sebenarnya adalah percuma namun menggalakkan semua peserta agar memakai pakaian ‘sarong’ dan menaiki LRT untuk menuju ke lokasi rahsia. Yang uniknya, lokasi tersebut tidak diumumkan lebih awal tetapi hanya dimaklumkan ketika semua peserta berada di station. Lokasinya adalah di Dataran Merdeka. Read More

377 total views, no views today

5 Idea Resepi Sihat untuk Breakfast

Percaya atau tidak, sarapan pagi ataupun breakfast adalah menu paling penting untuk mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal. Sekiranya kita skip breakfast, kita bukan sahaja akan gagal untuk menurunkan berat badan malahan nafsu makan kita akan lebih bertambah ketika waktu makan tengahari dan menyebabkan kita makan lebih banyak. Selain itu juga, sarapan pagi dapat memberikan kita tenaga yang diperlukan bagi memulakan pekerjaan harian serta meransang otak untuk lebih cergas di waktu pagi.

Tapi ramai yang mengambil mudah sarapan pagi dengan makan menu sarapan yang tidak sihat dan boleh menggemukkan. Mengambil kuih-muih ketika sarapan pagi walaupun nampak remeh, tetapi ianya mengandungi lebih tinggi kalori dan tidak mengenyangkan. Kali ini saya nak kongsikan 5 idea resepi sihat yang saya sendiri amalkan ketika sarapan pagi. Kesemua menu resepi ini amat mudah disediakan dan mengandungi nutrisi yang baik untuk sarapan pagi

1. Roti gandum bersama Pisang dan Granola

Untuk menu ini boleh gunakan apa sahaja jenis roti gandum. Di dalam contoh ini saya menggunakan Roti Wholegrain (Warna Purple) kerana ianya rendah GI. Saya menggunakan peanut butter dan pisang kerana peanut butter mempunyai protein dan juga pisang mempunyai potasium yang memberikan tenaga.

Bahan-bahan
……………….
2 keping roti gandum
1 biji pisang
1 sudu kecil healthy peanut butter
2 sudu granola

Cara Penyediaan
……………….
Sapu peanut butter disebelah bahagian roti sahaja. Letakkan dan susunkan pisang yang telah dipotong serong ke atas kepingan roti tersebut. Taburkan sedikit granola ataupun chia seed. Read More

1,330 total views, 3 views today

Pembukaan Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Pada 17 Ogos yang lalu pihak Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City ataupun Stadium Nasional Bukit Jalil telahpun membuka trek larian secara percuma kepada orang ramai. Menurut respon dari admin pihak Stadium Nasional di laman sosial Instagram @stadiummalaysia_official, trek larian ni dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 7pagi hingga 10pagi, berbeza dengan langkah pihak Stadium sebelum ini yang hanya membuka pada tempoh-tempoh tertentu sahaja. Namun begitu, trek larian ini tidak akan dibuka sekiranya terdapat sebarang acara yang melibatkan penggunaan stadium.

Walaupun saya pernah berlari di trek larian Stadium Nasional Bukit Jalil ini namun bila dah diberi peluang percuma seperti ini, saya rasa excited dan ingin berlari sekali lagi di sini. Seperti yang kita semua tahu, trek larian dan Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan salah satu stadium bertaraf antarabangsa yang kita sebagai rakyat Malaysia patut banggakan. Stadium Nasional Bukit Jalil telah dinaik taraf sempena Sukan Sea ke-29 pada tahun 2017 dan pemandangan di dalam stadium ini sungguh memukau.

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Penggunaan percuma trek larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil

Parking di kawasan luar dan masuk ke larian melalui pintu ini

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Berpeluang berlari di trek larian di Stadium Nasional Bukit Jalil saya rasa diantara wish list yang semua rakyat Malaysia harus tunaikan. Bila menjejakkan kaki saja di dalam stadium perasaan seolah-olah menjadi atlet Negara tiba-tiba terasa. Kalau biasanya kita dapat menonton perlawanan bola ataupun temasya sukan dari pemandangan kerusi penonton, tapi kali ini kita pula yang berdiri di ruangan atlet dan ahli sukan. Perasaannya sungguh tak dapat nak digambarkan lebih-lebih lagi dengan pemandangan sekeliling stadium yang tersergam indah seolah-olah mendengar sorakan. Cukup dramatikkan?

