Author - Mohd Zarin

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Marathon Baker adalah salah sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan makanan kesihatan dan tenaga khususnya buat mereka yang menitik beratkan pemakanan yang sihat, macam saya. Saya sendiri dah mengamalkan produk Marathon Baker hampir 2 tahun untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk persediaan dalam acara larian ataupun sebagai makanan tambahan harian. Marathon Baker mempunyai pelbagai jenis produk makanan yang khusus untuk memberi tenaga seperti energy ball, energy bar, granola cereal dan banyak lagi. Kali ini saya nak kongsikan tentang perasa terbaru granola cereal oleh Marathon Baker iaitu Marathon Baker Protein Granola Cereal.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Sebelum ini sebenarnya Marathon Baker dah pernah mengeluarkan beberapa perasa Granola Cereal yang lain seperti perasa Apple Chewy dan Coffee Crunchy tetapi kali ini mereka memperkenalkan 4 perasa baharu yang memfokuskan kepada perasa Protein iaitu perasa Goji Berry, Choc Chip, Onde-Onde dan juga Original. Menarikkan nama-nama perasa baru ni? Hairan juga macam mana mereka dapat idea mengeluarkan perasa baru yang unik ini lebih-lebih lagi “Onde-Onde”.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Senarai perasa baharu Marathon Baker Protein Granola Cereal

Read More

 1,314 total views

Shopping Raya di PG Mall

Walaupun kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lebih banyak masa diluangkan di rumah, tetapi raya still kena raya. Walaupun kerajaan dah longgarkan sedikit dan membenarkan kita pergi ke shopping mall dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi perasaan risau tu masih ada. Yela, dah tentu ramai orang di shopping mall nanti dan macam-macam pula kemungkinan yang boleh berlaku. Jadi kali ni saya nak shopping raya di PG Mall. Kalau nak tahu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrincesight, PG Mall ini merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace yang paling banyak dikunjungi di Malaysia.

PG Mall ini sebenarnya adalah satu-satunya platform e-commerce tempatan. Macam-macam barangan dijual di platform PG Mall ni dari barangan keperluan harian, barangan dapur, smartphone sehinggalah kepada pakaian harian raya. Senarai barangan yang dijual di sini adalah endless dan terlalu banyak. PG Mall boleh diakses melalui laman web http://pgmall.my ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Read More

 2,724 total views

8 Tip Kurus Sebelum Raya

Kebiasaannya pada bulan puasa kita berharap untuk kurus dan mengurangkan berat badan. Kalau tak dapat turun banyak, dapat turun sikit pun jadilah kan? Asalkan dapat bergaya dengan baju raya di pagi Syawal nanti. Itulah azam yang biasanya kita simpan sebelum masuk setiap kali bulan Ramadhan. Tetapi ianya tak semudah seperti disangka kerana pada bulan Ramadhan pada kebiasaannya kita akan makan lebih banyak dan akhirnya gagal untuk kurus. Kali ini saya nak kongsi 8 tip kurus sebelum raya yang boleh diamalkan oleh semua orang.

Tip Kurus Sebelum Raya

Sebelah kiri adalah gambar saya ketika berat mencecah 100KG

Tetapi sebelum itu kita harus faham yang berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah salah satu kewajiban kita sebagai umat Islam. Jadi kalau dapat kuruskan badan merupakan salah satu bonus kerana yang lebih penting adalah amalan kita ketika bulan Ramadhan.

Berikut adalah 8 tip kurus sebelum Raya

1. Sahur dengan makanan yang tinggi serat

Sahur juga adalah sama penting seperti breakfast. Apa makanan yang kita ambil akan menentukan mood dan kualiti tenaga kita pada hari tersebut. Sahurlah dengan 2-3 biji kurma dan kemudian makan makanan yang tinggi serat. Makanan yang tinggi serat akan membolehkan kita lebih kenyang dan lambat lapar. Ini adalah kerana makanan tinggi serat diproses lebih lambat berbanding makanan biasa. Makanan tinggi serat adalah seperti oats, beras perang, pisang, lobak merah, broccoli dan macam-macam lagi. Read More

 2,964 total views

Review Abstrax Max Vamos

Saya rasa semua follower saya di media sosial sudah tahu mengenai jenama lokal kegemaran saya iaitu ABSTRAX MAX. Saya selalu memakai pakaian keluaran Abstrax Max ini ketika melalukan aktiviti senaman termasuklah ketika sedang ber jump rope. Pada 2 tahun yang lepas saya pernah membuat review terperinci salah satu design Abstrax Max ketika itu iaitu NEVER AFRAID. Kali ini pula saya akan review design baharu yang diberi nama Abstrax Max Vamos. Mari kita mulakan!

Menurut info dari Abstrax Max, perkataan Vamos itu sebenarnya berasal dari perkataan Spain yang bermaksud “Come On”. Ianya seolah-olah kata semangat yang diberikan dan motivasi supaya terus berusaha dan tidak putus asa ketika melakukan apa juga aktiviti kecergasan. Selain itu juga, terdapat satu lagi kata-kata semangat ataupun qoute yang ditulis di design ini iaitu “Whatever It Takes”.  Kata-kata “whatever it takes” ini adalah kata-kata semangat dari saya sendiri yang saya inspirasikan ketika design ini dibuat. Terima kasih kepada Abstrax Max yang menerima cadangan qoute saya.

