Author - Mohd Zarin

Video Perintah Kawalan Pergerakan Upin & Ipin COVID-19

Semasa satu dunia dilanda wabak virus Corona COVID-19, pelbagai jenis video dikeluarkan bagi memberi maklumat kepada orang awam tentang bahayanya COVID-19 serta langkah-langkah pencegahan yang harus diambil. Ini adalah kerana virus COVID-19 adalah sejenis virus baru yang masih belum mempunyai vaksin khusus menentangnya. Virus COVID-19 ini pula merebak dengan sangat cepat dan boleh menyebabkan kematian.

Sehubungan dengan itu, maklumat yang betul harus disampaikan kepada masyarakat supaya semua orang bersedia menghadapi virus ini dan tidak panik. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di rumah dan menghadkan pergerakan luar rumah bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID-19. Ini adalah sesuatu yang baru dan kita semua tak pernah alami sebelum ini. Namun begitu, masih ramai yang mengendahkan perintah kerajaan untuk duduk di rumah dan menganggap ianya tidak penting.

Upin & Ipin COVID-19

Kak Ros sedang menonton TV

Upin & Ipin COVID-19

Upin dan Ipin ingin keluar rumah

Read More

 1,893 total views

Domino’s Pizza Durian Lava Cake

Sebagai peminat dan “Hantu Durian” saya sememangnya sentiasa ingin mencuba apa saja menu yang berasaskan durian. Tak kisahlah, kek durian ke, aiskrim durian ke apa tah lagi durian sebenar. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang susah nak cari durian. Tapi bila saya dengar Domino Pizza mengeluarkan Lava Cake terbaharu iaitu berperisa Durian, saya terus teringin nak mencuba.

Saya pernah makan Domino Pizza Lava Cake sebelum ini yang berperisa chocolate, tetapi Domino Pizza Durian Lava Cake ni sememangnya sangat nampak menggiurkan. Berdasarkan dari promosi oleh pihak Domino, isi lava cake ini dibuat menggunakan isi durian sebenar D24. Saya macam tak percaya sebab Durian D24 memang sedap! Jadi mari kita cuba sendiri.

Domino Pizza Durian Lava Cake

Durian Lava Cake, baharu di Domino

Read More

 1,908 total views

Nasi Paka Udang Selambak Sambal Pedas Terangkat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ketika musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini selain kita menyediakan makanan sendiri di rumah, kadang kala kita teringin juga nak bungkus makanan di luar. Sekali sekala nak tukar selera dan inginkan sesuatu yang pedas dan “terangkat”. Istimewa buat orang Shah Alam, kali ni saya cuba order Nasi Paka yang katanya sambal pada Nasi Paka ni pedas dan mengancam. Saya sendiri memang pernah makan Nasi Paka ni dulu, tapi dah lama sangat tak makan dan teringin sangat nak makan lagi lebih-lebih lagi time duduk rumah ketika PKP ni.

Restoran Nasi Paka ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan menu set Nasi Paka ni sebenarnya ada macam-macam. Ada set ayam, ikan keli dan juga udang. Semua set ni didatangkan dengan nasi putih, set lauk pilihan, sayur dan juga dilengkapkan dengan sambal Nasi Paka yang terangkat. Untuk kali ini, saya order set Nasi Paka Combo Udang Double yang berharga RM20. Jom kita layan Nasi Paka dulu.

Nasi Paka Udang Selambak

Inilah dia rupa Nasi Paka Udang Selambak

Read More

 1,969 total views

Essenso Microground Black Coffee

Setiap pagi memang tak sah kalau kita tak dapat menikmati aroma kopi kegemaran. Bagi peminat kopi macam saya, setiap pagi sebelum melakukan sebarang aktiviti saya kena minum kopi dulu, barulah bersemangat dan rajin untuk buat kerja. Kopi ni sebenarnya selain dapat memberikan tenaga pada badan kita, kopi juga ada banyak khasiat. Diantaranya adalah dapat mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan yang paling special sekali adalah dapat membantu mengurangkan berat badan. Kali ni saya nak berkongsi mengenai kopi kegemaran saya iaitu Essenso Microground Black Coffee.