Terdapat 9 lane di trek larian di sini dan sama seperti trek larian yang lain, satu pusingan trek larian adalah sejauh 400m Read More

1,542 total views, no views today

Pengalaman Berlari dalam Kostum Harimau

Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir untuk berlari dengan memakai kostum tetapi mungkin disebabkan event larian yang saya sertai kali ni membuatkan saya bersemangat untuk mencuba sesuatu yang lain. Event yang saya sertai adalah, Malayan Tiger Run 2019 yang merupakan larian fun run 5KM yang dianjurkan sempena Global Tiger Day 2019. Event ni bukanlah pertandingan berlari di dalam kostum tercantik ataupun sebagainya tetapi saya sendiri yang terasa ingin mencabar diri sendiri dengan memakai kostum. Jadi bersesuaian dengan temanya iaitu Harimau, saya pun mencari pakaian kostum Harimau beberapa hari sebelum acara bermula.

Sebenarnya, banyak pilihan kostum ataupun onesie haiwan yang ada dijual di online. Cari saja pasti jumpa macam-macam rupa dan harga di dalam lingkungan RM30-RM100. Tetapi kebanyakkanya mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10 hari untuk proses penghantaran kerana ianya dihantar dari luar negara. Jadi saya pun terfikir untuk mencari di UpTown Shah Alam saja.

Berlari dalam Kostum Harimau

Onesie Harimau RM35 di UpTown Shah Alam

Nasib saya baik, kerana ada satu kedai sahaja yang menjual onesie haiwan di sini dan ada satu sahaja onesie Harimau. Harganya pula hanyalah RM35 sahaja dan ianya kelihatan cantik dan warnanya sangat terang seakan-akan warna harimau Maybank. Okay, tanpa berfikir panjang lepas saya cuba pakai saya pun terus beli.

Malayan Tiger Run 2019

Acara Malayan Tiger Run 2019 diadakan di IOI City Mall dan saya dimaklumkan lebih 4,000 peserta menyertai larian ini. Saya betul-betul tak sangka ramai juga yang sertai walaupun sebenarnya pada hari yang sama terdapat beberapa acara larian yang lain. Setibanya saya sekitar jam 6.45am saya masih malu-malu dan kurang yakin lagi memakai kostum harimau ni. Cubalah bayangkan saya seorang je yang pakai onesie harimau macam ni.  Tu pun pada awal-awal pagi tu ada peserta yang tanya saya di mana nak ambil race kit sebab ingatkan saya maskot official Maybank. (Saya pun terfikir kenapa nak ambil race kit pagi-pagi macam tu?)

Tapi lama kelamaan tu saya tak kisah sangat walaupun ramai orang asyik perhatikan saya saja. Dah la kostum saya ni nampak muka. Saya terfikir ada ke orang yang kenal saya ni?

Berlari dalam Kostum Harimau

Pagi-pagi masa mula-mula pakai kostum harimau

Berlari dalam Kostum Harimau

Selfie di garisan permulaan

Berlari dalam Kostum Harimau

Selfie lagi dengan pelari lain

Read More

1,032 total views, no views today

Mala Hot Chicken di BBQ Chicken

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama rasanya saya tak buat food review di blog saya ni sejak saya berubah dari mengamalkan pemakanan sihat. Tapi takpelah, sekali sekala teringin juga saya buat food review tentang makanan yang sedap-sedap. Kali ni saya nak cuba makan dan rasai sendiri kesedapan ayam goreng di restoran Korea yang terkenal dengan resepi ayam ala Koreanya, iaitu BBQ Chicken.