 Abstrax Max Vamos

Warna hitam dan jingganya jadi kombinasi warna yang menarik

Untuk koleksi Abstrax Max Vamos ini ianya terdiri daripada Jacket WindBraker, Short Pants, Track Pants (tiada dalam gambar) dan juga Jersey. Kesemua design Vamos menggunakan elemen berwarna hitam dan oren serta terdapat elemen simbol petir. Dari segi warnanya, ianya kelihatan sungguh kontra dan warna orennya sungguh cerah dan naik. Saya suka betul dengan kombinasi warna ini kerana sebenarnya saya juga adalah peminat warna oren.

 Abstrax Max Vamos

Elemen simbol petir timbulkan rasa semangat

Read More

 1,940 total views

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Aktiviti Yang Dilarang

Setelah lebih 45 hari rakyat  Malaysia duduk di rumah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 lalu, akhirnya Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilihat memberi sedikit kelonggaran kepada aktiviti dan pergerakan untuk menjalankan aktiviti harian. PKPB ini bertujuan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat yang telah terjejas teruk sehingga mengakibatkan ribuan orang hilang pekerjaan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bermula pada 4 Mei 2020 yang dilihat membenarkan kebanyakkan sektor ekonomi dibuka dan aktiviti harian dilakukan kecuali beberapa 23 sektor dan harus mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

9 SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

  1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;
  2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
    menggunakan hand sanitiser;
  3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);
  4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;
  5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;
  6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;
  8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan
  9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

Read More

 3,003 total views

Berbuka Puasa dengan Grab e-Kitchen Bazar

Ketika berpuasa di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti kita masing-masing teringin menikmati juadah berbuka puasa seperti yang kita sering dapatkan di bazar Ramadan sebelum ini. Namun begitu, disebabkan larangan pembukaan bazar Ramadan untuk membendung rantaian wabak COVID-19, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan kegemaran.

Pada tahun ini e-Bazaar diwujudkan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan pelbagai juadah-juadah iftar dari keselesaan kediaman rumah kita sendiri. GRAB Food misalnya telah bekerjasama dengan MBI Selangor dan Hijrah Selangor bagi perkhidmatan Grab e-Kitchen Bazar yang menawarkan pelbagai juadah Ramadan kegemaran dari restoran dan juga peniaga-peniaga kecil dan tradisional.

Grab e-Kitchen Bazar

Diantara menu-menu makanan yang boleh dibeli melalui segment Grab e-Kitchen Bazar adalah seperti murtabak, popiah sambal, ayam percik, nasi kerabu dan banyak lagi. Senarai makanan yang ditawarkan adalah bergantung kepada lokasi berhampiran dengan rumah anda. Perkhidmatan ini merangkumi 10 lokasi di Selangor seperti Read More

 1,653 total views

Cara Bayar Zakat Fitrah 2020

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua. Dikala kita semua sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai umat Islam kita harus menunaikan tanggung jawab membayar zakat fitrah. Sekiranya pada kebiasaannya kita akan pergi ke masjid, pejabat agama ataupun di shopping mall untuk berurusan dengan amil yang telah dilantik untuk membakar zakat fitrah tetapi nampaknya tahun ini sudah berbeza sama sekali.

Cara Bayar Zakat Fitrah 2020

Zakat fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadhan merupakan kewajiban fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Membayar zakat fitrah hukumnya wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya termasuk golongan tua, muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak. Ianya wajib ditunaikan pada awal Ramadhan sehingga selewat-lewatnya pada Hari Raya 1 Syawal. Read More

 2,183 total views

Peanut Butter by Farah keluarkan 2 Perisa Baharu Peanut Butter Sihat

Salah satu menu makanan sihat yang saya akan pastikan ada di rumah adalah Peanut Butter. Sebenarnya Peanut Butter sangat bagus dan baik untuk penurunan berat badan kerana ianya mengandungi sumber protein yang tinggi dan mempunyai lemak baik sebagai pengambilan makanan harian. Peanut Butter juga mampu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama kerana ianya tinggi dengan sumber fiber.

Pasaraya

Jenis-jenis Peanut Butter di pasaran

Walau bagaimanapun, Peanut Butter yang dijual dipasaraya pula kebanyakkannya tidak sihat dan boleh menggemukkan. Ini adalah kerana kandungan peanut butter yang dijual hanyalah sekitar 40-50% dan selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti gula dan bahan pengawet. Bahan-bahan ini ditambah ke dalam ramuan Peanut Butter untuk memberi rasa sedap dan manis serta membolehkan ianya disimpan lebih lama. Namun begitu, ianya akan kurang memberi khasiat kepada tubuh badan kita lebih-lebih lagi sekiranya diambil secara berlebihan.

Apa itu Peanut Butter Sihat?

Manakala Peanut Butter versi sihat pula mempunyai lebih banyak kandungan kacang sehingga lebih dari 70-80% dan selebihnya adalah kandungan semula jadi seperti coklat, madu, garam himalaya dan sebagainya. Berbeza dengan Peanut Butter sihat, ianya akan memberi kita rasa lebih kepada rasa kacang kerana lebih banyak kacang digunakan. Diantara jenis-jenis kacang yang digunakan adalah kacang cashew, almond dan hazelnuts. Read More

 2,061 total views