Kopi ni pilihan saya sejak beberapa bulan yang lalu. Kalau dulu saya gemar menikmati kopi di kafe-kafe mahal kerana saya beranggap kopi di kafe-kafe ini lebih sedap. Tetapi setelah saya mencuba kopi Essenso Microground Black Coffee ini, saya terus jatuh cinta. Tak sangka rasanya begitu power sehinggakan saya rasa, ianya dapat menandingi kopi-kopi yang lebih mahal.

Essenso Microground Black Coffee

Kopi adalah minuman wajib setiap pagi

Essenso Microground Black Coffee

Setiap kotak kopi Essenso ini mengandungi 20 paket kecil yang mengandungi biji kopi yang telah dikisar halus dan boleh terus diminum bersama air panas. Bagi kotak berlabel biru ini, ianya adalah Black Coffee Columbian Blend dan terdapat satu lagi label berwarna merah iaitu untuk Mandheling Blend. Setiap paket kecil ini mengandungi 20g serbuk kopi dan jumlah kalorinya adalah 7cal sahaja. Sebab itulah saya cakap, ianya boleh membantu kita untuk mengurangkan berat badan sebab kalorinya yang rendah selain dapat meningkatkan kadar metabolisme badan. Read More

 9,116 total views

Senarai e-Bazaar Ramadhan 2020

Nampaknya pada tahun 2020 ini kita semua umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan dalam keadaan menghadapi wabak COVID-19. Ketika bulan Ramadhan tahun ini kita juga berkemungkinan besar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga harus mengekalkan jarak sosial yang selamat. Mau atau tidak, kita semua sudah harus bersedia dengan apa halangan dan dugaan yang ada bagi menjalani ibadah puasa tahun ini.

Tak lengkap rasanya berpuasa sekiranya tidak membeli juadah kegemaran di Bazaar Ramadhan seperti apam balik, satay, nasi ayam, kuih akok dan macam-macam lagi. Melangkah setapak ke hadapan, beberapa kerajaan Negeri, syarikat e-hailing dan persatuan-persatuan peniaga telah mewujudkan inisiatif baru iaitu e-Bazaar Ramadhan bagi mengatasi masalah ini. Ini juga adalah bertujuan bagi membantu peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan bagi membuka peluang mereka mencari rezeki ketika waktu itu.

Berikut adalah beberapa e-Bazaar Ramadhan yang telah diwujudkan bagi persediaan langkah awal. Peniaga-peniaga yang berminat juga boleh mendaftar melalui pautan berikut bagi proses pendaftaran dan sebagainya.

1.Grab e-Bazar Ramadan

senarai e-Bazaar Ramadhan

Grab membawakan menu berbuka puasa tahun ini melalui e-Bazar Ramadan

Buat masa ini Grab telah bekerjasama bersama Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan dalam mewujudkan Grab e-Bazar Ramadan. Sama seperti konsep tempahan makanan Grab sebelum ini, semua makanan akan boleh ditempah melalui aplikasi Grab dan semua pembayaran dilakukan secara cashless Read More

 5,514 total views

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Ketika Malaysia sedang dalam usaha mengawal dan memutuskan rantaian wabak COVID-19, kita semua rakyat Malaysia harus akur dan duduk di rumah di bawah arahan kerajaan untuk Movement Control Order (MCO) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh ini, semua orang tidak dibenarkan melakukan aktiviti di luar rumah termasuklah aktiviti berbentuk senaman ataupun beriadah. Oleh itu, pastinya “kaki lari” dan yang gemarkan melakukan aktiviti kecergasan sudah tak boleh duduk diam di rumah.

Kalau tak lakukan senaman di rumah, kita akan asyik makan dan tidur saja. Sungguh tak produktif hidup kita. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu Fitness Challenge yang dianjurkan oleh Sofea Run yang korang semua boleh lakukan di rumah bagi mencabar diri sendiri dan seterusnya mengekalkan hidup sihat.