Cawangan restoran BBQ Chicken yang saya pergi kali ini juga agak istimewa kerana ianya yang pertama di Malaysia yang menggunakan konsep fast food dan berbeza dengan restoran BBQ Cawangan lain yang menggunakan konsep dine in. Cawangan BBQ Chicken yang saya pergi ini terletak di iCity Central Shah Alam. Bila masuk je di dalam BBQ Chicken ni memang rupa dan suasana di dalamnya berbeza.

BBQ Mala Hot Chicken

BBQ Chicken di iCity Central Shah Alam

BBQ Mala Hot Chicken

Diantara menu di BBQ Chicken

BBQ Mala Hot Chicken

Kaunter order

Menggunakan konsep membuat pesanan di kaunter dan menunggu giliran merupakan salah satu konsep fast food yang kita semua dah biasa. Selain itu juga, makanannya lebih cepat sampai dan boleh segera dinikmati sebaik sahaja disediakan. Saya sendiri sebenarnya pertama kali makan di restoran BBQ Chicken ni dan excited sangat nak tau macam mana agaknya rasa ayam kat sini. Sama seperti restoran fast food yang lain, di BBQ Chicken ini pilihan menunya terdiri dari pelbagai jenis set dan kesemua set pilihan ini disertakan dengan pilihan side dish serta air minuman berkarbonat. Read More

646 total views, no views today

Best KLIA Express Ticket Promo

Dah lama juga rasanya saya tak bercuti dan melancong. Maklumlah nak bercuti ni kena plan betul-betul kewangan dan rancang cuti yang ada. Lagi bagus kalau ada promo tiket murah masa nak pergi bercuti tu. Nak bercuti ni memang seronok tapi kena plan betul-betul supaya lepas balik bercuti nanti takde lah kena ikat perut pulak nanti. Ada macam-macam cara nak berjimat dari nak book hotel sehinggalah nak dapatkan tiket dengan harga yang murah dan berbaloi. Caranya senang saja dan kali ni saya nak kongsikan cara nak dapatkan best KLIA express ticket promo 

Ramai yang pasti dah tau apa tu Traveloka kan? Pastikan korang semua download apps Traveloka ni tau. Sebab dengan apps ni kita boleh book hotel ataupun flight ticket melalui apps Traveloka dan kita boleh dapatkan get klia ekspres promotions online dengan senang dan cepat. Apps Traveloka ni ada untuk versi Apple dan Android dan boleh download secara percuma je. Lepas download, kita perlu buka aplikasi Traveloka dan cari book KLIA Transport. Dari situ bolehlah pilih lokasi kita dan kemudian pilih destinasi ke KLIA. Selepas tu harga akan dipaparkan dan kita boleh membuat pembayaran melalui debit card ataupun kredit card. Voucher tiket akan dihantar ke emel kita dan dengan voucher tu nantilah kita akan gunakan untuk menaiki tren. Senang betul sebab sekarang ni semuanya elektronik dan paperless. Tak perlu nak teksi ataupun grab bagi mengelakkan jam dan cepat sampai.

Selain ke KLIA, kita juga boleh ke KLIA2. Bergantung kepada penerbangan yang kita dah book tu. Ohya, bercakap pasal booking. Voucher tiket melalui apps Traveloka ni tak boleh dijual balik, jadi kena pastikan masa nak book tu kena semak betul-betul.

Sabah adalah satu tempat yang best dalam Malaysia kalau korang nak pergi bercuti especially Kota Kinabalu. Tercari lokasi best untuk chill di waktu malam semasa di Kota Kinabalu? Korang sekeluarga boleh melawat Perdana Park. Sekiranya korang ke taman ini bermula dari pukul 7 malam, korang bakal dikejutkan dengan pemandangan yang cukup mencuri hati iaitu pancuran air yang penuh warna-warni sambil diiringi dengan irama lagu. Persembahan percuma ini berlangsung selama 15 minit sebelum diulangi semula setiap 30 minit kemudian sehingga pukul 9 malam. Selain menikmati keindahan pancuran air, korang juga boleh menjadikan Perdana Park sebagai tempat untuk berjogging. Bila perut berbunyi, korang boleh bergerak menuju ke Pantai Tanjung Aru yang tidak jauh dari sini untuk menjamu selera. Read More

1,228 total views, no views today

Half Marathon di NPE Run 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini adalah kali ke 2 saya menyertai larian di NPE Run dan merupakan Half Marathon saya yang ke 7. NPE Run merupakan sebahagian dari acara IJM-Allianz Duo Highway Challenge dan merupakan salah satu acara larian terbesar dan terhebat di Malaysia dengan penyertaan melebihi 9,000 pada tahun ini. Saya sendiri sangat excited untuk join larian kali ini walaupun saya dimaklumkan route 21KM pada tahun ini merupakan route yang sama dengan tahun lepas. Pada tahun lepas catatan masa bagi Half Marathon saya di NPE Run 2018 adalah lebih kurang 3 jam 5 minit yang mana ketika itu saya masih baru dan mula berjinak-jinak berlari sejauh 21KM.

Namun begitu untuk NPE Run 2019 ini saya tidak berhajat untuk memperbaiki masa larian tetapi lebih kepada berlari secara konsisten dan fokus kepada LSD (Long Short Distance). Lagipun tahun ni saya memang betul-betul nak menikmati suasana pagi di highway tanpa rasa tekanan. Ayuh! Mari kita mulakan!

NPE Run 2019

Suasana ketika flagoff

NPE Run 2019

Berlari melalui tol secara percuma

NPE Run 2019

Terdapat 2 kategori untuk NPE Run 2019 iaitu 21KM dan 10KM. Saya yang menyertai larian sejauh 21KM, dilepaskan pada jam 5.30pagi bersama peserta-peserta yang lain. Saya masih ingat semangat dan sorakkan pelari-pelari ketika di Flag Off. Masing-masing begitu semangat untuk memulakan larian dan teruja untuk memulakan larian. Pelari beragama Islam seperti saya sudah pastilah memulakan larian sambil merancang di manakah lokasi dan jarak yang sesuai untuk menunaikan solat subuh. Saya sudah meletakkan sasaran untuk solat subuh sekitar jam 6.00pagi-6.15pagi ataupun sekitar 9-10KM. Ini adalah kerana saya tak nak terlalu awal dan terlalu lambat supaya mengelakkan momentum semangat larian.

Alhamdulillah, ruang solat yang selesa disediakan di KM8 dengan bas bergerak untuk mengambil wuduk. Peserta wanita boleh solat di dalam bas, manakala peserta lelaki solat di luar bas. Terdapat juga pelari yang berlari membawa anak mereka di dalam stroller. Saya rasa larian pada 10KM pertama begitu tenang meskipun cuaca agak sedikit panas pada pagi itu. Read More

2,022 total views, no views today

Senaman Jump Rope Mengubah Hidup Saya

Sesiapa saja mempunyai keinginan untuk kurus dan ingin mempunyai berat badan yang ideal. Sudah tentu saya sendiri pun inginkan macam tu. Dulu sewaktu peringkat awal saya ingin turunkan berat badan, saya tercari-cari senaman yang mudah dilakukan tetapi boleh membuatkan saya kurus. Saya tahu untuk kurus, kita harus bersenam dan salah satu sukan yang wajib dibuat adalah senaman berbentuk kardio. Mindset saya dan kebanyakkan orang adalah sudah tentu kena banyak berlari.

Dengan berat badan sekitar 105KG ketika itu, saya memang tak suka berlari. Yela, dah la badan berat, nak kena lari bawa beban lebih pulak. Lari sekejap tak sampai 1KM pun dah penat. Bila saya buat kajian online dan bertanya dengan ramai orang, rupa-rupanya senaman kardio lain yang mampu membakar lemak adalah senaman skipping ataupun “jump rope”. Jadi saya pun terus nekad untuk mulakan dengan skipping.

Read More

3,362 total views, no views today