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Jom sertai Sofea Run MCO Fitness Challenge

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Ini adalah challenge berbentuk calories burned. Kita harus membakar kalori setiap hari bermula dari 10 April sehingga 23 April 2020 iaitu selama 14 hari tanpa gagal. Setiap hari terdapat minimum kalori yang harus dibakar dan disasarkan.  Bermula pada 10 April dengan 50 calories sahaja yang harus dibakar dan diteruskan setiap hari dengan kenaikan jumlah kalori harian sehinggalah pada hari ke 14 iaitu dengan jumlah 500 calories. Nampak macam mencabarkan? Read More

 1,364 total views

Review Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Sebaik saja topeng muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga diumumkan untuk pre-order, saya terus membuat tempahan online kerana takut kehabisan stok. Memang betul jangkaan saya kerana ianya laku seperti goreng pisang panas sehingga dicetak kali ke-2 dan masih juga kehabisan stok. Di saat artikel ini ditulis, Abstrax tidak lagi mengeluarkan dan menjual topeng muka KN95 ini di atas faktor-faktor tertentu. Ini bermakna, topeng muka KN95 Abstrax yang terdapat pada tangan saya ini adalah versi limited edition dan mungkin tak ramai yang memilikinya.

Sebenarnya semasa saya membuat tempahan online topeng muka KN95 ini, terdapat beberapa perbalahan di media sosial mengenai fungsi dan objektif pengeluaran topeng muka ini. Dari sudut peminat “kipas susah mati” Abstrax, pengeluaran topeng muka KN95 edisi khas ini merupakan berita gembira kerana ianya begitu unik dan cantik. Alang-alang dapatlah kelihatan bergaya sikit walaupun memakai topeng KN95 untuk melindungi diri dari virus COVID-19. Itulah yang didebatkan kerana dari sudut kesihatan, topeng muka KN95 yang tidak boleh dibasuh semula haruslah dibuang dan tidak boleh digunakan semula. Terdapat juga segelintir dari netizen yang berpendapat harga yang dijual adalah harga “yahudi” dan ingin mengaut keuntungan semata-mata di kala musim COVID-19.

Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Packaging Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Read More

 3,162 total views

Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk sememangnya sungguh sedap dan enak dimakan serta digemari oleh  kebanyakan orang. Rasanya yang tidak terlalu pedas, berlemak manis masin pasti membangkitkan selera serta aroma dari daun kari. Untuk menu ini, ianya lebih sesuai sekiranya dimasak menggunakan isi ayam bahagian isi atau dada.

Isi ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian barulah dicampurkan ke dalam kuah buttermilk. Oleh itu, untuk resepi ini kita harus menggoreng terlebih dahulu isi ayamnya secara berasingan.

Resepi Ayam Buttermilk Read More

 4,600 total views,  1 views today

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan untuk membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan caruman dari KWSP Akaun 2 i-Lestari. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat ketika menghadapi musim wabak COVID-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya juga adalah langkah persediaan rakyat Malaysia yang berkemungkinan hilang sumber pendapatan dan amat memerlukan sumber kewangan.

Cara pengeluaran KWSP i-Lestari

Terdapat 3 cara untuk mengeluarkan caruman KWSP i-Lestari ini :

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun web* (Ahli).
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara hantaran pos/kurier

Walau bagaimanapun pihak KWSP, menyarankan supaya permohonan pengeluaran caruman KWSP i-Lestari ini dilakukan secara online kerana ianya lebih cepat dan mudah dilakukan.

Jadi kali ini saya nak kongsikan cara paling mudah untuk membuat pengeluaran caruman KWSP i-Lestari melalui online.

Permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari secara atas talian

Read More

 4,469 total views

Topeng Muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga

Di kala Malaysia kekurangan stok topeng muka kerana wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita, salah satu jenama tempatan iaitu Abstrax Jingga telahpun mengeluarkan topeng muka KN95 edisi istimewa buat peminat jenama mereka. Abstrax Jingga yang terkenal dengan jenama pakaian tempatan pertama kali menghasilkan topeng muka ini bagi memberi sokongan dan pilihan kepada orang ramai dalam melindungi diri. Berbeza dengan topeng muka yang biasa (3-ply), topeng muka KN95 ini mempunyai 7 layer protection dan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel ke dalam hidung dan mulut.

Topeng muka KN95 ini juga dilengkapi dengan alat penapis (valve) dan dihaisi dengan logo ABSTRAX pada sisi topeng. Sedikit makluman dan peringatan kepada bakal pembeli topeng ini kerana topeng muka ini bukanlah jenis washable dan hanya boleh digunakan semula (reuseable) dengan mask pad yang diletakkan di dalam topeng muka ini. Read More

 1,302 total views